36 Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti, apa yang baru?
Tiada yang baru...
Beberapa bulan lepas pelbagai khabar angin bertiup menamakan Hishammuddin Hussein dan Hamzah Zainuddin sebagai broker yang mengaturkan urusan ini...
Maklumat ini di perolehi dari dalam kalangan pihak yang di jemput untuk menghadiri perjumpaan tertutup yang mana telefon bimbit masing2 perlu di tinggalkan di luar ruang perbincangan...
Walaupun mandat di berikan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kepada Presiden Zahid Hamidi untuk berunding dengan parti politik lain, namun beberapa orang pemimpin telah mengambil jalan belakang untuk berunding dengan Dr. Mahathir...
Tindakan melanggar disiplin ini jelas memberikan Dr. Mahathir kelebihan dalam rundingan dan memberi gambaran UMNO sedang berpecah...
Walaupun Hishamuddin menafikan kedalangannya, namun Khairy Jamaluddin (KJ ) telah membayangkan berulang kali dalam tweetnya bahawa ada bangsawan yang menjadi dalang di belakang gerakan ini, termasuk terbaru bahawa Ketua Pemuda UMNO yang mencadangkan Presiden berehat, adalah boneka bangsawan...
Adakah bangsawan lain selain Najib Razak dan Hishammuddin...
Parti Atau Ahli Politik Bernafsu Besar Yang Tiada Hala Tuju
Maka alasan2 di cipta untuk memberi justifikasi kepada rundingan pintu belakang atau kedai dalam kedai ini...
Salah satunya ialah mengenai hala tuju parti...
Antara pemimpin yang menyebut tentang hala tuju parti ini adalah KJ dan Hishammuddin, kedua2nya tidak hadir retreat MKT dan Ketua-ketua Bahagian YANG MEMBINCANGKAN HALA TUJU PARTI dan tidak menghadiri Himpunan Bantah ICERD 812 yang menunjukkan mereka tidak bersama dalam melaksanakan hala tuju parti...
Ketua2 UMNO Bahagian Sabah dan Ahli Parlimen di bawah skim yang di brokerkan oleh Hamzah bercakap tentang hala tuju UMNO dan Presiden...
Rasanya, Hamzah juga tiada semasa retreat kepimpinan tertinggi UMNO dan Himpunan 812...
Walaupun Presiden telah menjelaskan hala tuju dalam ucapan dasarnya semasa Perhimpunan Agung UMNO 2018, lengkap dengan 7 teras dan 21 langkah, Ahli Parlimen dan Ketua-ketua Bahagian ini masih bercakap tentang hala tuju...
Kenapa?
Jawapannya kerana hala tuju Presiden TIDAK SAMA dengan apa yang mereka mahukan...
Presiden menyebut, untuk bekerjasama dengan Mahathir, Mahathir mahu UMNO di bubarkan dan pemimpin2 UMNO perlu di 'samak' terlebih dulu untuk tempoh tertentu sebelum boleh menyertai Ppbm...
Presiden, Timbalan Presiden dan Naib2 Presiden tidak bersetuju...
Tetapi, jika Presiden bersetuju dengan syarat ini, pasti tidak timbul lagi soal tiada hala tuju...
UMNO pun sudah tidak ada lagi jika itu berlaku...
Akar Umbi Di Suruh Berkorbab Untuk Parti Tapi Ahli Politik Korbankan Parti Untuk Kepentingan Peribadi
Kenapa begitu terdesak?
Berdasarkan pemerhatian, Ahli Parlimen dan Ketua2 Bahagian tertentu ini keluar parti atas TIGA SEBAB UTAMA :
i. Hilang punca pendapatan, terutama bagi mereka yang mengharapkan projek2 kerajaan atau AP atau subsidi kerajaan atau yang sepertinya, termasuk yang masih menunggu bayaran daripada kerajaan...
ii. Tiada peruntukan untuk menjaga kawasan bagi mengekalkan jawatan Yang Berhormat dan Ketua Bahagian yang di pegang...
iii. Tidak mahu di dakwa oleh kerajaan Pakatan yang menggunakan SPRM, PDRM, Peguam Negara dan LHDN...
Jika mereka sudah bersama kerajaan, pastinya tiga masalah ini tidak lagi menghantui mereka...
Ramai yang telah jadi suci bersih selepas di 'samak' oleh Mahathir...
Lim Guan Eng yang ada kes rasuah pun sudah menerima sijil 'halalun tayyiban' menerusi Peguam Negara...
Faktor2 ini menjadikan mereka terdesak dan keluar parti SEDANGKAN pemimpin lapisan kedua, ketiga dan ahli-ahli biasa UMNO yang tiada TIGA MASALAH ini tidak terdesak meninggalkan parti...
Baiklah, ada desakan untuk Presiden berundur dan meletakkan kesemua kesalahan di atas bahu Presiden...
Sebelum ahli UMNO melompat dan menggantikan Presiden yang ada dengan Presiden yang baru di sebabkan permainan emosi ini, agar masalah HALA TUJU TIDAK LAGI MENJADI ALASAN MENOLAK PRESIDEN YANG BARU, eloklah kita minta bakal-bakal calon Presiden membentangkan rancangan mereka berkaitan TIGA PERKARA yang menjadi masalah Ahli Parlimen dan Ketua-ketua Bahagian UMNO yang mahu meninggalkan parti ini...
Pertama : Apakah hala tuju parti - kekal seperti sedia ada atau berubah menjadi liberal/sekular atau ekstrem kanan?
Segera jadi kerajaan bersama Mahathir dan membubarkan UMNO?
Kedua - Apakah kaedah untuk memastikan sumber pendapatan berterusan dan peruntukan Ahli-ahli Parlimen dan Ketua-ketua Bahagian? Apakah sumber untuk membiayai pentadbiran parti di pusat, negeri-negeri dan 191 bahagian UMNO?
Ketiga - Bagaimana untuk mengelakkan pendakwaan berterusan ke atas pemimpin-pemimpin UMNO, baik yang pernah duduk dalam kabinet atau yang di ganggu oleh LHDN?
Eloklah di syorkan bakal calon Presiden, termasuk KJ dan Hishammuddin untuk menjawab soalan2 ini...
Di harapkan juga agar Hishammuddin bertanding jawatan Presiden jika ada pertandingan kali ini...
Lebih mudah untuk ahli-ahli memberi wala kepadanya sebagai Presiden parti berbanding sekarang ini...
Tak perlu kelam kabut membuat pemilihan yang baru melainkan calon Presiden benar-benar mampu menyelesaikan masalah UMNO hari ini...
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.