Saturday, May 1, 2021

Adakah Destini Berhad Menjadi Ali Baba Untuk China Kuasai KTMB?


Kesatuan Perkerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) telah membuat lapuran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat usahasama antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Destini Berhad.

Baca di sini :



Ianya adalah ekoran dari pengumuman rasmi yang dibuat oleh Destini Berhad mengenai perjanjian untuk mengambilalih 70% pegangan dalam anak syarikat KTMB, ET Sdn Bhd, untuk kerja-kerja perkhidmatan, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) rel untuk KTMB.

Apa yang tidak kena dengan perjanjian usahasama antara KTMB dan Destini Berhad?

Aktiviti perniagaan Destini Berhad lebih terarah kepada industri penerbangan, marin, tenaga dan pertahanan.

Baca di sini :


Rekod perkhidmatan Destini Berhad dengan KTMB juga meragukan kerana kontrak membekalkan 'motor trolley' dan kenderaan keretapi yang diberikan oleh KTMB kepada Destini Berhad pada 2016, hanya dapat diserahkan pada tahun 2019.

Destini juga tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang MRO kerana membekalkan 'motor trolley' dan kenderaan keretapi adalah berbeza dengan MRO.

Keadaan kewangan Destini Berhad juga lemah.

Sumber mengatakan, Destini Berhad kini berhadapan dengan masalah pembayaran terhadap kontrak helikopter yang pernah menjadi isu hangat di era Pakatan Harapan.

Dalam satu lapuran yang dibuat oleh media perniagaan menyatakan Destini Berhad perlukan suntikan modal baru dan untuk itu, Destini Berhad perlukan perniagaan baru untuk menarik perhatian para pelabur.

Agak meragukan apabila KTMB dilihat seolah-olah 'merahsiakan' usahasama yang telah dipersetujui dengan Destini Berhad.

Penulis blog Another Brick In The Wall mendedahkan sikap berahsia KTMB dan Destini Berhad.

Laman blog itu juga mendedahkan, terdapat usaha untuk membina 'kepakaran segera' Destini Berhad dalam industri MRO supaya Destini Berhad dilihat sebagai sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam industri MRO.

Baca di sini :


Tetapi persoalan utama kita adalah, mengapa KTMB memberikan kontrak MRO kepada Destini Berhad, malah memberikan pegangan saham sehingga 70% kepada syarikat yang tidak mempunyai rekod yang baik dengan KTMB, keadaan kewangan syarikat yang lemah dan tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam industri MRO?

Ekoran dari pendedahan yang dibuat oleh Sabahkini2, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Isham Ishak, telah mengakui pemberian kontrak kepada sebuah syarikat China, CRRC Rolling Stock Centre untuk membekalkan 10 set Electric Multiple Unit (EMU) diberikan secara runding terus.

Baca di sini :


Seakan mahu melepaskan kemarahan, MOT telah mengugut untuk menyaman Sabahkini2 kerana telah mendedahkan surat rundingan terus kontrak berkenaan.

MOT juga telah menyerang RUM di atas isu yang sama dengan menuduh RUM telah membuat fitnah ke atas MOT.

Baca di sini :



Kebimbangan RUM ialah mengenai kualiti 13 unit 'Diesel Multiple Unit' (DMU) yang dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Dr Wee Kah Siong bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Isham Ishak.

Baca di sini :



Mengapakah kontrak secara runding terus masih lagi diberikan kepada kontraktor dari China sedangkan mereka rekod mereka membaikpulih lokomatif tidak dapat disempurnakan dengan baik, hanya 2 lokomotif yang berjaya dibaikpulih dan bakinya masih belum dapat disiapkan selepas beberapa tahun berlalu?

Apakah kehadiran Destini Berhad hanyalah sekadar memenuhi 'local content' atau dalam bahasa mudah Ali Baba dalam kontrak MRO KTMB?

Atau apakah akhirnya pegangan 70% saham Destini Berhad dalam ET Sdn Bhd akan dijual kepada CRRC, kerana Destini Berhad sangat-sangat memerlukan suntikan dana baru ke dalam syarikat mereka?

Kalau ini berlaku, akhirnya industri lokomatif negara akan dikuasai sepenuhnya oleh China?

Kebergantungan industri lokomatif negara terhadap China sangat membimbangkan.

Sejak menggunakan EMU dari China pada tahun 1992, KTMB tidak berhenti-henti membeli lokomatif, EMU, DMU dan lain-lain dari China.

Baca di sini :


Ini menimbulkan persaingan yang kurang sihat apabila kontraktor luar yang lain dilihat kurang berminat dengan kontrak yang ditawarkan kerana mereka tahu, akhirnya yang akan memenangi tender berkenaan adalah syarikat dari China.


Bukti yang paling mudah ialah kontrak membekalkan Electric Train Set (ETS) yang bernilai RM456 juta diberikan secara runding terus kepada China Railway Rolling Stock Corp (CRRS).

Baca di sini :


Memang diakui, dari sudut harga, China akan menawarkan harga yang cukup rendah untuk memastikan mereka berjaya memenangi kontrak yang ditawarkan, namun bagaimana pula dengan kualiti dan lebih-lebih lagi keselesaan dan keselamatan penumpang?

Kini China menjadi pembekal EMU.

China juga menjadi pembekal DMU.

China juga pembekal Rolling Stock.

Dan kini, China juga yang akan memberikan perkhidmatan MRO.

Baca di sini :


Akhirnya perkerja-perkerja KTMB yang bernaung di bawah RUM akan terpaksa berkerja dengan tuan mereka yang datang dari China.

KTMB milik anak watan.

Perkerja KTMB juga adalah anak watan, tetapi tuan sebenar yang menguasai KTMB datangnya dari China!!!


Kredit :