Sunday, May 19, 2019

Cara Ahli Politik Menunggang Agama Untuk Sebarkan Fitnah Di Bulan Ramadhan


Bagi PH, keutamaan politik jauh melebihi dari kemuliaan bulan Ramadhan...

Fitnah serta politik jijik PH, tak ada sempadan masa...

Fitnah PH Terhadap DS Najib Dalam Kes Salah Guna Kuasa YAPEIM



Mari kita fahamkan macam mana PH membuat propaganda jahat dan menipu untuk menyerang DS Najib...

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), di saman bersama 7 individu di atas kapasiti mereka sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM...

YAPEIM dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah mereka perlu membela diri dengan mengupah sebuah syarikat guaman...

YAPEIM menang kes tersebut dan dakwaan YAPEIM telah salah guna dana mereka di buktikan hanyalah tuduhan yang tidak berasas (BACA DI SINI)...

YAPEIM membayar kos guaman untuk mereka dan 7 individu itu kerana mereka di saman di atas kapasiti mereka sebagai Ahli Lembaga YAPEIM...

Takkan YAPEIM akan melepaskan tangan sahaja terhadap 7 orang ini?

Selang satu tahun, isu yang dah selesai di mahkamah, di putar belitkan faktanya untuk menimbulkan fitnah baru sempena hari mengundi PRK...

Bukan main lagi galak dia orang tambah cerita...

Siap keluar hadis dan ayat al Quran agar jangan memakan harta anak yatim piatu...


Maksudnya nak bagitahu, Najib tu manusia terkeji dan terkutuk kerana sanggup makan duit anak yatim...

Portal berita mengeluarkan berita dengan tajuk :


"Wang Anak Yatim RM1 Juta Di Seleweng Untuk Bayar Kos Saman Pembantu Najib"

Nama dan gambar Najib PERLU di gunakan pada hal isu ini tidak ada kena mengena dengan Najib pun...

Dan membayar kos guaman untuk YAPEIM membela diri dan ahli-ahli lembaga mereka kerana di saman di dakwa dan di gambarkan sebagai 'penyelewengan' yang di buat oleh DS Najib semasa menjadi Perdana Menteri...

Itulah cara mereka...

Bulan Ramadhan atau tidak itu tak penting...

Rakyat perlu belajar dan menolak penipuan dan propaganda jahat PH...

'RAYKAT' pula boleh telan sahaja dan kongsi propaganda jahat ini secara beramai-ramai...

Saya minta saudara-saudari yang tak setuju dengan fitnah dan propaganda jahat seperti ini dalam bulan Ramadhan untuk kongsikan posting ini kerana saya tahu portal2 yang di kawal kerajaan tidak akan mengeluarkan penjelasan ini...

Sebagai contoh, (BACA DI SINI)...

Walau pun penerangan demi penerangan di beri dan si sertakan pautan berita tentang berita tersebut yang sebenarnya merupakan antara fitnah menjijikkan terhadap DS Najib (BACA DI SINI)...

Dengan kata lain, kes fitnah Yapeim makan duit telah selesai dan mahkamah mendapati si pendakwa yang menuduh Yapeim makan duit anak yatim adalah penipu...

Tapi rupa-rupanya tak laku...


Tweet Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang menyatakan DS Najib makan duit anak yatim, lebih menarik dan lebih di percayai berbanding perjalanan kes di mahkamah yang memberikan kemenangan kepada YAPEIM, sekaligus menyanggah fitnah yang kembali tular...

Ternyata, sangat mudah nak menipu dan memfitnah...

Mainkan emosi, tuduh sahaja seseorang itu mencuri dan memakan harta anak yatim secara sembarangan, akhirnya ramailah yang akan percaya dan ramailah yang akan jadi ustaz....

Menghairankan, sebab ramai yang termakan dengan hasutan fitnah jahat dan menjijikkan tu, majoririnya orang Islam...

Bukankah kita dah di beri peringatan oleh junjungan besar baginda Rasulullah SAW, bahawa zaman akhir zaman adalah zaman fitnah :

يَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتِلُوْنَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُوْنَ لِلنَّاسِ جُلُوْدَ الضَّأْنِ مِنَ اللِّينِ، أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنَ السُّكَّرِ، وَقُلُوْبُهُمْ قُلُوْبُ الذِّئَابِ، يَقُوْلُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: أَبِي يَغْتَرُّوْنَ، أَمْ عَلَيَّ يَجْتَرِئُوْنَ؟ فَبِي حَلَفْتُ لَأَبْعَثَنَّ عَلَى أُولَئِكَ مِنْهُمْ فِتْنَةً تَدَعُ الحَلِيْمَ مِنْهُمْ حَيْرَانًا

Mafhumnya :

Akan keluar di akhir zaman nanti beberapa orang yang mencari dunia dengan amalan ugama, mereka mengenakan pakaian di tengah-tengah manusia dengan kulit kambing yang lembut, lisan mereka lebih manis dari pada gula, tetapi hati mereka adalah hati serigala... 

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman, “Apakah terhadap-Ku mereka berani menipu ataukah mereka berani melawan Aku? 

Maka dengan Kebesaran-Ku, Aku bersumpah, Aku benar-benar akan mengirim kepada mereka fitnah yang mengakibatkan ulama yang teguh hati pun menjadi bingung.” 

Hadis Riwayat : 

At-Tirmidzi, Sunan At-Tirmidzi...
Kitab Az-Zuhd, Nombor 2515...

Bukankah Allah SWT ada memberi peringatan kepada kita, apabila datang berita dan perkhabaran dari orang2 fasik, hendaklah kita siasat terlebih dahulu, seperti dalam firmanNya :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Mafhumnya :

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu

Al Hujarat : Ayat 6

Sebagai orang Islam, adalah WAJIB untuk kita menilai dan mencari maklumat terlebih dahulu, bukan dengar cerita terus buat kesimpulan, sebab itulah yang di perintahkan oleh Allah SWT dan RasulNya...

Kalau perintah Allah SWT dan RasulNya kita ketepikan, tanyalah diri kita dan jawablah dengan sejujur2nya, masih berimankah aku pada Allah dan RasulNya?

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.