Asyraf Farique dalam portal Fokus menulis pengharaman Dong Jiao Zong akan mengundang campurtangan kuasa besar China (BACA DI SINI)...
Penulis juga melontarkan pendapat bahawa hubungan yang baik antara Dong Zong dengan negara China serta kuasa ekonomi besar negara China boleh mendatangkan malapetaka ekonomi yang lebih teruk kepada Malaysia sekiranya kerajaan Malaysia bertegas mahu mengharamkan pertubuhan Dong Zong...
Admin akui kebenaran apa yang dilontarkan oleh Asyraf dalam tulisan beliau...
Tapi persoalannya, apakah hanya di sebabkan alasan itu maka kerajaan Malaysia MESTI tunduk kepada setiap kehendak dan desakan Dong Zong?
Sikap Cauvanis Dong Jiao Zong Akan Memusnahkan Perpaduan Kaum Di Malaysia
Sikap Dong Zong yang terlalu ekstrim memperjuangkan pendidikan Cina di negara ini sudah sampai ke tahap yang melampau...
Sejak tahun 1951 Dong Zong telah menunjukkan sikap rasis mereka dengan mencabar pelbagai dasar kerajaan yang berkaitan pendidikan negara :
(1) Menentang Penyata Barnes 1951
(2) Menentang Ordinan Pelajaran 1952
(3) Menentang Kertas Putih Pelajaran 1954
(4) Menentang Penyata Razak 1956
(5) Menentang Ordinan Pelajaran 1957
(6) Menentang Penyata Rahman Talib 1960
(7) Menentang Akta Pelajaran 1961
(8) Mengetuai Gerakan Universiti Merdeka 1968 dan 1969
(9) Menentang arahan membatalkan UEC pada 1975
(10) Menuntut penubuhan Universiti Merdeka dari Yang di-Pertuan Agong pada 1978
(11) Mencabar tindakan Yang di-Pertuan Agong menolak penubuhan Universiti Merdeka di mahkamah pada 1980
(12) Menentang Dasar Kebudayaan Negara pada 1983
(13) Menentang Rancangan Sekolah Integrasi pada 1985
(14) Menentang lantikan guru tidak berbahasa Cina pada 1987
(15) Menghidupkan semangat Universiti Merdeka yang ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong dan mahkamah dengan menubuhkan New Era College di tapak yang dimaksudkan untuk penubuhan Universiti Merdeka pada 1998
(16) Mengetuai Suqiu membuat 17 tuntutan rasis pada 1999
(17) Menentang Rancangan Sekolah Wawasan pada 2000
(18) Menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada 2002
(19) Melancarkan kempen mengembalikan kerakyatan mendiang Lim Lian Geok yang ditarik balik oleh kerajaan kerana mengetuai penentangan ke atas Penyata Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961 pada 2011 dan menuntut layanan saksama kepada SJK dalam kempen ini
(20) Menentang Pengajaran Tulisan Jawi di SJK pada 2019
Cuma dengan alasan Dong Jiao Zong mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan China, kerajaan tidak boleh terus-terusan tunduk dengan tekanan dan desakan pertubuhsnmman seperti Dong Jiao Zong...
Kerajaan China kini mengamalkan dasar luar negara yang lebih terbuka...
Malah ketika kerajaan Malaysia mengharam dan memerangi Parti Komunis Malaya, kerajaan China walau pun pada awalnya mengenakan sedikit tekanan kepada kerajaan Malaysia...
Namun atas kebijaksanaan diplomasi dalam hubungan antarabangsa kerajaan Malaysia ketika itu yang diketuai oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, kerajaan Malaysia telah berjaya menyelesaikan isu tersebut dengan baik walau pun kerajaan China ketika itu adalah pendokong kuat Parti Komunis Malaya...
Kini terpulang kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk menangani isu Dong Jiao Zong...
Apakah kerajaan Pakatan Harapan akan terus tunduk dengan tekanan dan desakan dari Dong Jiao Zong atau akan mengambil tindakan tegas ke atas Dong Jiao Zong yang dilihat sudah melampaui batas!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.