Wednesday, June 22, 2016
IDEAS komen kosong, kenapa diam ketika Rosmah diserang dan difitnah juangkan Autisma?
Sebelum Datin Seri Rosmah Mansor melibatkan diri dalam meletakkan intervensi awal untuk kanak-kanak Austime, ramai tidak mengetahui mengenai Autisma.
Ketika Pusat Austisma sudah berjaya ditubuhkan pada harga RM28 juta dan usaha Permata Autisma sudah diperakui massyarakat dan juga dunia, ada pula sudah memandai nak komen yang mana cadangan yang mereka anjurkan memerlukan bajet. Baca http://snapshot2016.blogspot.my/2016/06/ideas-usah-komen-mengenai-austima-jika.html
Kenapa puak yang ada condongan pada pembangkang ini berdiam ketika Rosmah diserang oleh pembangkang atas pelbagai isu remeh temeh?
Ketika itu pengkritik politik suka menimbulkan isu bajet tahunan kerajaan yang diberikan kepada Permata seolah-olah Permata itu inisiatif Rosmah.
Padahal ianya satu inisiatif kerajaan. Tambah lagi, bajet yang sering disebut dalam Parlimen adalah bajet keseluruhan yang bukan melibatkan hanya Permata. Antara komen dari mereka yang berotak kecil seperti ini http://cenangau.blogspot.my/2014/04/berapa-pulak-rosmah-nak-perabih-duit-budak-autisme.html
Pada tahun 2013, Rosmah ada umumkan akan bina pusat Austistik negara. Ia merupakan rjek perintis maka dengan adanya pusat itu, dapatlah dimulakan usaha-usaha awal untuk beberapa program Ausima untuk kumpulan fokus tertentu, mengenalpasti teknik yang sesuai untuk dibawa dari luar negara, dll.
Sebelum usaha yang dijuangkan Rosmah, masyarakat pun tidak tahu akan Austisma dan salah anggap anak-anak yang Austisma sebagai cacat padahal mereka hanya anak-anak yang berlainan sempurna fizikal tetapi sensitiviti mereka berlainan.
IDEAS menimbulkan isu mengenai kemampuan ibu bapa yang terpaksa menanggung kos atau berhenti keraja untuk pergi balik ke Pusat Autisma Negara.
Kalau hanya komen setakat ini, tak payahlah komen. Ia masaalah yang memang sudah disedari tanpa perlu diketengahkan oleh puak-puak anak muda yang perasan intelektual tapi sebenar bantu loncatan untuk salah seorang penaja untuk naikkan diridalam dunia korporat .
Belanja Pusat Autisma Negara tidak banyak mana dan perlu kumpulkan dana dari derma pelbagai pihak.. Malahan perlu berebut juga dari bajet Permata Negara untuk program lain yang mungkin lebih utama kerana fokus yang melibatkan segmen terbanyak.
Sudahlah itu, Pusat Autisma Negara baru saja beroperasi dan bajet terhad perlu ditumpukan untuk bina kepakaran, baiki operasi dan infrastruktur, dan secara amnya fokus usaha pada kanak-kanak. Tentu sekali mengurangkan beban ibu bapa suatu yang diluar jangkaan pusat.
IDEAS seolah-olah seperti komentar kedai kopi dengan menimbulkan isu mengenai isu kemampuan ibu bapa dan komponen belanjawan bulan. Ini perlulah dilihat dari keseluruhan sistem kebajikan negara. Jika keluarga beranak Autisma yang disebut hanya dapat bantuan RM150 dari JKM itu berpendapatan purata lebih RM3,000 sebulan, itu masih berwang. JKM ada banyak tanggungjawab lain yang mana yang melibatkan keluarga yang pendapatan jauh lebih kurang dari RM500 sebulan pun dapat sumbangan yang hampir sama.
Apa salah IDEAS kurang bercakap dengan ide-ide separuh masak dan hanya bantu Rosmah cari dana untuk bantu sendiri? Penaung IDEAS adalah anak raja maka eloklah kurang bercakap dan lebih banyakkan tindakan!