Friday, August 10, 2018

Anak Yusof Rawa Sedia Fitnah Demi LGBT Dan Sesat : Bhg 1


Dakwaan Datuk Dr. Mujahid Yusof Terhadap Ketirisan Dana RM 7.4 Juta Institu Kajian Strategik Islam (IKSIM)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof mendakwa ada ketirisan sebanyak RM 7.4 juta dalam membelanjakan dana Institut Kajian Strategik Islam (IKSIM) oleh pengurusan institusi tu sendiri...

Menurut Mujahid lagi, ianya di kesan selepas selepas audit dalaman terhadap IKSIM di lakukan dan mendapati sejumlah RM7.4 juta perbelanjaan daripada RM7.6 juta yang diterima daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tidak dapat dikesan...

Sehubungan itu, kerajaan ambil keputusan membekukan sementara akaun dan aktiviti yang telah di rancang Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), berkuat kuasa serta-merta...

Kenyataan Balas Pengurusan IKSIM

Yang Berhormat Menteri telah membuat satu bentuk dakwaan berdasarkan laporan pasukan audit dalaman MAIWP yang bukan juruaudit bertauliah...

Pihak IKSIM telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak Audit Dalam (MAIWP) sejak dari awal dan masih menunggu 'exit conference' yang telah di tangguhkan sebanyak 3 kali oleh pihak MAIWP setelah pihak IKSIM menjawab semua soalan2 yang di kemukakan...

RM 7.4 juta dana yang di bangkitkan oleh YB Menteri adalah berpunca dari prosedur kerja dan tatacara perakunan yang berbeza di antara MAIWP dengan prosedur yang di gunapakai oleh IKSIM...

Setiap ringgit yang di uruskan perbelanjaan oleh IKSIM mempunyai rekod terperinci dan boleh di semak dalam masa beberapa minit...

Tetapi pasukan audit MAIWP menganggap perbezaan itu sebagai kesilapan...


Respon Orang Ramai Mengenai Isu Mujahid Vs IKSIM




Netizen pantas memberikan respon terhadap dakwaan Mujahid...

Rata2 netizen marah dan kesal dengan 'penyelewengan' yang di katakan berlaku...

Persoalannya, apakah benar berlaku penyelewengan mcm yg Mujahid dakwa tu???

Kalau dakwaan Mujahid tu tak benar, kenapa Mujahid sanggup lemparkan fitnah yg begitu hina pada IKSIM!!!

Sudahkah netizen yg mencaci dan menyindir IKSIM tu dengar atau baca penjelasan yg IKSIM keluarkan...

Sudahkah cuba fahamkan kenapa kekeliruan tu berlaku supaya tak menyambung dosa fitnah???(sekiranya dakwaan Mujahid salah)

Kita akan kupas satu persatu isu nie dalam mencari kebenaran, In Sya Allah dalam tulusan selepas ini...

Sementara tu, janganlah membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa...

Baca, faham dan hayati maksud firman Allah s.w.t. berikut :


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Al-Hujuraat : 6

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.