Sunday, February 24, 2019

TOL Batal Untuk Yang Kerja 11 mlm Ke 5 pagi. Janji Tepati Atau Capati?

Updated 10.39 am


Pejabat Perdana Menteri dah keluarkan kenyataan akhbar berkenaan cadangan pengambilalihan lebuhraya bertol seperti di atas...

Macam biasa, kenyataan Pejabat Perdana Menteri Kerajaan PH nie berbelit2...

Apa kata kita ringkaskan kenyataan supaya mudah nak faham :

CADANGAN PENGAMBILALIHAN LEBUHRAYA BERTOL

1) Dulu sebelum pilihanraya, Kerajaan PH dah janji nak hapus semua tol...

Janji kami berbunyi macam nie :

"9hb Mei kami menang, 10hb Mei, semua tol tak payah bayar"...

2) Tapi mahap cakaplah yer, bila dah menang, kami tak der niat pun nak kotakan janji sebenarnya, sebab manifesto bukan kitab suci, dan kami olok2 jer untuk pancing undi...

3) Tapi, sebab dah nak dekat PRK nie, kami terdesak nak menang, takut mendapat lagi sekali macam kat Cameron Highland hari tu dan Dato' Najib dan puak pembangkang BN selalu troll kami pasal tol maka kami tak tahan panas punggung, maka kami terpaksa buat janji lain pasal tol ini...

4) Oleh itu, janji baru kami ialah :


》Kami janji kami akan buat kajian dulu...

Dan kami akan hapus beberapa tol sahaja (empat tol), termasuk satu jalan terowong bertol yang pendek sahaja (Smart Tunnel), bukan semua tol seperti yang kami janji dulu ya...

5) Bila kami hapus bayaran tol di empat tol nie, kami perkenal bayaran baru yang di namakan caj kesesakan...

Ini nama lain bagi bayaran tol yang kami acah untuk hapuskan, sebab kami dapati rakyat alergik bila sebut perkataan TOL jadi kami jenamakan semula tapi sebenarnya kena bayar juga (macam kami hapus GST 6% dan perkenal SST 10%)...

6) Kami bagi diskaun sikit 30% untuk ambil hati pengguna pada waktu bukan puncak, walaupun sebelum ini kami janji nak hapus semua tol, bukannya bagi diskaun untuk beberapa tol...

Pada waktu puncak, masa hampir semua orang pergi dan balik kerja, bayaran tol atau caj kesesakan adalah seperti sedia ada dan tidak berubah...


7) Dan satu lagi, memandangkan memang tak ada orang guna (atau hanya beberapa kerat sahaja orang guna), kecuali lori2 kontena milik kroni2 kami yang guna lebuhraya2 nie lepas pukul 11 malam sampai pukul 5 pagi, maka masa inilah kami bagi tol percuma sebab :


》Sebenarnya, macam yang kami cakap, kami tak ada niat pun nak tunaikan janji2 kami dan kami akui yang kami tak berapa ikhlas nak bagi percuma dan hapus tol sebenarnya...

》Pada waktu sebelum subuh begini memang tak der sangat kutipan tol...

》Syarikat pengangkutan kroni kami dapat jimatkan kos pengangkutan, hasil dari pemansuhan TOL pada waktu begini...


8) Nampak tak betapa hebatnya kami dalam menipu rakyat semua...

9) Undilah kami lagi di PRK Semenyih ini supaya kami boleh terus sembang kencang kepada anda...

10) Jika ada soalan, seperti biasa, sila tanya Lim Guan Eng...

11) Sekian...

KRONI DI DAHULUKAN, RAKYAT DI KENCINGKAN





Nota kaki :

PERDANA MENTERI TAK MAHU TANDATANGAN SEBAB APA2 HAL BELIAU BOLEH KITAR SEMULA JAWAPAN SAYA TAK TAHU...


Kredit :

FB Isham Jalil

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.