Baru2 nie, politik tanah air di panaskan dengan berita 14 pemimpin Umno Sabah tinggalkan parti dan menyatakan sokongan secara terbuka kepada Dr. Mahathir...
Bila berita nie meletup, ramai yang menjangkakan bahawa ini adalah penghujung kepada riwayat Umno Sabah...
Tapi mereka lupa, berdirinya Umno adalah kerana kekuatan di akar umbi dan bukannya terletak pada seorang dua pemimpin...
Tak dapat di nafikan, bila pemimpin khianat pada partinya sendiri, sedikit gegaran akan di rasakan oleh ahli parti...
Tapi dengan semangat dan keikhlasan perjuangan dari ahli parti, gegaran PASTI akan dapat di tenangkan, saf PASTI akan dapat di rapatkan semula...
Yang Keluar Parti Ialah Pemimpin UMNO Tapi Kenapa Pemimpin Pakatan Harapan Yang Jadi Macam Cacing Kepanasan
Memang dah di jangkakan, ada konspirasi yang cuba membawa pemimpin2 UMNO keluar beramai2...
Tapi satu perkara yang sangat2 menarik untuk kita perhatikan ialah, yang keluar meninggalkan parti ialah pemimpin UMNO...
Mereka secara terbuka menyatakan sokongan kepada Dr. Mahathir...
Sepatutnya, berita nie di sambut baik oleh semua pemimpin Pakatan Harapan...
Sebab ianya pasti akan menambahkan bilangan kerusi Pakatan Harapan di Dewan Rakyat dan mengurangkan kerusi pembangkang terutamanya UMNO...
Tapi sebaliknya yang berlaku, DAP mengeluarkan AMARAN kepada Dr. Mahathir supaya tak jadi pengutip sampah secara besar2an...
Wow, Ronnie sound Harimau Asia...😉😉😉
Bukan Ronnie jer yang sound Dr. Mahathir tapi Ramkarpal Singh pun tumpang sekaki...
Kenapa DAP tak suka dan marah dengan tindakan Dr. Mahathir???
Sebabnya, kalau Dr. Mahathir terus dapat perkukuhkan PPBM dengan mencuri kerusi UMNO, maka DAP dah tak boleh PERKUDAKAN Dr. Mahathir untuk teruskan agenda Malaysian Malaysia DAP...
Jelas Dr. Mahathir sekarang nie hanyalah PATUNG BERNYAWA TANPA SUARA dalam kabinet Malaysia...
PKR Pun Menggelupur Rupanya
Bakal perdana menteri yang paling lama menunggu giliran dalam sejarah Malaysia malah mungkin dalam sejarah dunia, Anwar Ibrahim, pantas mengatur langkah...
Di katakan Anwar dan Kit Siang bertemu dengan Nazri Aziz (khabarnya dengan restu presiden UMNO) untuk membincangkan sesuatu bagi memastikan sokongan MP UMNO nanti...
Tapi akar umbi UMNO tak bersetuju dan menentang cadangan gila tu...
Kenapa Anwar menggelabah???
Kenapa Kit Siang pun menggelabah???
Jawapannya mudah, kalau PPBM dah ada kerusi majoriti dalam Pakatan Harapan, maka Anwar akan terus dalam penantian dan patung belaan DAP akan mula makan tuan...😂😂😂
Jadi pada semua ahli UMNO yang masih taat kepada perjuangan parti :
》Biarkanlah ahli2 parlimen yang nak melompat ke PPBM tu melompat dan apa pun alasan bangang yang dia orang bagi, kita semua tahu itu semua untuk menutup pengkhianatan mereka sedangkan matlamat utama mereka ialah untuk kepentingan dan kemewahan peribadi, yakinlah, Allah swt sedang membantu kita membersihkan UMNO dari pengkhianat2 dari dalam UMNO sendiri...
》Mereka PASTI akan datang kepada kita sebab pemimpin yang keluar itu tak membawa ahli2 UMNO bersama mereka, betul, kita akan kehilangan suara di parlimen tetapi POLITIC IS ALWAYS ABOUT NUMBER, pada PRU 15 nanti, percayalah, sama ada mereka TIDAK AKAN menjadi calon atau AKAN KALAH dalam PRU 15 sebab yang akan mengundi nanti ialah ahli UMNO yang mereka khianati!!!
》Kepada pemimpin UMNO dan PAS, usahakanlah satu kerjasama antara kedua2 parti orang Melayu Islam di Malaysia kerana , In Sya Allah, Putrajaya akan berada dalam genggaman kita pada PRU 15...
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.