Wednesday, January 23, 2019

Dalang Di Sebalik Penculikan Tok Batin Sudah Di Kenal Pasti?

Pakatan Harapan 'Under Estimate' Tok Batin Dan Masyarakat Orang Asli Cameron Highland


Tok Batin 'Di Culik', 'Brainwash' Dan Di Tawarkan Hadiah

Baru2 nie berita Tok Batin 'di kurung' di sebuah hotel di Brincang tersebar luas di media sosial...

Khabarnya dengan bantuan jentera kerajaan JAKOA beberapa batin telah di paksa dan di bawa ke hotel berkenaan dengan tujuan 'memaksa' menyokong dan memberi undi kepada calon PH dalam PRK Cameron Highlands ini...

Dimaklumkan bahawa Tok Batin2 berkenaan akan di 'brainwash', di ugut dan di tawarkan 'hadiah' supaya menyokong dan mengundi PH nanti...

Ternyata pemimpin Pakatan Harapan  memandang rendah terhadap orang asli dan beranggapan, mereka (orang asli) adalah komuniti yang mudah di perdaya...

Pemimpin Pakatan Harapan sepatutnya menjadikan calon Barisan Nasional sebagai penanda aras terhadap kejayaan komuniti orang asli sekarang...

Sebelum tu, seorang kakitangan JAKOA di lapurkan di tukarkan serta merta ke Gua Musang berikutan kegagalannya mengumpulkan masyarakat orang asli bagi tujuan ceramah kempen politik PH beberapa hari lalu!!!

Salah Guna Aset Kerajaan


Beraja di mata, bersultan di hati...

Ibarat kaduk naik junjung, membujur lalu melintang patah, apa saja harta kerajaan, akan di anggap sebagai harta parti...

Bila dah kantoi, mengamuk, putar belit cerita dan cuba salahkan orang lain...


Nasib baik calon Barisan Nasional seorang yang bijak dan tak terperangkap dengan provokasi yang cuba di buat, malah bertindak bijak dengan membuat lapuran polis...

Hakikatnya, kalau kenderaan.Jabatan Perhutanan Perak tu, tak di salah gunakan, perkara nie tak jadi isu!!!

Yang peliknya, yang buat kerja2 tak beretika tu, bukannya macai2 jentera PRK Cameron Highland tapi Timbalan Menteri, takkan tak tahu kut...

Bukan kali pertama, dalam kempen PRK Cameron Highland, aset kerajaan di salah gunakan...

Sebelum nie menteri penuh salah gunakan helikopter, sekarang timbalan menteri, alasan skema, ada program masyarakat, masaalahnya kenapa pakai baju Pakatan kalau betul program tu anjuran Kerajaan Malaysia...

Sebenarnya berita Tok Batin kena 'kidnapped', salah guna aset kerajaan, cuma antara kerja2 kotor yang Pakatan Harapan buat sejak bermulanya kempen PRK Cameron Highland...

Banyak lagi perkara2 kotor yang Pakatan Harapan lakukan, tapi SPR, SPRM dan PDRM tetap mengambil sikap menutup mata...

Sebabnya mudah, kerana Pakatan Harapan ialah kerajaan pusat...

Sekarang, terpulang kepada pengundi PRK Cameron Highland...

Ada 2 pilihan yang boleh di buat :

》 Biarkan Pakatan Harapan dengan sikap sombong mereka...

》 Berikan masej yang jelas, bahawa rakyat dah muak dengan sikap mereka...


Apa pun keputusan dan pilihan pengundi PRK Cameron Highland, satu perkara yang AMAT pasti akan terjadi, iaitu, tataplah muka2 pemimpin Pakatan Harapan yang menabur janji2 manis semasa kempen PRK Cameron Highland sebab selepas PRK Cameron Highland, muka2 tu akan hilang dan cuma akan muncul kembali sewaktu PRU 15 nanti!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.