20 Disember lepas, DS Najib lakukan sumpah laknat @ mubahalah di Masjid Kg. Baru, Kuala Lumpur...
Portal ini ada menulis tentang perkara tersebut (BACA DI SINI)...
Laknat Allah SWT akan menimpa kepada pihak yang bersalah, sama ada yang membuat Sumpah Laknat (kalau berbohong dan mempermainkan sumpah) atau pihak yang membuat fitnah...
Tapi baru 5 hari membuat Sumpah Laknat, nampak seakan ada pihak yang dah macam cacing kepanasan...
Kalau DS Najib Tu DAP, Agak-Agaknya JAWI Bagi Kebenaran Tak?
Dalam satu kenyataan media berkaitan isu Sumpah Laknat yang dikeluarkan oleh Hj. Mohd. Ajib Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), melahirkan rasa kesal kerana dakwanya institusi masjid telah di salah gunakan untuk kepentingan peribadi...
Apakah mempertahakan diri dari fitnah yang ditaburkan boleh dianggap sebagai satu kepentingan peribadi?
Bukankah fitnah merupakan satu jenayah yang dipandang serius dalam hukum hudud Allah SWT?
Kita teringat satu kejadian di Melaka, bagaimana penipu, penghasut dan pemfitnah, Wan Ji yang telah dihukum bersalah oleh mahkamah masih diberikan kebenaran untuk menyebarkan hasutan, penipuan dan fitnah di salah sebuah masjid di Melaka...
Penolong Pengarah Bahgian Penguatkuasaan JAIM, Ustaz Rahimin Bani telah ditamatkan kontrak serta merta kerana memberi teguran...
Kerana apa?
Kerana Wan Ji adalah penasihat kepada Lim Guan Eng!!!
Siapa tak kenal Wan Ji...
Manusia yang menunggang ugama umtuk kepentingan peribadi dan sering menggunakan institusi masjid sebagai medium untuk melakukan kerja-kerja menghasut dan memfitnah!!!
Peguam DAP, Ram Karpal Singh Menjadi Perancang Utama
Perancang utama kepada cubaan membuka semula kes pembunuhan Altantuya dimulakan oleh peguam DAP, Ram Karpal Singh yang mewakili Dr. Setev Shariibu, bapa kepada Altantuya (terbukti bukan seorang model atau pakar perterjemah, jauh sekali sebagai seorang perunding keselamatan) dalam dakwaan sivil ke atas kerajaan ketika itu...
Terdapat 'procedural restriction' di bawah Akta Keterangan 1950 di mana plaintif perlu mengemukakan bukti baru bagi sebutan semula kes tanpa boleh menggunakan apa-apa keterangan atau bukti dari mana-mana mahkamah yang telah membicarakan kes yang sama...
Dalam ertikata lain, plaintif tidak boleh menggunakan rekod kes jenayah tersebut sebagai bukti baharu dalam sebutan semula kes...
Ini adalah kerana hakim belum lagi melihat karektor dan kredibiliti saksi serta bukti yang telah dikemukan dalam perbicaraan yang lepas...
Ianya berkemungkinan hanyalah permintaan sebutan semula kes oleh pihak yang tidak terlibat dalam penyiasatan kes daan tidak mempunyai apa-apa bukti kukuh dalam jenayah tersebut...
Dan permohonan sebutan semula kes berkemungkinan hanya berdasarkan persepsi dan propaganda pihak media...
Ram Karpal tahu mengenai perkara ini dan bebanan beliau ialah untuk membuktikan adanya penemuan baru yang mesti dipertimbangkan oleh pihak mahkamah...
Apa yang Ram Karpal cuba lakukan ialah membuktikan mahkamah telah terlepas pandang mengenai motif pembunuhan dan ada seseorang yang telah mengeluarkan arahan supaya pembunuhan dilakukan untuk menutup motif pembunuhan...
Agak sukar untuk dilakukan kerana pihak pendakwa terpaksa memanggil semula Sirul, Azilah, Musa Safri dan Razak Baginda untuk memberi keterangan di mahkamah...
Dan tidak mungkin Sirul yang kini berada di Australia akan setuju untuk balik ke Malaysia hanya untuk memberikan keterangan memandangkan beliau telah dijatuhkan hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi dan agak mengejutkan bila kita ketahui kerajaan Pakatan Harapan TIDAK pernah berusaha untuk membawa Sirul pulang ke Malaysia!!!
Julai 2018, pihak plaintif telah membuat permohonan bertulis kepada puhak mahkamah untuk menangguhkan perbicaraan dengan alasan siasatan kes akan dibuka semula sebab ada penemuan baru yang ditemui...
Mahkamah telah menolak permohonan itu dan ianya tidak melaporkan perkara itu...
Pada 16 Mei 2018, satu konspirasi telah dirancang...
Presiden Mongolia, Khaltmaagiin Battulga telah menulis surat kepada Dr. Mahathir untuk membuka semula kes pembunuhan Altantuya (BACA DI SINI)...
Pada 18 Jun 2018, Dr. Setev pula membuat kenyataan media bahawa beliau akan menemui
Peguam Negara untuk tujuan yang sama (BACA DI SINI)...
6 hari selepas itu pula, pihak polis telah menemui Peguam Negara untuk bincangkan isu yang sama (BACA DI SINI)...
Pihak polis telah memanggil Ram Karpal untuk meminta bukti baru seperti yang beliau dakwa supaya siasatan dapat dilakukan semula...
Tetapi beliau tidak berani hadir, cuma menghantar wakil dan tiada sebarang bukti baru dikemukan kepada pihak polis...
Akhir bulan Jun 2018, pihak polis telah menghantar laporan kepada pihak Peguam Negara berdasarkan laporan siasatan awal mereka...
Untuk menguatkan pendakwaan, pihak plaintif MESTI membuktikan pihak pembelaan tidak mempunyai motif untuk melakukan pembunuhan dan mereka mesti membuktikan ada pihak ketiga yang mempunyai motif yang kukuh telah mengarahkan pembunuhan tersebut...
Hanya di saat akhir menjelang perbicaraan pada Januari 2019, pihak peguam plaintif memohon segala rekod dan kenyataan yang berada dalam simpanan Peguam Negara mengenai isu tersebut (BACA DI SINI)...
Tarikh perbicaraan telah ditetapkan sejak pertengahan 2018 tetapi segala dokumen dkzn kenyataan dari pejabat Peguam Negara diminta HANYA 11 jam sebelum perbicaraan bermula, ternyata ianya adalah satu usaha untuk mengelirukan perbicaraan...
Dengan bantuan pihak media, isu ini telah dengan sengaja disensasikan...
DS Najib sendiri telah mencabar pihak kerajaan Pakatan Harapan supaya membuka semula kes pembunuhan ini...
Februari 2019, pihak polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada bukti baru ditemui yang dapay mengaitkan DS Najib dalam pembunuhan Altantuya...
Mei 2019, perbicaraan yang dilakukan tidak membawa sebarang makna tetapi pihak plaintif secara berterusan memohon penangguhan dengan alasan belum memperolehi dokumen yang diminta dari pejabat Peguam Negara serta tidak dapat menghubungi saksi pendakwaan...
Mereka boleh membuat persiapan yang diperlukan kerana tarikh perbicaraan telah ditetapkan lebih 6 bulan lebih awal tetapi kenapa mereka tidak melakukannya?
Jelas mereka cuba melengah-lengahkan masa dan cuba merancang sesuatu...
Pihak mahkamah pula dilihat memberikan terlalu banyak ruang kepada mereka...
Jelas ini adalah satu konspirasi untuk memenjarakan DS Najib dan sekali gus menutup mulut beliau yang selama ini banyak membuat pendedahan kepincangan kerajaan Pakatan Harapan melalui kritikan beliau...
Berbeza dengan kes pembunuhan Allahyarham Mohd. Adib, segala yang mungkin telah dilakukan untuk melindungi pembunuh tetapi dalam kes pembunuhan Altantuya, segalanya akan dilakukan untuk mendakwa DS Najib yang terbukti tiada kaitan dalam pembunuhan tersebut...
Jadi, salahkah kalau DS Najib melakukan Sumpah Laknat untuk mempertahankan diri beliau?
Petikan tulisan asal :
Blog anotherbrickinwall.com
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.