Thursday, June 23, 2016

UNISEL masih bermasaalah, Sampai masa jadi gajah putih?


Ini masaalah yang pernah dihadapai UNISEL empat tahun lepas yang mana salah Tan Sri Khalid Ibrahim:

SIARAN AKHBAR
Angkara politik rakus, Unisel bakal jadi gajah putih

Universiti Selangor (UNISEL) dahulunya dikenali sebagai "Universiti Industri Selangor" ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi pendidikan peringkat tinggi kepada rakyat negeri Selangor.

Malangnya hasrat melahirkan modal insan berkualiti dicemari apabila kerajaan negeri PKR mengambil alih pentadbiran pada pilihan raya umum yang lalu, lantas mempolitikkan semua perkara termasuklah aspek pendidikan.

Inilah dosa paling besar kerajaan pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang rakus kuasa apabila mempolitikkan perjalanan Unisel dan bakal menjadikan universiti terulung di negeri ini sebagai gajah putih.

Berita sepenuh dan video di SINI unuk ketahui masaalah pensyarah yang ditukar sesuka hati. EKoran dari itu, ditimbulkan pula kedudukan kewangan yang sebenar.

Pada tahun 2011 dan 2012, masaalah kewangan UNISEL luas ditimbulkan oleh blog-blog seperti http://belantan.blogspot.my/2012/08/kewangan-unisel-meruncing-3000-pelajar.html dan http://keris7lok.blogspot.my/2012/10/unisel-bakal-ditutup-kerana-masalah.html.

UNiSEL menyangkal pendedahan tersebut. Jika kerajaan Pakatan Rakyat telah tukarkan Khalid Ibrahim kepada Azmin, difahamkan masaalah kewangan UNISEL masih berpanjangan. Sudah adakah tanda UNISEL bakal jadi Gajah putih?

Baca di 
http://snapshot2016.blogspot.my/2016/06/unisel-bakal-tiada-wang-untuk-bayar.html