Majlis Peguam Malaysia @ Bar Council ialah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara 1947 (kemudian dimansuhkan di gantikan oleh Akta Profesion Undang2 1976)...
Tujuan badan ini adalah untuk mendukung kedaulatan undang2 dan perjuangan keadilan serta untuk melindungi kepentingan profesion undang2 dan kepentingan orang ramai...
Jelas, tujuan sebenar Majlis Peguam @ Bar Council di tubuhkan supaya :
》 Memastikan Kedaulatan Undang2 selaras dengan prinsip ke empat Rukun Negara...
》Memastikan hak perlindungan undang2 kepada semua rakyat Malaysia melalui khidmat nasihat ahli2 Majlis Peguam @ Bar Council...
Namun Majlis Peguam @ Bar Council kini di lihat sudah tersasar dari matlamat asal penubuhannya...
Ahli2 Majlis Peguam @ Bar Council di lihat lebih cenderung melibatkan diri secara aktif di dalam dunia politik daripada melaksanakan 2 teras utama penubuhan Bar Council...
Ahli Menipu, Majlis Peguam Tak Tahu?
Sepatutnya kes2 penipuan peguam sebegini, mesti di tangani, di siasat dan di uruskan oleh Majlis Peguam @ Bar Council...
Tapi di sebabkan pada tahun 2016, Majlis Peguam @ Bar Council sibuk dengan politik untuk menjatuhkan kerajaan BN pada waktu itu, maka orang ramai tidak ada tempat mengadu melainkan meminta bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)...
Sangat memalukan bila orang luar terpaksa betulkan kerosakan di rumah sendiri sedangkan tuan rumah sibuk dengan hal orang lain!!!
Mari kita dengar rintihan orang ramai bagaimana mereka di tipu oleh peguam yang terdiri dari ahli Majlis Peguam @ Bar Council yang sah!!!
Kisah 1
Kisah 2
Kisah 3
Sedikit Tips Supaya Tidak Di Tipu Oleh Agen Dan Peguam Insuran Penipu
1. Jangan tergesa2 mempercayai dan yakin dengan percakapan serta janji lisan agen/ runner tanpa meneliti setiap janji mulut sama ada benar atau temberang...
2. Jangan tergesa2 mempercayai setiap janji lisan agen/ runner tanpa membuat sebarang semakan...
3. Jangan tergesa2 mempercayai dan menyakini janji lisan agen/ runner tanpa membuat pemeriksaan luaran dan fizikal serta aspek penampilan diri orang yang memberi janji manis...
4. Jangan terlalu teruja dengan janji manis yang di tabur oleh agen/ runner tanpa anda memikirkan kemunasabahan dan logik akal janji itu...
5. Jangan tergesa2 menurunkan tandatangan anda pada dokumen perlantikan peguam tanpa anda menyelidiki terma2 dan syarat2nya...
6. Jangan tergesa2 memberi persetujuan perlantikkan peguam tanpa anda mendapat sekeping pun surat perjanjian bertulis daripada agen/ runner berkenaan pengesahan dan persetujuan peratusan pemotongan pampasan sebagai bayaran yuran guaman...
7. Jangan tergesa2 menurunkan tandatangan perlantikkan peguam TANPA anda TAHU dan PASTI sama ada anda KENA BERTANGGUNGJAWAB ke atas KOS TINDAKAN DAN APA SENARAI KOS YANG PERLU ANDA JELASKAN...
8. Anda tergesa2 menurunkan tandatangan perlantikkan peguam TANPA anda dapatkan JAMINAN BERTULIS bahawa pemotongan itu telah merangkumi, meliputi dan termasuk semua aspek iaitu YURAN GUAMAN, KOS TINDAKAN...
9. Anda masih meneruskan perlantikan itu WALAUPUN anda TAHU tiada SATU PUN jaminan HITAM PUTIH di berikan kepada anda kecuali JAMINAN LISAN...
10. Anda mungkin TIDAK TAHU bahawa anda BERHAK untuk bertanya mengenai apa jua CAJ FEE GUAMAN dan KOS yang bakal di kenakan kepada anda SEBELUM anda bersetuju melantik peguamcara dalam apa jua kes...
11. Anda BERHAK untuk BERSETUJU atau TIDAK BERSETUJU untuk melantik mana2 peguamcara bagi mewakili anda...
TIADA SESIAPA PUN boleh memaksa anda untuk memilih dan melantik PEGUAMCARA yang bukan pilihan anda...
12. IO/ AIO TRAFIK (Inspektor/Sarjan) TIDAK BOLEH MEMAKSA dan MEMBERI TEKANAN kepada anda UNTUK MELANTIK mana2 peguam KECUALI anda BERSETUJU dengan RELA HATI untuk melantik peguamcara tersebut...
13. Anda tidak perlu TAKUT kepada IO/ AIO trafik kerana tugas mereka yang sebenarnya adalah menjalankan siasatan dengan ADIL tanpa PREJUDIS...
Mereka TIDAK BOLEH ada kepentingan diri dalam kes itu, jika ada sila rujuk kepada SPRM...
Masyarakat boleh dan mampu untuk berubah sekiranya kita semua tahu dan menghargai hak serta perlindungan undang2 ke atas kita...
Selain itu kita juga perlu membuang sikap ambil mudah, malas berfikir dan menyerahkan nasib diri sendiri kepada orang lain...
Di Harapkan Ahli Majlis Peguam 2019/2020 Y
Akan Membuat Perubahan Seperti Yang Di Suarakan Oleh Mantan Peguam Negara
Mantan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali, pernah menyeru agar Majlis Peguam kembali kepada tujuan asal ia di tubuhkan...
Di harapkan ahli Majlis Peguam yang baru di pilih untuk tahun 2019/2020 yang di katakan Pro Perlembagaan akan mengembalikan fungsi Majlis Peguam di atas landasan yang sepatutnya...
Sebagai pengamal undang2 di negara ini, mereka yang bernaung di bawah Majlis Peguam, seharusnya memahami peranan pihak legislatif dan ianya mestilah berpisah dari peranan yang di mainkan oleh pihak eksukutif...
Itulah yang di kehendaki oleh perlembagaan dalam mendaulatkan undang2 negara dan kerana itulah semua peguam2 berdaftar yang bernaung di hawah Majlis Peguam di letakkan di tempat yang cukup istimewa dalam masyarakat...
Sumber :
Fb Insuran Kemalangan Jalanraya
p/s :
Jika anda ingin mengemukakan sebarang aduan,
sila hubungi sukarelawan di nomborr yang tertera :
011 16556 244
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.