Ingat lagi tak poster 'Di mana RM2.6 Bilion' yang sering di tunjukkan oleh pemimpin2 Pakatan termasuk di Dewan Negara dan demonstrasi BERSIH tak lama dulu...
Terkini, Datuk Seri Najib tampil dengan bukti yang mengesahkan semua RM2.6b sudah di pulangkan selepas 4 bulan beliau menerimanya...
Baca Seterusnya Supaya Sel2 Otak Kembali Bersambung
Lampiran 1 |
Lampiran 2 |
Yang di maksudkan RM2.6 bilion sebenarnya merujuk kepada dana US$681 juta yang Najib terima di dalam akaun peribadi beliau pada akhir bulan Mac 2013...
Kira2 sebulan sebelum PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013...
Seperti pernah di ulas beberapa kali sebelum ini, Najib sebagai Presiden Umno di amanahkan mengikut perlembagaan parti untuk mencari sumbangan dan mengurus wang parti secara peribadi dan secara khusus...
Dan ianya adalah mengikut tradisi yang di amalkan oleh beberapa Presiden Umno sebelum beliau termasuk Tun Mahathir...
Ingat lagikan macam mana 'bangga dan jobo'nya Mahathir umumkan yang beliau telah pulangkan semua aset parti bernilai RM1.4 bilion termasuk duit tunai RM200 juta semasa beliau meletak jawatan...
Musuh2 politik Najib pertikaikan, 'dah tu kenapa Najib pulak tak pulangkan semua duit parti dalam simpanan beliau lepas letak jawatan presiden Umno?'...
Jawapannya, proses untuk menentukan jumlah duit dan aset parti yang di amanahkan pada Najib bukan boleh di buat dalam masa satu hari...
Rumah Najib di gelidah hanya beberapa hari selepas kerajaan BN tumbang...
Barang2 peribadi pun tak habis di pindah keluar...
Korang tentu ingat macam mana penyokong2 pro Mahathir di gerakkan untuk beri tekanan pada keluarga Najib supaya tinggalkan PMO dan rumah kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana...
Duit tunai yang jaga2 dan pegawai PMO sakau tu dah jelas tunjukkan pada kita macam mana kelam kabutnya keadaan Najib dan keluarganya masa tu...
Kalau lambat keluar, nanti di katakan Najib buat helah untuk sembunyikan itu dan ini...
Jadi, ada ker masa nak selesaikan segala2nya masa tu...
Tak cukup dengan tu, polis pulak gelidah rumah Najib dan ahli keluarganya...
Lepas tu, SPRM pulak panggil untuk soal siasat...
Kemon lah, sambungkan sel2 otak korang yang belum berapa nak bersambung tu untuk bagi keadilan pada semua!!!
Adakah Memiliki Lebih Dari Satu Akaun Peribadi Boleh Di Anggap Satu Kesalahan
Berbalik pada cerita asal, macam kebanyakan orang lain, Najib pun ada beberapa akaun peribadi di bank2 berlainan...
Kan Mahathir pernah suruh periksa SEMUA AKAUN dia (dalam hal nie, Mahathir cerdik sikit dari Najib, fahamkan...😉😉😉), maksud SEMUA tu, lebuh dari satu akaunkan...
Dan akaun peribadi yang menerima dana ini bukanlah akaun untuk kegunaan peribadi setiap hari tetapi bagi kegunaan aktiviti politik...
Persediaan Hadapi Kemungkinan Membeli Ahli Parlimen BN Selepas PRU 13 Seperti Usaha 916 Selepas PRU 12
Analisa2 sebelum PRU13 menunjukkan bahawa BN mungkin kehilangan lebih banyak kerusi parlimen berbanding PRU12...
Sebagai presiden BN, tentulah Najib menghadapi pilihanraya yang agak mencabar dan membimbangkan...
Najib juga terima beberapa laporan bahawa setelah mentadbir Selangor dan Pulau Pinang sejak PRU12, Pakatan sudah mengumpul dana yang besar dari sumber dalam dan luar negara...
Oleh itu, saya bimbang bahawa peristiwa '916' (16 September 2008) besar kemungkinan akan berulang pada PRU13...
Peristiwa 916 ialah percubaan yang gagal Pakatan sejurus selepas PRU12 untuk membeli dan mempengaruhi berpuluh2 ahli2 parlimen BN untuk melompat ke Pakatan bagi menjatuhkan kerajaan BN...
Walaupun pergolakan "Arab Spring" sudah berakhir pada bulan Disember 2012, tetapi pada awal tahun 2013, Najib sekali lagi meminta Raja Arab Saudi untuk membantu dengan dana 'contingency'...
Baginda bersetuju...
Najib membuat keputusan untuk tidak meminta dana dari ahli perniagaan dan taikun tempatan sebagaimana di lakukan PM ke-4 kerana tahu jika berbuat demikian maka mereka akan meminta balasan projek yang bernilai jauh lebih tinggi...
Najib secara konsisten tidak bersetuju dengan amalan kronisme...
Oleh itu, Putera Abdulaziz Al-Saud sekali lagi menulis surat pada Najib pada 1 Mac 2013 bahawa dana sebanyak US$800 juta (yang Najib terima tidaklah sampai US$800 juta) akan di salurkan kepada Najib secara berperingkat2 untuk tahun itu...
Di dalam surat itu, Putera Abdulaziz Al-Saud menyatakan dana ini akan di salurkan samada dari akaun bank baginda ataupun dari sumber2 pihak baginda yang lain termasuk syarikat Tanore...
Mengikut dakwaan DOJ dan WSJ, wang dari syarikat Tanore secara tidak langsung dan berlapis2 ini ialah dari 1MDB (lihat lampiran 1 dan lampiran 2)...
Tetapi Putera Abdulaziz Al-Saud inilah yang selama ini mewakili Raja Abdullah bagi menyalurkan dana kepada akaun Najib termasuk pada tahun 2011 dan 2012 di mana dana di beri dari akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi dan Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud...
Tiada sebab pada masa itu untuk Najib ataupun bank2 penerima menyoal ataupun menyelidik dengan sangat mendalam bagi mengenalpasti sumber wang ini ialah dari mana apatah lagi wang itu di lampirkan bersama surat dari wakil Raja Abdullah...
Najib meminta bantuan dari Raja Abdullah...
Baginda bersetuju dan wakil baginda yang menguruskannya...
Salinan surat2 ini turut di lampirkan bersama dana yang di pindahkan ke akaun Najib di Ambank yang di gunakan khusus untuk tujuan politik bagi tempoh beberapa tahun...
Sama ada BNM mahupun bank berkenaan tidak pernah mempersoal atau menyatakan kebimbangan terhadap dana ini...
Najib menerima pemberian berjumlah US$681 juta ini dalam dua transaksi pada 21 Mac dan 25 Mac 2013 (lihat lampiran 1 dan lampiran 2)...
Kira2 sebulan sebelum PRU13 pada 5 Mei 2013...
Dana ini semua telah di tukarkan kepada matawang RM apabila di terima dalam akaun Najib...
Adakah Perompak Yang Akan Memulangkan Wang Rompakan?
Selepas PRU13, Najib lihat peristiwa 916 tidak akan berulang dan membuat keputusan pada bulan Julai untuk memulangkan semua duit yang di terima kerana tidak lagi memerlukanya...
Maka selepas Ambank menggunakan masa seketika untuk menukarkan Ringgit dalam akaun saya kembali kepada Dolar Amerika Syarikat, kesemua dana ini di kembalikan kepada sumber yang di terima iaitu Tanore...
Oleh kerana kadar pertukaran wang berbeza dengan penyusutan sebanyak 10% dari bulan Mac sehingga Ogos, hanya US$620 di kembalikan berbanding dengan US$681 yang di terima...
Kesimpulannya ialah Najib tidak simpan RM2.6b ini...
Jika seseorang mahu menyamun pun, tidaklah masuk akal untuk menyimpannya dalam akaun bank di atas nama sendiri dan kita tahu ia bukan dari dana 1MDB di mana kita semua tahu dananya ialah dari sumber pinjaman...
Wang yang di pinjam mesti di bayar balik dan jika mahu mencuri dari sana tentu akan bermasalah bila sampai masa untuk membayar hutang...
Sebenarnya, pemimpin-pemimpin Pakatan tahu hakikat ini tetapi tidak mahu mengaku bahawa Najub tidak menyimpan RM2.6 bilion ke dalam poket untuk beli cincin atau beg tangan...
Tetapi persepsi inilah yang mereka wujudkan di kalangan rakyat kononnya Najib merompak, menyamun dan mencuri berbilion-bilion, dan ramai terpengaruh dengan dakyah itu...
Kenapa Perkara Ini Najib Tidak Dedahkan Sebelum Ini
Mengapa Najib tidak mendedahkan ini sekian lama?
Sebagaimana yang katakan sebelum ini, ia adalah permintaaan Raja Abdullah untuk merahsiakan tetapi kebimbangan yang utama ialah patutkah saya sebagai Perdana Menteri pada masa itu dedahkan kepada seluruh dunia bahawa ada berlakunya aktiviti beli membeli ahli parlimen dalam membunuh amalan demokrasi di Malaysia...
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.