ROYALTI MINYAK : ANTARA 5% HASIL KESELURUHAN VS 20% KEUNTUNGAN
Pakatan Harapan (PH) akhirnya tidak mampu memenuhi janji palsu mereka berkenaan hal untuk menaikkan kadar bayaran royalti minyak kepada negeri2 pengeluar daripada 5% kepada 20%...
Rakyat harus fahami apa yang di umumkan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir baru2 ini dengan teliti...
Beliau cuma umumkan bahawa kerajaan akan membayar negeri2 pengeluar minyak dengan bayaran sebanyak 20% daripada KEUNTUNGAN dan BUKANNYA ROYALTI seperti dahulu.
Perbezaan Antara KEUNTUNGAN Dan ROYALTI
Kerana jika di sebut royalti, ianya tidak di hitung berdasarkan jumlah keuntungan...
Sebaliknya di hitung berdasarkan jumlah pengeluaran keseluruhan...
Era pentadbiran BN, negeri-negeri pengeluar menerima bayaran royalti 5% daripada jumlah hasil keluaran keseluruhan...
Kini di bawah PH negeri2 itu hanya akan menerima bayaran sebanyak 20% daripada jumlah keuntungan sahaja...
Baca di sini :
Naib Presiden PBB Sarawak Pertikaikan Maksud 'Royalti Dari Keuntungan Petronas' Yang Di Umumkan Mahathir
Mungkin Shafie, Darrel, dan Azis boleh jelaskan, apa yang mereka seronokkan sangat dengan pengumuman Tun M itu...
Hakikatnya, seperti yang di jangka kerajaan PH telah mungkir janji...
Ini bukanlah apa yang telah mereka janjikan kepada rakyat sebelum PRU14!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.