Saturday, January 5, 2019

PRK Cameron Highland : Kebodohan Kit Siang Menelanjangkan Penipuan DAP


SPR dah tetapkan PRK Cameron Highland (P 178) akan di adakan pada 26 Januari 2018...

Tempoh berkempen dah di tetapkan selama 14 hari dari tarikh PRK Cameron Highland...

Ini bermakna, jentera pilihanraya parti2 yang akan bertanding akan memulakan kempen bermula dari 12 Januari 2018...

Bagaimanapun, DAP yang di katakan akan sekali lagi mencabar BN dalam PRK Cameron Highland, memulakan langkah awal dengan membuat lawatan ke kawasan PRK Cameron Highland...

Bekas calon DAP yang tewas dalam PRU 14, Manogaran, sekali lagi di namakan sebagai bakal calon PH telah bersama2 dengan otai DAP, Lim Kit Siang melakukan lawatan ke Cameron Highland dalam siri, Jalan2 Cari Salah BN...

Apakah 2 Ekor Lembu Bukan Rasuah Pilihanraya?


Bermodalkan 2 ekor lembu (tapi telah di tolak), misi memancing undi dengan menggunakan senjata mengambil hati (2 ekor lembu) dan menabur fitnah (dengan mendedahkan kelemahan BN), akhirnya memakan diri sendiri...

Bekas Calon DAP Tak Tahu Beza Antara Jalan Persendirian Dengan Jalan Yang Di Wartakan


Agak pelik, bila pernah bertanding dalam PRU 14 bagi parlimen Cameron Highland tapi Manogaran tak dapat membezakan antara jalan persendirian yang bukan tanggungjawab kerajaan negeri atau pun kerajaan pusat untuk melakukan kerja2 penyelenggaraan dengan jalan yang telah di wartakan yang memang menjadi tanggungjawab kerajaan negeri atau pun kerajaan pusat untuk di bangunkan...


Gambar yang di muatnaik oleh Manogaran melalui akaun facebook beliau yang kemudiannya di sokong secara membuta tuli oleh Lim Kit Siang, sebenarnya adalah jalan persendirian milik seorang taukey kebun di sana...😂😂😂

Jadi kalau ikut prinsip 'keperihatinan' Kit Siang dan Manogaran, kalau sesiapa ada masaalah dengan jalan2 kat dalam kebun milik peribadi, bolehlah panggil Lim Kit Siang untuk ambil gambar dan viralkan...😉😉😉

Tapi kena pastikan mesti waktu PRU atau PRK, kalau tak, memang dia tak layan...😝😝😝

Anak Batalkan Projek, Bapa Viralkan Dalam Internet 😂😂😂


Kit Siang cuba jadi hero orang asli dengan memuatnaik gambar bagaimana dia terperangkap dalam jalan yang becak ke Kampung Orang Asli Semoi Lama untuk menyambut tahun baru bersama mereka...

Dan dengan pantas, Kit Siang menyalahkan mantan kerajaan BN ya g di tuduhnya mengabaikan kebajikan orang asli di situ...

Alahai!

Kesiannya...

Gara-gara keBODOHan SI ANAK yang membatalkan peruntukan dari Pejabat Perdana Menteri, SI BAPAK pulak yang tersangkut di Kampung Orang Asli...

Sebelum PRU yang lepas, kerajaan BN luluskan peruntukan RM 20 juta untuk membaiki jalan ke kawasan perkampungan Orang Asli dan banyak lagi peruntukan lain...

Tapi bila Rejim Pakatan Hancing tu memerintah, habis semua bantuan peruntukan dari PMO itu di tarik balik dengan alasan kononnya ia membazir dan hutang negara terlalu tinggi...

Sekarang, penasihat DAP tu pulak nak salahkan Kerajaan BN padahal Menteri Kewangan Rejim Pakatan Hancing tu yang tarik balik peruntukan untuk menaik-taraf jalan ke kampung tersebut!!!


Peruntukan dah di luluskan, tapi ANAK batalkan, BAPAK pula viralkan kebodohan ANAK...😂😂😂

Jangan Marah Kit Siang Tapi Kita Kena Simpati Pada Kit Siang Yang Dah Tua Tu


Kenapa kena simpati, sebab dengan umur yang dah setua tu, rupa2nya inilah kali pertama dalam hidup Kit Siang datang melawat orang asli di Cameron Highland...


Apa dalilnya, kalau Kit Siang pernah ke sana sebelum nie, tentu Kit Siang cari isu lain untuk menabur fitnah pada BN...


Sebab bila Kit Siang cuba viralkan isu pembangunan, jelas pada kita akan kebodohan Kit Siang yang cuba mempolitikkan isu pembangunan orang asli yang akhirnua memakan diri sendiri...😂😂😂


Gambar2 sekitar kawasan orang asli yang di muatnaik, jelas menunjukkan dalil2 pembangunan yang telah di bawa oleh mantan kerajaan BN ke kawasan orang asli di sekitar Cameron Highland...



Dan untuk info uncle Lim, Jambatan Gantung Pamah Aur pun dah di tukar baru bawah kerajaan BN dulu...

Nasib baik projek siap sebelum anak uncle Lim jadi Menteri Kewangan, kalau tak, memang tak bergantilah jambatan tu, betul tak uncle Lim!!!


Jadi, kalau nak fitnah dan burukkan mantan kerajaan BN untuk menang PRK, buatlah homework dulu, kalau tak nie lah jadinya, fitnah tu 'backfire' uncle Lim balik...😂😂😂

Kebaikan dan kebajikan yang mantan kerajaan BN bawah pimpinan Datuk Seri Najib buat, memang tak dapat bak di nafikan...

Jadi tak payahlah susah2 cari bahan untuk fitnah Datuk Seri Najib dan mantan kerajaan BN, sebab rakyat dah buat keputusan... 

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.