Patutlah tiba-tiba Menteri Perpaduan, Senator Waytha Moorthy tiba-tiba senyap...
RM100 juta der...🤑🤑🤑
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy dalam laman sosialnya mempersoalkan Menteri Perpaduan, Waytha Moorthy mengenai peruntukan RM100 juta kepada masyarakat India yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 lalu...
Peruntukan RM100 juta di bawah Unit Transformasi Masyarakat India yang dijenamakan sebagai Mitra, terus panas antara Waytha Moorthy dan Ramasamy...
Ramasamy kecewa dengan jawapan Waytha yang memberitahu media bahawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu boleh pada bila-bila masa sahaja mengangkat telefon dan menghubunginya untuk mengetahui tentang peruntukan itu (BACA DI SINI)...
Sebagai respon pada jawapan Waytha Moorthy, di laman Facebooknya, Ramasamy berkata, dana yang beliau sebutkan itu bukanlah isu peribadi yang memerlukan beliau mengangkat telefon menghubungi Waytha sebaliknya ia tanggungjawab menteri untuk menjawab kepada masyarakat India (BACA DI SINI)...
"Peruntukan sebanyak RM100 juta itu bukan isu peribadi antara saya dan Waytha sebaliknya perkara berkaitan dengan komuniti India di negara ini"...
"Saya bercakap tentang isu dengan terbuka kerana mahu mengetahui siapakah yang menerima wang itu, organisasi mana dan adakah pemberian itu sebenarnya disalurkan kepada kumpulan yang sasar untuk peningkatan taraf masyarakat India" tegas Ramasamy...
Ramasamy, pemimpin DAP itu juga mengkritik Waytha kerana tidak hadir mesyuarat Majlis Wakil Rakyat India Pakatan Harapan (EIRCPH) bagi memberi penjelasan berhubung peruntukan tersebut...
Apa Cerita Sebenarnya?
MalaysiaGazette.com mendedahkan, dana sebanyak RM 31,500,066 yang telah dikeluarkan dalam dua fasa berbeza dipercayai tidak sampai secara telus kepada yang benar-benar memerlukan...
Dana tersebut sepatutnya disalurkan kepada kumpulan marhaen yang memerlukan bantuan perniagaan, bukan syarikat atau individu berkepentingan...
Antara penerima dana itu adalah sebuah syarikat yang baru sahaja ditubuhkan dan telah menerima peruntukan sebanyak RM700,000...
Apa yang mengejutkan, siasatan sumber melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati syarikat itu baru ditubuhkan pada 14 Januari lepas!!!
Waytha Moorthy mesti tampil untuk memberikan penjelasan secara terbuka dan terperinci...
Benar, dana itu adalah untuk komuniti India di Malaysia...
Benar, kerajaan Pakatan yang meluluskan dan menyalurkan dana RM100A juta tersebut...
Tetapi setiap sen dari duit dana tersebut datangnya dari hasil titik peluh rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia berhak tahu ke mana setiap sen hasil yabg dikutip dari keringat dan airmata mereka dibelanjakan...
Tiba-tiba teringat tragedi rusuhan di kuil Sri Mariamman, Subang Jaya, Selangor...
Punca sebenar dari rasa tidak puas hati adalah kerana wang pampasan bernilai jutaan ringgit yang dibayar oleh pihak pemaju kepada pihak pengurusan kuil yang lama tak sampai kepada pihak pengurusan kuil yang baru tak puas hati dan enggan berpindah...
Yang menjadi mangsa ialah Allahyarham Mohd. Adib, seorang anggota bomba...
Yang dituduh mencetuskan rusuhan ialah masyarakat Melayu Islam...
Yang dipersalahkan ialah penyokong UMNO dan PAS...
Yang kenyang?
Aney Waytha, tolong kasi jawab itu soalan!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.