Tempoh kerajaan Pakatan Harapan ambil alih Putrajaya dah menjangkau 15 bulan atau hampir mencecah 450 hari...
Ini bermakna kalau Pakatan Harapan mahu menghabiskan pemerintahan sepenggal penuh sebelum bubarkan parlimen untuk diadakan Pilihanraya Umum ke 15, jangka hayat kerajaan Pakatan Harapan cuma tinggal 45 bulan...
Tapi ramai yang menjangkakan jangka hayat kerajaan Pakatan Harapan akan lebih singkat dari 45 bulan...
Rakyat Malaysia, malah pemimpin Pakatan Harapan sendiri, kecuali penyokong-penyokong tegar Pakatan Harapan, mengakui TIDAK MUNGKIN kerajaan Pakatan Harapan akan mampu bertahan selepas PRU ke 15 diadakan...
Kalau kita selami apa yang pernah terjadi di Jepun, kita akan dapati sebenarnya, Pakatan Harapan meniru bulat-bulat apa yang dilakukan oleh Democratic Party of Japan (DPJ) lakukan pada tahun 1990 sewaktu mahu menumbangkan Liberal Democratic Party (LDP) yang telah memerintah Jepun lebih 50 tahun...
Manifesto Pakatan Harapan sama dengan manifesto DPJ, janji-janji manis pilihanraya Pakatan sama dengan janji-janji manis DPJ, fitnah dan penipuan Pakatan sama dengan fitnah dan penipuan DPJ, kekecewaan rakyat Jepun setelah sedar dengan penipuan, fitnah dan janji-janji palsu pilihanraya juga sama dengan appa yang rakyat Malaysia rasakan sekarang...
Cuma yang berbeza ialah Perdana Menteri pertama Jepun di bawah pemerintahan DPJ, Yukio Hatoyama meletak jawatan bila namanya dikaitkan dengan skandal rasuah tetapi di Malaysia, Perdana Menteri tetap tidak mahu meletak jawatan walau pun anak-anak perdana menteri dipertikaikan kerana mempunyai beratus-ratus syarikat dan harta yang bernilai puluhan bilion ringgit...
Menteri kabinet beliau pula, tetap berkeras tidak mahu meletak jawatan malah dengan angkuh bercakap tentang memerangi rasuah, walau pun kes rasuah yang terpalit ke atas dirinya digugurkan perbicaraan di mahkamah dengan cara yang sangat menjijikkan...
Tidak kurang pula menteri kabinet yang masih mahu bercakap tentang akhlak dan moral, walau pun akhlak dan moral beliau sendiri telah ditelanjangkan ke seluruh dunia melalui aksi yang menjijikkan dalam telenovela Semburit...
Pemimpin Pakatan Harapan bukan setakat mempunyai akhlak yang cukup rendah dan menjijikkan, malah kerajaan yang dibentuk juga gagal mengurus dan mentadbir negara dengan baik...
Kehidupan rakyat menjadi semakin terhimpit, ekonomi negara musnah, negara berada di ambang kemuflisan dengan angka rasmi hutang luar negara mencecah RM1 trilion, KDNK jatuh merudum, nilai matawang ringgit berada di paras yang paling lemah dalam sejarah Malaysia...
Keadaan sosio budaya masyarakat majmuk di Malaysia juga hancur bila ketegangan antara kaum semakin meningkat, perasaan saling hormat menghormati sudah semakin tipis bila penghinaan terhadap ugama, kedaulatan sistem Raja Berpelembagaan terus-terusan cuba dicabul dan dimusnahkan oleh ahli politik Pakatan Harapan yang berjawatan menteri...
Bila berlaku ketegangan kaum, kenyataan-kenyataan dan tindakan ahli-ahli politik Pakatan Harapan yang rasis itu bukan saja tidak membantu meredakan keadaan tetapi cuba menyemarakkan lagi api perkauman yang sudah mula menyala...
Sistem pengasingan kuasa yang menjadi teras pemerintahan dalam negara-negara lain di dunia terus-terusan 'dicabul dan dirogol' tanpa sedikit pun perasaan bersalah oleh pemimpin Pakatan Harapan...
Pihak eksekutif secara konsisten dicucuk hidung, yang engkar mengikut arahan akan disingkirkan atau diberi tekanan...
Pihak kehakiman pula diberikan keputusan akhir yang MESTI dipatuhi dalam perbicaraan sekutu atau seteru politik Pakatan Harapan...
Perbicaraan MESTI mengikut skrip yang telah ditulis oleh tangan-tangan ghaib...
Aset-aset strategik negara dijual dan dilelong dengan sesuka hati atas alasan mahu membayar hutang negara tetapi semakin banyak aset negara dijual, semakin bertambah pula hutang negara dan semakin banyak bantuan kepada rakyat dihentikan!!!
Rakyat semakin menderita dengan tekanan kos kehidupan yang melambung, kehilangan pekerjaan hanya kerana keangkuhan dan kebodohan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan memperkenalkan dan melaksanakan dasar dalam dan luar negara yang salah...
Rakyat DiBiarkan Menderita Kerajaan PH Rancak Adakan Majlis Mewah Sesama Sendiri |
Dalam penderitaan kehidupan rakyat, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan terus-terusan membazir dengan mengadakan majlis-majlis mewah sesama mereka dan membuat lawatan-lawatan ke luar negara yang langsung tidak mendatangkan apa-apa menafaat kepada rakyat dan negara bersama rombongan mereka dengan menggunakan duit rakyat berjuta-juta ringgit untuk setiap lawatan!!!
Rakyat Malaysia MESTI bangkit, buangkan gula-gula pilihanraya yang Pakatan Harapan berikan, bersihkan badan dan samak dengan 7 bilasan air mutlak serta air tanah dari najis kencing Pakatan Harapan...
Kita mempunyai seribu satu alasan untuk membuang mereka dalam PRU 15 dan mereka cuma mempunyai satu alasan untuk terus berkuasa selepas PRU 15 nanti iaitu meneruskan kezaliman dan kerakusan mereka untuk tempoh satu penggal lagi!!!
In Sya Allah, kita akan berpeluang untuk memberi mandat kepada sebuah kerajaan baru yang terbentuk dari gabungan antara BN dan PAS...
Sebuah gabungan yang TIDAK menjanjikan bulan dan bintang untuk memenangi hati rakyat, tidak menaburkan fitnah-fitnah keji tetapi berdiri di atas prestasi cemerlang memerintah kerajaan pusat selama lebih 6 dekad dan memerintah Kelantan hampir 3 dekad...
Muga Allah SWT permudahkan dan percepatkan rakyat dan negara Malaysia bebas dari kebobrokan dan kezaliman kerajaan Pakatan Harapan...
Amin Ya Robb...
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.