Saturday, August 11, 2018

Anak Yusof Rawa Sedia Fitnah Demi LGBT Dan Sesat : Bhg 2


Ekoran dari kenyataan berat sebelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof, ramai umat Islam tertanya2 apakah IKSIM, satu institusi yang di naungi Majlis Raja2 dan di amanahkan untuk merangka kajian strategik ugama Islam di Malaysia telah 'lesapkan' dana yang di peruntukkan kepada institusi tersebut melalui MAIWP!!!

Janganlah kita terlalu cepat buat kesimpulan dan tuduhan bahawa ada ketirisan dalam perbelanjaan dana IKSIM...

Kita tahu dan faham ker apa yang sebenarnya berlaku...

Selamilah apa sebenarnya yang tersirat di sebalik apa yang tersurat dalam tuduhan tersebut...

Janganlah kita menjadi golongan yang zalim lagi menzalimi dengan melemparkan tuduhan, menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa!!!

Penjelasan Dari Felo Kanan IKSIM, Engku Ahmad Fadzil


Dana IKSIM banyak di gunakan untuk menganjurkan program2 TRAPI - DIAN (Transformasi Pemikiran Islam - Daulatkan Islam Agama Negara) di seluruh negara...

 Cara IKSIM luluskan program dan arahkan penyertaan staf banyak menggunakan komunikasi elektronik (paperless environmental friendly method)...

Staf MAIWP yang melakukan audit dalaman menggunakan 'SOP' MAIWP iaitu program dan penyertaan kena ada surat kelulusan @ lantikan @ arahan...

Walau pun IKSIM telah terangkan tentang 'SOP' IKSIM, staf audit berkenaan memilih untuk mencatat 'TIDAK DAPAT DI SAHKAN' atas alasan surat bercetak secara fisikal tidak ada...

'EXIT CONFERENCE' yang dapat memberikan penjelasan mengenai kekeliruan itu belum di buat sebagaimana sepatutnya dan ianya telah di tangguhkan sebanyak 3 kali oleh pihak MAIWP!!!

YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof membuat kenyataan berbaur fitnah kerana MENGUBAH catatan pihak audit MAIWP daripada 'TIDAK DAPAT DI SAHKAN' (kerana tiada dokumen fizikal) kepada 'TIDAK DAPAT DI KESAN' yang membawa maksud tiada maklumat atau keterangan sokongan dan kenyataan Mujahid juga boleh menjejaskan nama baik IKSIM kerana ianya di keluarkan sebelum proses 'EXIT CONFERENCE'...

Memburukkan keadaan bila musuh IKSIM pula menggunakan kesempatan itu itu menaburkan fitnah dengan merubah istilah 'TIDAK DAPAT DI KESAN' kepada 'DI LESAPKAN' sehingga tular kepada masyarakat bahawa IKSIM telah menyalahgunakan dana yang di beri...

Hakikatnya RM 7.4 Juta dana yang di bangkitkan oleh YB Menteri adalah berpunca dari prosedur kerja dan tatacara perakunan yang berbeza di antara MAIWP dan prosedur yang di guna pakai oleh IKSIM...

Setiap ringgit yang di uruskan perbelanjaan oleh IKSIM mempunyai rekod terperinci dan boleh di semak dalam masa beberapa minit...

Akan tetapi pasukan audit MAIWP menganggap perbezaan itu sebagai kesilapan...

Untuk makluman, IKSIM bukan anak syarikat MAIWP dan IKSIM tertakluk di bawah Akta Syarikat manakala MAIWP pula di bawah Akta 505...

IKSIM telah di audit BERSIH sejak di tubuhkan oleh juruaudit bertauliah...

Proses Rutin Audit Yang Di Guna Pakai Seluruh Dunia

Secara ringkasnya proses audit atau  biasa di sebut sebagai rutin audit yang di guna pakai di seluruh dunia adalah seperti berikut :

Perancangan Audit

》Penyediaan rancangan audit dan anggaran belanjawan tahunan...

》Penyediaan Memorandum Pengauditan (Engagement Letter) yang akan menggariskan butir2 penting strategi audit yang akan di jalankan...

Perlaksanaan Audit

》Audit akan di jalankan mengikut program audit yang ada dalam 'engagement letter'...

》Sebelum audit di jalankan, pihak auditor dan auditi akan adakan 'entrance conference' untuk pihak auditi menerangkan SOP mereka kepada auditor dan pihak auditor akan menerangkan program audit yang akan di jalankan mengikut strategi audit dalam 'engagement letter'...

Pelaporan

》Sebelum pelaporan di buat, pihak auditor dan auditi akan mengadakan 'exit conference' utk pihak auditor bentangkan segala penemuan atau biasanya di sebut 'discrepancy' yang tak ikut SOP dan pihak auditi pula akan menerangkan sebab dan musabab kenapa perkara itu berlaku...

》Pelaporan biasanya berhubung dengan akaun dan aktiviti kementerian/jabatan/agensi kerajaan serta ulasan2 dan cadangan2 konstruktif Ketua Audit Negara...


Sebelum Proses Pelaporan Selesai, TIDAK DI BENARKAN Membuat Rumusan Terhadap Penemuan Audit


Dari sini jelas pada kita, 'exit conference' ialah proses yang sangat penting untuk pihak auditi menjelaskan semua 'discrepancy' yang di temui oleh pihak auditor...


Sebelum proses 'exit conference', segala penemuan dalam audit BELUM lagi di anggap sebagai kesalahan yang tidak mengikuti SOP...

Dalam 'exit conference' yang biasanya di wakili CEO atau ketua jabatan bagi pihak auditi akan menerangkan berserta dokumen2 dan bahan2 sokongan kpd auditor dengan lebih jelas mengenai segala penemuan yang tidak mengikuti SOP...

Selepas itu barulah pihak auditor akan membuat pelaporan (audit report) yang akan di sertakan dengan cadangan bagi tujuan penambahbaikan...

Barulah pelaporan atau 'audit report' yang telah di sahkan oleh juru audit bertauliah menjadi satu dokumen yang sahih dan di terima oleh mahkamah sekiranya di adakan perbicaraan atas kes salah laku...

Proses Audit Menimbulkan Tandatanya

Mengapa MAIWP Menghantar Pasukan Audit Yang Tidak Bertauliah???



Melakukan kerja2 audit bukanlah ibarat menyelesaikan masaalah matematik biasa...

Kredibiliti pasukan audit dari MAIWP menjadi satu tanda soal yang cukup besar...

Ada prosedur, kriteria dan etika yang mesti di patuhi oleh juru audit...

Sekiranya orang yang tidak berkelayakan di berikan tanggungjawab yang sebegini besar maka akan banyak kekeliruan yang akan timbul seperti kes audit IKSIM ini...

Perbezaan SOP IKSIM dan MAIWP


Perbezaan SOP antara IKSIM dan MAIWP bukanlah satu kesalahan kerana mereka mempunyai 'core business' yg berbeza apatah lagi mereka di tubuhkan di bawah akta yang berbeza...

Auditor yang datang dari MAIWP tentulah akan membawa SOP MAIWP dalam menjalankan tugas mereka tetapi mereka sepatutnya melakukan audit berdasarkan SOP IKSIM dan bukannya MAIWP...

Perbezaan ini sepatutnya di selesaikan dalam proses 'entrance conference'...

Kita tak pasti kenapa auditor MAIWP masih lagi menganggap ini sebagai satu 'discrepancy'...

Tuduhan Di Buat Sebelum Proses Audit Sempurna


Persoalan Pertama :
》Mengapakah pihak auditor (MAIWP) menangguhkan sesi penjelasan (exit conference) sehingga tiga kali kerana pada amalan kebiasaannya pihak auditor tidak membenarkan 'exit conference' di tangguhkan dan jadi keraguan bila mereka sendiri menangguhkannya!!!

Persoalan Kedua :
》Integriti pihak Jabatan Audit MAIWP, bagaimanakah maklumat audit boleh di sebarkan atau di sampaikan kepada pihak menteri sedangkan mereka (Jabatan Audit MAIWP) tahu maklumat audit itu belum lengkap serta bersifat berat sebelah dan boleh menimbulkan fitnah!!!

Persoalan Ketiga :
》Apakah tindakan Mujahid menyebarkan berita ini kerana sengaja ingin menyebarkan fitnah yang bertujuan menyerang IKSIM supaya ada alasan membubarkan IKSIM kerana sudah pasti pihak Jabatan Audit MAIWP ada menjelaskan status laouran audit yang tak lengkap kepada Mujahid...

Golongan Yang Mahu Melihat IKSIM Di Bubarkan Ialah Kumpulan G25



Sebenarnya, kumpulan G25 Malaysia yang sangat beria2 mahu supaya IKSIM dan JAKIM di bubarkan...

Mereka menggunakan pelbagai alasan, mendesak dengan pelbagai cara, menghasut dari pelbagai sudut untuk merealisasikan hasrat mereka...

Mengapa???



Segala program yang menggelarkan diri mereka G25 Malaysia telah hampir berjaya di sekat oleh IKSIM...

Berbagai pendedahan yang di buat oleh IKSIM utk menyedarkan masyarakat Islam tentang bahayanya pengaruh dan fahaman yang cuba di bawa oleh G25 telah banyak menyedarkan umat Islam...

Inilah punca kemarahan G25 terhadap IKSIM...


CEO IKSIM, Dato' Prof. Mahamad Naser Disa menjadi sasaran utama golongan G25 kerana kejayaan beliau menghalang kerajaan Malaysia daripada mengiktiraf golongan LGBT di persidangan antarabangsa di Geneva...


Beliau juga telah beberapa kali menewaskan mendiang Karpal Singh di mahkamah dalam beberapa kes yang bersangkutan kedaulatan Islam dan hak2 orang Islam di Malaysia!!!

Inilah antara punca dendam yang membarah G25 kepada IKSIM...


Seperti ayahanda beliau, Allahyarham Hj. Yusof Rawa yang terkenal dengan ketegasannya dalam memperjuangkan Islam di bumi Malaysia, kita berharap agar Mujahid tidak membenarkan diri dan jawatan yang di pegangnya sekarang ini di peralatkan oleh musuh2 Islam yang datangnya dari luar dan dalam umat Islam sendiri...

Benteng terakhir kita dalam mempertahankan kesucian ugama Islam di Malaysia ialah JAKIM dan IKSIM...

Kalau pun kita tiada kemampuan untuk mempertahankannya, janganlah kita bersekutu dengan musuh2 Islam itu...

Selidiki dan semaklah segala maklumat yang di terima sebelum kita memberi respon dan menyebarkannya supaya kita tidak terjebak di dalam dosa fitnah...

Ingatlah firman Allah s.w.t. berikut :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang akan menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

(Al Hujurat: 6)

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.