Sunday, February 24, 2019

Percubaan 'TunggulKu' Mengalahkan BossKu


Tercabar dengan fenomena BossKu yang melanda Semenyih, Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba nak buktikan, kalau Datuk Seri Najib boleh tarik perhatian, Din Pagoh sebagai bekas TPM, bekas Timbalan Presiden UMNO, bekas Timbalan Pengerusi BN, Presiden Bersatu dan Menteri Dalam Negeri, senang2 boleh tapau populariti Datuk Seri Najib...

Tak tahulah mungkin sebab over confident atau syok sendiri @ perasan popular, Din Pagoh pun cuba nak buat kejutan dengan lawatan ke Giant Semenyih...

Apa cer nak lawat Tesco, tu tempat Datuk Seri Najib pergi dulu...

Jadi 21 Februari 2019, dengan muka yang 'over konfiden' dan muka 'over poyo', Din Pagoh pun mulakan misi buat kejutan...

Misi buat kejutan Din Pagoh berjaya capai matlamat, tapi yang terkejut ialah Din Pagoh sendiri...

Terkejut beruk Din Pagoh bila dia sampai kat Giant Semenyih, tetiba jer jadi halimunan...

Bukan orang Semenyih tak alu2kan kedatangan Din Pagoh, Menteri Dalam Negeri tu, tapi orang Semenyih tak nampak Din Pagoh...🙈🙈🙈

Jadi terkulat2lah Din Pagoh, ramai wartawan dengan Mahacai berbanding dengan rakyat tempatan...

Datanglah Siapa Pun Dari PH, Hakikatnya Rakyat Dah Benci


PH akui saingan sengit dalam PRK Semenyih...

Kalau budak hingusan macam calon PH tu, tak perasan dengan kemarahan dengan kebencian rakyat pada PH, kita fahamlah...

Tapi kalau yang dah tua macam Atok dengan Din Pagoh pun boleh tak dapat baca dengan keadaan semasa, tak tahu nak cakap apa...

Dalam rakyat tengah marah, kerajaan PH terus menghina rakyat terutama anak2 muda dengan pengumuman BSHM bernilai 27 sen satu hari...


Dalam kemarahan rakyat, puak2 mahacai terus buat kerja bodoh dengan menyimbah cat pada kereta pengiring calon BN...


Dalam kemarahan rakyat sebab terasa di perbodohkan dengan janji2 PH, menteri2 bingai masih lagi suka nak tabur janji yang karut marut atau janji yang cakap tak serupa bikin...

Walau pun Datuk Seri Najib tak bawa rombngan berbas2 atau tak upah macai2 27 sen sehari untuk usung bendera ke hulu ke hilir dalam pasaraya Giant, tapi rakyat berikan sambutan hangat pada beliau sebab rakyat sedar, selama nie mereka tertipu dengan fitnah dan hasutan PH...

Mesej Jelas Dari Rakyat Malaysia Terutama Pengundi Semenyih Pada Pakatan Harapan


Faham2 sendirilah bila dah tenguk video klip atas tu...

Pada pengundi Semenyih, tahniah kerana dah bijak membezakan antara kaca dan permata...

Selamat Mengundi pada pengundi PRK Semenyih...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.