Sunday, January 13, 2019

PRK Cameron Highland : M. Manogaran, Calon Kitar Semula PH Dari DAP Menipu Lagi Untuk Dapatkan Undi


Selepas di dedahkan penipuan yang cuba di tularkan oleh calon kitar semula PH (DAP) bersama2 Lim Kit Siang mengenai kononnya BN mengabaikan kebajikan orang asli di sekitar Cameron Highland, kini M.Manogaran sekali lagi membuat kenyataan kepada pemberita yang jelas  mengelirukan pengundi P078 Cameron Highlands dengan JANJI bahawa hanya PH mampu selesaikan masalah di Cameron Highlands berkaitan isu tanah negeri...



Adakah beliau selaku seorang peguam tidak memahami kuasa Kerajaan Negeri dalam hal berkaitan pemberian serta kelulusan tanah negeri atau sengaja mengeluarkan kenyataan sebegini untuk memancing undi 90% pengusaha kebun sayur yang mengusahakan tanah negeri dengan kelulusan kerajaan negeri?



Pakatan Harapan dan DAP yang terkenal dengan janji manis sebegini sering menggunakan pendekatan berkaitan hak milik tanah bagi meraih sokongan dari pengundi... 

Malah pernah seorang Ahli Parlimen DAP BERJANJI AKAN MEMASTIKAN SETIAP PENGUNDI KAUM CINA MENDAPAT SEBIDANG TANAH BERGERAN DALAM SIRI JELAJAH CERAMAHNYA dan Pengundi Cameron Highlands juga tidak terkecuali...




Cara Manogaran dan DAP membuat kenyataan sebegini bagi kepentingan politik mereka dalam PRK hanya akan memudaratkan pengundi Cameron Highlands dan seandainya JANJI itu tidak di penuhi maka sudah tentu DAP akan menuding jari kepada Kerajaan BN Pahang sedangkan pihak mereka tahu kuasa kelulusan tanah negeri adalah tertakluk tertakluk di bawah kerajaan semasa negeri tersebut...  

Manogaran sebenarnya kehabisan modal kempen kerana tahu beliau tidak mampu menjadi ahli parlimen berikutan 2 kekalahan beliau di tangan calon BN dalam PRU...

Pengundi P078 di harapkan agar lebih bijak daripada Manogaran dalam membuat pertimbangan pada 26 Januari 2019... 



Perlu juga di ingatkan Pakatan Harapan hingga hari ini belum melunaskan Manifesto PH Pru14 tetapi lebih banyak bermain POLITIK untuk survival Pakatan... 

Rakyat sudah semakin nampak kelemahan Pakatan Harapan selepas 8 bulan memerintah dan sudah ada keluhan mengenai kelembapan ekonomi di bawah Pakatan Harapan...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.