Tuesday, October 2, 2018

RPK vs Amar Singh : Bila Tak Boleh Jawab, Amar Cuba Babitkan Isu Perkauman



Asalnya blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) cuma tanya beberapa soalan pada Datuk Seri Amar Singh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM, Bukit Aman tentang jumlah rampasan kat apartment Pavilion Residences...

Sebab ada perbezaan dengan jumlah rampasan PDRM yang di dakwa Datuk Seri Najib dengan jumlah yang PDRM isytiharkan melalui sidang media Amar...🤔🤔🤔


Datuk Seri Najib dan Umno dakwa jumlah rampasan tunai yang di sita ialah sebanyak RM160 juta...


Tapi PDRM dalam sidang media yang di buat oleh Amar Singh dakwa duit tunai yang di rampas cuma RM116 juta jer...

Banyak beza tu derrr...🤔🤔🤔


Siapa pula yang tuduh polis curi duit tu...😝😝😝

Yang di persoalkan ialah kenapa jumlah duit yang di dakwa kena rampas dengan jumlah duit yang di umumkan oleh polis yang merampas berbeza...🤔🤔🤔

Yang melalut jawab soalan dengan soalan sama ada kemungkinan duit tu di curi atau tak tu kenapa...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Kalau duit tu dah hilang, jawapannya memang 'possible'lah deyyy...😝😝😝


Aiyoo Amar Singh...

Boleh explain tak camner perompak yang merompak balik dadah yang KDRM simpan dalam stor rampasan KDRM dalam kes kat Nilai baru2 nie...

Boleh explain tak macam mana senjata api ATM boleh di curi dari Gudang Peluru ATM kat Masjid Tanah dalam kes Al Maunnah...

Kalau dah nama pencuri, mestilah ada strategi dia sendiri...

Kenapa Polis Sendiri Tak Patuhi SOP Pada Undang2 CPC Yang Ada Dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara


Apa yang jadi persoalan ialah kenapa polis yang buat rampasan tak ikut Standard Operation Procedure (SOP) pada undang2 Criminal Procedure Code (CPC) dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN)...

Pematuhan atau 'compliance or adherence' kepada undang2 Criminal Procedure Code (CPC) dan Standard Operating Procedures (SOP) yg di keluarkan oleh KPN berkaitan urusan bongkar dan sita barang exhibit hendaklah di patuhi terlebih dahulu supaya tindakan polis itu tidak di persoalkan oleh rakyat awam...

Selepas mendapat Waran Menggeledah (Search Warrant) dari Majistret, polis hendaklah pastikan premis yg hendak di geledah itu berpenghuni dan penggeledahan itu hendaklah di saksikan oleh penghuni/penghuni-penghuni...

Bagi kes yg mengancam keselamatan negara atau orang awam, Waran Gelidah tidak perlu, cuma pasukan polis yg di ketuai oleh ASP ke atas di benar lakukannya...

Sekiranya ada rampasan barang, prosedur berikut hendaklah di patuhi :


  • Senaraikan barang exhibit yang di rampas dalam Borang Bongkar (dalam 2 salinan) dan di tandatangani oleh pegawai polis yg mengetuai rampasan/sitaan dan penghuni premis di mana sitaan barang exhibit di buat...
  • Barang exhibit yang bernilai tinggi atau wang tunai yang di sita selepas di ambil gambar lokasi dalam premis hendaklah di bungkus, di tandakan, di meterai dan di ambil gambarnya supaya tidak menjadi pertelingkahan undang2 kemudian hari...
  • Berikan satu salinan senarai barang exhibit yang di rampas kepada penghuni premis dan di tandatanganinya sebagai pengesahan...

Andainya sitaan barang atau wang tunai di buat di premis yg di pecah masuk tanpa penghuni, polis yg mengetuai serbuan bolehlah jawabnya di mahkamah...

Serban Punya Hal - Tak Dapat Jawab Soalan, Amar Singh Cari Ruang Untuk Alih Perhatian



Bukan nak 'backing' RPK tapi jelas RPK sebenarnya menyindir Amar Singh dengan katakan yang serban Amar Singh ketat sangat s
sampai menghalang darah daripada sampai ke otak dan mungkin sebabkan sel2 otak dia tak bersambung...😂😂😂



Maksudnya alasan2 yang Amar Singh bagi di tambah dengan sindiran Amar Singh yang katakan RPK timbulkan isu nie di sebabkan arahan seseorang dan di lakukan semata2 kerana di upah adalah alasan budak hingusan dan tak sheshuai langsung dengan jawatan pegawai polis kanan yang dia sandang sekarang...😄😄😄




Lagi syahdu bila Amar Singh tuduh RPK rasis dan menghina pakaian tradisi kaum Sikh...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️


The Malaysian Gurdwaras Council Dan Benggali2 Lain Ibarat Lebih Sudu Dari Kuah

Presiden The Malaysian Gurdwaras Council, Jagir Singh pulak tak nak ketinggalan jadi nasi tambah tak berkuah dalam isu nie...

Nie isu antara RPK dengan perangai kebudak2an Amar Singh...

Kalau tak tahu hujung pangkal, tak yah campur...

Sepatutnya TMGC jadi orang tengah sebagai pendamai utk cari jalan penyelesaian...




Memburukkan keadaan bila benggali2 dari Malaysia hantar ugutan dalam pelbagai bentuk pada RPK...

Sampai cakap nak guna 'kabel' persatuan Sikh United Kingdom untuk cari RPK...😂😂😂

Tapi sebagai blogger Melayu yang matang, RPK telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf pada kaum Sikh...

Tahniah RPK...


Siapa Yang Akan Bertanggungjawab Pada Hampir RM44 Juta Tu...


Akibat tak mematuhi SOP dalam undang2 CPC macam yang tertulis dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara, siapa yang akan ambil tanggungjawab atas duit yang hilang tu...



Apakah benar, dakwaan rampasan duit tunai bernilai RM160 juta tu palsu dan kalau palsu, sila buktikan...

Kalau dakwaan duit rampasan duit tunai tu memang benar RM160 juta, rakyat nak tahu kenapa nilainya boleh menurun ke RM114 juta!!!

Siapa yang curi???

Bagaimana boleh duit ramoasan dalam simpanan PDRM boleh di curi???

Di mana duit tu sekarang???

Dalam simpanan siapa???

Kita nakkan penjelasan dari PDRM :


  • Kalau betul pihak polis yang buat serbuan berintegriti, kenapa tak ada tandatangan Datuk Seri Najib atas borang rampasan sebagai pengesahan atas barang2 yang di sita...
  • Kalau betul pihak PDRM jujur, kenapa tak di pamirkan kesemua barang2 yang di rampas semasa sidang media seperti kelaziman sebab setakat 70 ke 80 kotak barangan rampasan, tak der sebab tak boleh di pamirkan, sedangkan pihak IPD KLIA pernah pamirkan keseluruhan dadah rampasan seberat lebih dari suku tan yang di bungkus dalam bungkusan kecil!!!

Pada PDRM terutamanya pada Amar Singh, jawab persoalan yang dah jadi isu hangat sekarang nie...


RM43.6 juta bukan jumlah yang kecil!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.