Kegawatan ekonomi (recession) semakin dapat di rasai di negara ini...
Ekonomi negara semakin malap...
Petanda2 negara akan menghadapi krisis ekonomi semakin nyata (BACA DI SINI)...
Dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara, terdapat 2 aspek yang cukup penting iaitu 'people economy' dan 'capital economy'...
Kedua2nya berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain...
'People economy' adalah berkaitan dengan pembangunan ekonomi rakyat di mana ianya secara langsung menjadi pemangkin bagi kerajaan untuk memacu kemajuan negara...
Lebih dari itu, 'people economy' adalah aspek yang sangat penting kerana ianya akan memberikan 'cash flow' atau aliran tunai yang tinggi pada ekonomi sesebuah negara...
Tanpa aliran tunai yang baik, ekonomi sesebuah negara bukan saja akan terjejas tapi jauh lebih itu akan membawa negara berada dalam keadaan krisis ekonomi yang tenat...
Tanpa aliran tunai, gaji2 penjawat awam tidak akan dapat di bayar dan menyebabkan pentadbiran kerajaan terganggu...
Tanpa aliran tunai, kerajaan tidak akan mampu menampung kos asas atau 'overhead cost'...
Tanpa aliran tunai, ekonomi domestik negara akan terkulai layu...
Kenapa ini boleh berlaku?
Kerana kegagalan menguruskan ekonomi dengan cekap membuatkan rakyat terhimpit dengan berbagai2 cukai yang di kenakan, subsidi2 yang terpaksa di hentikan dan dalam masa yang sama pendapatan per kapita rakyat masih tidak meningkat...
Akhirnya, kuasa membeli rakyat akan jatuh menjunam dan ini membuatkan ekonomi domestik semakin tenat...
Apabila ini berlaku, pilihan terakhir yang kerajaan ada ialah sama ada berhutang dengan negara luar atau institusi kewangan antarabangsa atau menjual aset2 berprestasi tinggi negara...
Dan inilah yang sedang berlaku di negara kita!!!
Bukti Kuasa Membeli Rakyat Sudah Mula Jatuh Menjunam
Walau pun kerajaan PH cuba menafikan Malaysia sudah berada di ambang kegawatan ekonomi dengan forum2 dan kenyataan2 yang di buat oleh penasihat2 ekonomi kerajaan, namun realitinya, himpitan ekonomi semakin hari semakin mencengkam kehidupan rakyat marhaen, terutamanya golongan B40...
Di bulan Ramadan ini, restoran2 dan Coffee House di hotel2 ternama yang menyediakan juadah berbuka puasa semakin sepi...
Ini merupakan indikasi (indication) yang pertama, bahawa negara bakal berhadapan dengan kegawatan ekonomi dalam masa terdekat...
Sebagai contoh, restoran ternama, Victoria Station di USJ 10, Subang Jaya hanya mampu menarik minat hanya 7 orang pengunjung sahaja...
Hanya 3 meja!!!
Dan sehari sebelum itu, hanya di penuhi dengan 4 orang pengunjung (1 meja) sahaja...
Sebelum ini, di tahun2 terdahulu, meja2 restoran ini di penuhi dengan pengunjung dan tetamu...
Kita perlu membuat tempahan terdahulu hanya untuk makan berbuka puasa di bulan Ramadan...
Ini juga berlaku di restoran2 ternama yang lain di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor...
Fakta ini bukannya cerita dongeng...
Esok lusa, kita boleh pergi ke restoran2 ternama ini dan lihat sendiri betapa sepinya restoran mereka...
Tuan punya restoran ini (seorang peniaga berbangsa Cina) mengakui bahawa ekonomi negara berada di dalam keadaan yang parah...
Beliau mengakui bahawa bila keadaan ini berlaku, orang yang ada duit pun tak mahu berbelanja kerana takut kepada apa yang akan berlaku di tahun2 hadapan...
Kerajaan PH Perlu Tindakan Drastik Sebelum Ekonomi Malaysia Benar2 Musnah
Bukan senang untuk menjadi Menteri Kewangan di negara ini...
Perlu di lantik seseorang yang benar2 mahir di dalam bidang ekonomi dan kewangan seperti Tun Tan Siew Sin...
Sudah2lah menyalahkan kerajaan (BN) terdahulu...
Terus pandang ke hadapan dan mentadbir negara ini dengan sebaik mungkin...
Pulihkan ekonomi negara dan dapatkan semula keyakinan pelabur dalam dan luar negara...
Memburuk2kan kerajaan terdahulu, sebenarnya menakutkan pelabur2 dari luar negara...
Sudah2lah...
Buktikan kebolehan mentadbir negara ini.
Sekiranya tiada sebarang tindakan drastik yang di ambil oleh Kerajaan Pakatan Harapan, sudah pasti negara ini akan berhadapan dengan kegawatan ekonomi yang serius...
Masalahnya, siapa yang akan memulakan tindakan ECONOMIC RECOVERY ini?
PENGURUSAN EKONOMI NEGARA INI SEOLAH-OLAH DI TERAJUI OLEH 3 KEPALA YANG TIDAK SEHALUAN IAITU :
》Lim Guan Eng : Menteri Kewangan
》Azmin Ali : Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi
》Daim Zainuddin : Menara Ilham
Lebih malang lagi, ketiga2 teraju ekonomi negara ini pernah di kaitkan terbabit dalam beberapa skandal kewangan negara...
Sekiranya tiada tindakan drastik dari kerajaan PH untuk memulihkan ekonomi negara dan masih lagi seronok mempolitikkan isu ekonomi, tdak perlu untuk kita menduga bencana apa yang akan menimpa negara dalam jangkamasa panjang kerana gambaran ekonomi dalam jangkamasa 6 bulan yang akan datang sudah cukup untuk mengerikan kita!!!
Petikan karya asal :
Kamarool Haidi
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.