Monday, September 17, 2018

Mahasiswa UIAM Kurang Ajar @ Maszlee Yang Terlebih Di Ajar

 Maszlee vs Mahasiswa 'Kurang Ajar'


Perjumpaan antara Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee dgn mahasiswa/i UIAM pd Rabu lepas 12hb September 2018 dapat pelbagai respon...

Perkara pokok yang di bincangkan ialah isu  Maszlee melantik dirinya sendiri sebagai Presiden UIAM...πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Komen Penyokong Kerajaan :

》Mahasiswa apa nieee!!!

Menteri depan mata...

Kau guna la peluang berdialog...

Ingat zaman BN dulu ada ke peluang nak jumpa menteri mcm ni kat kedai mamak???

Jawapan :


》Video yang tular tersebut hanya menunjukkan 'aksi' para mahasiswa selepas perbincangan lebih 1 jam di antara YB Maszlee dan para mahasiswa yang telah menemui jalan buntu...

Maka untuk mengatakan mereka tidak menggunakan peluang untuk berdialog dengan Maszlee adalah tidak benar sama sekali...

Sepanjang 1 jam dialog tersebut para mahasiswa telah mengemukakan hujah2 yang sangat bernas mengapa Maszlee harus meletakkan jawatan sebagai presiden UIA...


Namun kerana Maszlee tak nak letak jawatan, malah di depan media Maszlee sebut, "I will not resign until I complete my mission in IIUM to bring back it's glory (kira2 UIA skrg nie tak cemerlang lah yer πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰)"...

Maka kumpulan mahasiswa telah memberi 'ultimatum' 7 hari untuk Maszlee letak jawatan presiden UIA sebelum menghadapi tentangan mahasiswa yang berikutnya...

Kesimpulan :


》Sesi dialog gagal...

Sebab itulah kumpulan mahasiswa tersebut memberikan reaksi sebegitu...

Jadi kata2 Maszlee yang dia seorang menteri berfikiran terbuka dan bileh menerima pandangan dan kritikan hanyalah retorik sama macam isu tol...πŸ˜›πŸ˜›πŸ˜›

Kenyataannya, Maszlee hadir ke dialog dengan keputusan beliau akan tetap pertahankan jawatan presiden UIA (yang di lantik oleh dirinya sendiri) walau apa pun pandangan dan hujah mahasiswa UIA...

Komen Penyokong Kerajaan :


》Kenapa mahasiswa ni tak berdemo suruh Najib yang korup untuk meletak jawatan?

Maszlee ni baru je jadi menteri, kenapa nak suruh dia resign?

Tangkap je geng hipokrit ni...

Confirm budak baju merah tu macai Umno!!!

Jawapan :

'Budak baju merah' tu namanya Asheeq Ali...

Asheeq Ali adalah aktivis mahasiswa yang di gantung satu semester daripada pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas Lembaga Disiplin UKM mendapati beliau bersalah kerana menyertai perhimpunan rasmi  'Tangkap Official No. 1'..

Lebih menarik termasuk di kalangan mereka ialah kumpulan mahasiswa yang telah memberikan sokongan padu kepada Maszlee apabila lantikan beliau sebagai Menteri Pendidikan telah di pertikai oleh golongan2 tertentu dulu...

Kesimpulan :

Maka komen yang mengatakan bahawa kumpulan mahasiswa ini adalah geng hipokrit kerana tak demo melawan Najib ataupun macai Umno adalah tidak 'valid'...

Komen Penyokong Kerajaan :


》Bunyi laung tu sebijik mcm Umno punya demonstrasi...

Adik angkat Lokman ke???

The way they do the demonstration looks like they’re fresh from just receiving a training... 

I bet they were those first batch of trainees from Janda Baik last week... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Jawapan :

Mahasiswa yang hadir semalam ada di antaranya adalah dalam kalangan aktivis mahasiswa yang kerap turun dalam demonstrasi mahasiswa seperti Mahasiswa BangkitLawan Tetap Lawan, Hak Berpolitik Hak Mahasiswa, Occupy Dataran, Himpunan Kembalikan Autonomy University, Kembalikan Hak Mahasiswa, Tangkap Malaysian Official 1 dan banyak lagi...

Kesimpulan :

Dakwaan mereka adalah 'demonstrater' yang di latih di Janda Baik adalah tidak berasas kerana mereka bukannya kawan Lokman Adam atau 'freshie' dalam berdemo...

Malah mereka juga adalah di kalangan mahasiswa yang telah di 'nurture' oleh pihak pembangkang sebelum ini termasuklah dari kalangan anak murid Maszlee sendiri...

Dan bunyi serta nada laungan tu sama dengan laungan Adam Adli (UPSI) dulu, takkan buat2 lupa kuttt...πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Komen Penyokong Kerajaan :

》Tak der adab, cakap elok2lah...

Manjerit2 'UNDUR MASZLEE'...

Tak menggambarkan etika mahasiswa langsung apa lagi adab kesopanan timur kita, memalukan!!!

Kalau zaman BN hampa masuk dalam dah!!!

Jawapan :


》Kalau setakat melaungkan 'UNDUR MASZLEE' pun jadi isu, dah lupa atau buat2 lupa, ada di kalangan mereka juga pernah melaungkan 'UNDUR NAJIB'...

Kenapa dulu mereka tidak nyanyi dengan sopan santun mcm Zapin atau Dondang Sayang 'SILA UNDUR WAHAI PERDANA MENTERI KU, YANG AMAT BERHORMAT DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK"...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kan lebih beretika dan beradab...πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Kesimpulan :

》Yang sepatutnya menunjukkan kematangan dan sikap beretika ialah Maszlee dan bukannya mahasiswa...

Kata2 Maazlee, "I will not resign until I complete my mission in IIUM to bring back it's glory " jelas berbentuk provokasi dan bersifat tamak serta mementingkan diri sendiri...

Beretikakah seorang 'pemimpin' tetap bertegas mahu jadi pemimpin sedangkan orang @ kumpulan yang hendak di pimpin dengan JELAS DAN LANTANG MENOLAK KEPIMPINANNYA!!!

Komen Penyokong Kerajaan :

》Orang UIA sendiri ramai sambut baik Maszlee jadi presiden UIA...

Korang orang luar pula yang kecoh, budak UKM pulak tu!!!

Apa masalah dia jadi presiden???

Jawapan :

》Memanglah orang UIA mengalukan2kan sebab mereka juga yang akan dapat manfaatkan!!!

Cuba kita tukar senario UIA jadi UITM...

Bayangkan kalau Maszlee tu lepasan UITM, bekas pengajar UITM...

Kemudian jadi menteri dan di lantik pula jawatan besar dalam UITM...

Dan di sebabkan dia, ada penaja nak menaja pelajar di UITM...

Dalam pada yang sama universiti lain termasuklah UIA nak dapat peruntukan universiti bukan main payah birokrasinya...

Kementerian tak ada duitlah...

Universiti kena cari duit sendiri dsbnya...

Adil???

Tak berkepentingan???

No conflict of interest???

Agaknya kalau ini berlaku adakah warga UIA juga mengalu2kan perlantikan ini???




Ya ada masalahnya.

Masalahnya adalah kerana janji nombor 50 dalam manifesto PH :

Mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi yang telah menjanjikan autonomi kepada universiti dan bebas dari cengkaman kerajaan...

Kesimpulan :

》Tak ada siapa yang PAKSA Pakatan Harapan untuk memasukkan janji yang ke 50 ke dalam manifesto mereka...

Jelas dan nyata dalam hukum syarak, salah satu dari sifat orang munafik ialah apabila mereka berjanji maka mereka memungkiri...

Apakah UNIVERSITI ISLAM ANTARABNGSA rela dan redha seorang yang telah jelas sifat munafiknya di angkat sebagai presiden mereka!!!


Komen Penyokong Kerajaan :

Patutnya kena berdemo ke Sultan Pahang...

Sultan yg berkuasa untuk melantik...

Jawapan :


Ingat tak ketawa 3 kerat Mat Sabu...

Hah... Hah... Hah...

Hang pandai buat lawak naaa...

Kes Tommy Thomas di lantik Peguam Negara tu per citer...

Hakikatnya SPB YDP Agong perkenankan ker ???

Kesimpulan :

Dalam dialog yang tempohari, selepas di bacakan perlembagaan UIA yang mana Sultan hanya melakukan perkenan setelah menerima nama yang di 'endorsed' kerajaan Malaysia untuk menjadi Presiden UIA...

Barulah Maszlee mengaku dan mengatakan bahawa nama beliau telah di calonkan oleh Mahathir...

Sultan Pahang hanya menerima 'consented' nama yang telah di 'endorsed' tersebut...

Dan soalan yang kita kena tanya selanjutnya  adalah :

Siapakah pula yang 'endorsed' nama Maszlee pada Mahathir?

Memang Mahathir sendiri 'handpicked'ker...


Jadi kalau gunakan logik yang sama, mahasiswa kena demo kepada Mahathir ke guane...πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Dan apa pula justifikasi pemilihan Maszlee untuk di 'endorsed' kepada Sultan yang secara terang-terangan telah 'membakul sampahkan' janji nombor 50 dalam manifesto Pakatan Harapan itu sendiri!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.