Blogger Raja Petra Kamaruddin mendedahkan usaha memusnahkan UMNO oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan cara unik dan tersendiri bagi menguburkan terus parti keramat Melayu Islam terbesar di dunia itu...
Dalam sidang media bersama2 wartawan Malaysia yang buat liputan Perdana Menteri di Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York, Mahathir sudah beri bayangan awal usaha jahatnya itu...
Namun Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tersebut tidak memberi secara terperinci usaha jahatnya itu secara terbuka kecuali beri petunjuk bahawa kesemua 191 bahagian UMNO akan di serap dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum akhir tahun ini dan dan ia sudah pun bermula bulan ini secara berperingkat melibatkan beberapa bahagian UMNO tertentu.
Mahathir Gunakan AMLA Untuk Menekan Ketua Bahagian UMNO
Secara teknikal tanpa 191 bahagian itu, UMNO boleh di bubarkan dan secara kebetulan tanpa sebarang dana untuk tanggung kos operasi harian akibat akaun di bekukan pihak berwajib, parti tersebut bakal tutup menjelang Krismas...
Mahathir memang sedar tidak mampu hasut jutaan ahli tegar UMNO keluar parti...
Apatah lagi ada 49 wakil di Dewan Rakyat selepas lima anggotanya tiba2 bertindak isytihar keluar UMNO
Rancangan beliau kini semakin berjaya...
Justeru cara paling mudah untuk haram UMNO ialah menerusi kaedah perundangan jenayah dengan ancaman dan ugutan terhadap 191 bahagian parti tersebut disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA) 2001...
Undang2 berkenaan yang di wujudkan ketika era Mahathir itu bakal melumpuhkan UMNO...
Mahathir Perlukan UMNO Untuk Kukuhkan Kedudukan Peribadi Dan Kewangan PPBM
Kesemua bahagian itu akan di isytiharkan sebagai muflis kerana tiada duit lagi dan perlu di bubarkan segera...
Bagaimanapun untuk terus bergerak aktif, semua bahagian tersebut akan di serap masuk sebagai bahagian PPBM...
Dalam penstrukturan semula parti serpihan UMNO itu dan akan menjadi sebahagian daripada komponen PH yang bernaung di bawah PPBM...
Jika komplot ini berjaya, Mahathir akhirnya mampu menguburkan terus Barisan Nasional (BN) hujung tahun ini...
Di mana ketika ini hanya di sertai MCA dan MIC dengan masing2 hanya ada satu dan dua kerusi dalam Dewan Rakyat...
Ini juga bermakna PPBM akan ada 62 wakil di dalam Parlimen untuk muncul sebagai parti terbesar dalam PH mengatasi PKR...
Secara tidak langsung menghancurkan harapan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke 8...
Sama ada suka atau tidak, kita perlu akui bahawa Mahathir masih 'berbisa' dalam strategi politik diktator dengan pengalaman luas termasuk sebagai Perdana Menteri ke 4 selama 22 tahun...
Pucuk Pimpinan Mesti Bangkit Bersama2 Ahli UMNO Akar Umbi
Terserah kepada pucuk pimpinan Umno dan ahli Umno sendiri untuk menongkah arus kepada percaturan Mahathir...
Apakah pemimpin2 Umno akan terus dengan sindrom membisu dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat!!!
Memang kita akui kebenaran kata2 Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, kesetiaan ahli2 Umno di peringkat akar umbi masuh lagi kukuh...
Namun jika pemimpin tertinggi Umno masih lagi terus membiarkan kebangkitan ahli akar umbi yang masih setia pada wadah perjuangan parti ibarat anak ayam kehilangan ibu maka tidak mustahil menjelang akhir tahun parti keramat orang Melayu ini akan di talkinkan...
Seiring dengan keresahan rakyat dengan pentadbiran kerajaan PH, pemimpin utama Umno MESTI melakukan sesuatu untuk menggabungkan kesetiaan ahli Umno dan keresahan rakyat bagi memastikan UMNO terus relevan dalam pentas politik tanah air...
Sekiranya tidak, akan berlinanglah airmata mantan2 pemimpin Umno dan orang2 Umno yang benar2 ikhlas menyayangi Umno melihat akhirnya parti keramat kesayangan mereka di bunuh bukan sahaja oleh musuh2 Umno yang berada di luar Umno malah pemimpin2 Umno yang berada di dalam Umno sendiri!!!
Petikan dari sumber asal :
Tulisan blogger RPK
Malaysia Today
0 comments:
Post a Comment