Wednesday, July 25, 2018

YB Syed Saddiq Tak Nak Masuk Kelas Bahasa Melayu Ker...😛😛😛


Syed Saddiq VS Cikgu Bahasa Melayu

"Kalau saya, bagi markah 30 sahaja" 

Komen seorang sarjana pendidikan Bahasa Melayu berhubung kenyataan media yang di keluarkan Menteri Belia dan Sukan yang tular pada Isnin...


Guru bahasa Melayu, Rozziana Ismali berkata, terdapat penggunaan perkataan yang membawa maksud sama, tetapi di gunakan berulang kali dalam satu perenggan...


Bila Menteri Melayu Kena Bahan Sebab Bahasa Melayu



Kenyataan media bertajuk Berhubung isu pelepasan pemain skuad bola sepak Bawah 23 negara bagi temasya Sukan Asia 2018 yang di keluarkan pada Ahad oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu menjadi bahan ejekan netizen di media sosial...


Isu berkenaan tular selepas pengendali sebuah laman Facebook memuat naik kembali kenyataan media tersebut dan memberikan komen mengenai tatabahasa serta struktur ayat yang di gunakan oleh ahli Parlimen Muar itu...


Bagilah Markah Kesian Cikgu...😂😂😂



Pada posting tersebut, 'penanda kertas' kenyataan media itu memberikan markah 39/100 kepada Syed Saddiq...


"Saya dah lihat komen yang di tulis di atas kenyataan media itu, ada yang betul dan ada yang tidak betul"...

Terdapat banyak penggunaan kata yang berulang dalam satu ayat...


"Misalnya, perkataan 'bagi' tidak boleh di guna dua kali dalam ayat yang sama"...

"Ia boleh di gantikan dengan perkataan 'untuk"...


Alahai Syed Saddiq, Jadi Menteri PT 3



Rozziana yang juga berpengalaman lapan tahun sebagai guru Bahasa Melayu berpandangan kenyataan media tersebut setara dengan karangan pelajar yang menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)...


Tambahnya, penulisan ayat dalam beberapa perenggan kenyataan tersebut seharusnya di ringkaskan dengan menggunakan laras bahasa yang lebih mudah di fahami memandangkan ia pada asalnya di muat naik menerusi akaun Facebook Rasmi KBSMalaysia...



Menurut guru yang mengajar di Lubok Antu, Sarawak itu, dia memahami perkara yang ingin di sampaikan oleh Syed Saddiq, namun cara penyampaian yang di gunakan adalah berbelit...


Mungkin beliau menggunakan laras bahasa politik sebab itu ada orang yang tidak faham setelah membaca kenyataan media tersebut...


Lebih cantik lagi jika YB Syed Saddiq menggunakan bahasa Melayu laras biasa supaya mudah di terima oleh orang awam," katanya...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.