Sekali Lagi Clare Berhadapan Dengan Saman Fitnah
Editor Sarawak Reporr, Clare Rewcastle-Brown sekali lagi buktikan bahawa dia adalah perempuan yang mendapatkan sesuap nasi dengan bergantung pada fitnah yang di sebarkan...
Ada juga spesis manusia mcm nie yer...🙇♂️🙇♂️🙇♂️
Sultanah Nur Zahirah Failkan Saman Fitnah Ke Atas Clare Kerana Fitnah Baginda
|
SULTANAH Nur Zahirah telah mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM300 juta kepada Clare Rewcastle-Brown, Gerakbudaya Enterprise dan Vinlin Press Sdn. Bhd. kerana mendakwa baginda terlibat dalam konspirasi dengan ahli perniagaan Low Taek Jho berkaitan skandal 1MDB |
Kalau sebelum nie, Presiden PAS berjaya dalam saman fitnah pada Clare, terkini Sultanah Terengganu pula failkan saman fitnah ke atas editor kaki fitnah dari Sarawak Report (kalau layak di panggil editorlah), Clare Rewcastle-Brown...
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah menuntut ganti rugi RM300 juta daripada Clare Rewcastle-Brown, Gerakbudaya Enterprise dan Vinlin Press Sdn. Bhd. kerana mendakwa baginda terlibat dalam konspirasi dengan ahli perniagaan Low Taek Jho berkaitan skandal 1MDB dalam buku 'The Sarawak Report : The Inside Story of the 1MDB Expose'...
Surat tuntutan yang menuntut setiap mereka membayar RM100 juta telah di hantar Khamis lalu kepada ketiga2 pihak berkenaan :
- Pengasas dan Editor Sarawak Report...
- Gerakbudaya Enterprise Sdn. Bhd. sebagai penerbit buku...
- Vinlin Press Sdn. Bhd. sebagai pencetak buku...
Peguam Datuk Mohd. Haaziq Pillay yang mewakili Sultanah Nur Zahirah berkata, "Sebarang tuntutan yang bakal di berikan oleh mahkamah akan di dermakan kepada badan kebajikan"...
Rewcastle Brown di berikan tempoh 8 hari dari 27 September untuk memberikan surat penarikbalikan secara bertulis yang jelas serta di dedahkan kepada umum...
Juga permohonan maaf secara bertulis dengan syarat2 sebagaimana di luluskan oleh peguamcara Sultanah Terengganu...
Beliau juga harus memberikan satu akujanji untuk tidak mengulangi kenyataan tersebut...
Gerakbudaya dan Vinlin Press Sdn. Bhd. turut di berikan tempoh 8 hari dari tarikh yang sama untuk berbuat demikian.
Pada 14 September lalu, Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu telah mengeluarkan kenyataan menafikan sekeras2nya pembabitan Sultanah Nur Zahirah sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam sebarang urusan pentadbiran kerajaan dan secara khususnya penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA)...
Kenyataan itu menyangkal dakwaan di muka surat tiga buku itu yang menyebut 'Jho was also friendly with a key player in Terengganu, the wife of the Sultan, whose acquiescence was needed to set up the fund and he later cited her support as having been crucial to his obtaining the advisory position'...
Menurut kenyataan tersebut, sultanah tidak pernah pada bila2 masa mengenali ataupun mempunyai sebarang hubungan dengan penama 'Jho' yang tersebut dalam buku itu menurut kenyataan tersebut...
Saman Tetap Di Teruskan Walau Pun Clare Sudah Keluarkan Kenyataan Meminta Maaf
Dalam kenyataan memohon maaf semalam, Rewcastle-Brown turut menyebut :
Tulisan buku The Sarawak Report : The Inside Story of The 1MDB Expose di buat berdasarkan kenyataan Jho Low atau nama sebenarnya, Low Taek Jho yang selalu bermegah kerana sering bersosial dengan keluarga di raja termasuk dalam mendapatkan jawatan dalam TIA...
Kami sedar kaitan antara Jho Low dan keluarga Diraja Terengganu adalah melalui saudara perempuan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan suaminya dari segi perniagaan...
Atas dasar ini juga cetakan seterusnya buku ini akan mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan Sultanah Terengganu dan sebaliknya akan merujuk kepada saudara perempuan Sultan Terengganu...
Di fahamkan pihak peguam Sultanah Terengganu tetap akan meneruskan saman walau pun Clare telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf...
Mungkin kerana Clare masih lagi tak memenuhi tuntutan pihak Sultanah Nur Zahira yang mahu pihak Sarawak Report menarik balik semua buku yang telah di keluarkan termasuk yang telah berada di pasaran dan bukannya sekadar berjanji untuk mengubah kandungan untuk cetakan yang akan datang!!!
Tom Wright Tergagap2 Bila Di Minta Kemukakan Bukti Terhadap Dakwaan Beliau Dalam Buku Billion Dollar Whale
Kalau Clare berhadapan dengan saman RM100 juta sebab fitnah Sultanah Terengganu, Tom Wright, penulis buku Billion Dollar Whale tergagap2 macam budak baru nak belajar bercakap bila di minta membuktikan kebenaran dakwaan beliau dalam buku tersebut...
Kalau segala apa yang di tulis oleh Tom Wright tu benar maka dia tak perlu teragak2 untuk dedahkan dari sumber mana beliau dapatkan segala maklumat...
Dalam strategi pemasaran, bukan ker tu boleh melonjakkan lagi jualan buku tersebut kerana umum terutamanya rakyat Malaysia pasti nak tahu dan berhak tahu tentang kebenaran atas segala dakwaan terhadap skandal 1MDB...
Tapi apa yang pasti, bila Clare berhadapan dengan tindakan saman fitnah, kelam kabut ayam dia keluarkan kenyataan meminta maaf!!!
Bila Tom Wright di minta buktikan kebenaraan dakwaan beliau dalam buku tulisannya sendiri, tergagap2 dan tercungap2 nak 'divert' soalan...
Apa nie, mereka menulis tentang satu isu yang dah menjatuhkan satu kerajaan dalam negara yang berdaulat...
Siapa mereka untuk buat macam tu kat Malaysia nie!!!
Ternyata Clare dan Tom Wright bukanlah penulis yang berintegriti dan berkredibiliti...
Harga diri mereka sebenarnya lebih rendah dari pelacur jalanan yang mencari sesuap nasi dengan menjual tubuh badan...
Kerana mereka bukan sekadar melacurkan maruah mereka demu sesuap nasi malah mencipta dan menabur fitnah...
Nilai mereka tak lebih dari penulis komik kartun yang gunakan imiginasi tanpa bukti dalam tulisan...
Nyata isu 1MDB bukanlah satu skandal tapi cuma satu konspirasi untuk menjatuhkan sebuah kerajaan di dalam negara yang berdaulat...
Di manakah nilai keadilan dalam negara ini...
Dan yang lebih penting, di manakah kewarasan dan kematangan pengundi2 di Malaysia!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.