Wednesday, April 28, 2021

Angkuh, Bingai Dan Mulut Longkang Adalah Ciri-Ciri Istimewa Pemimpin PPBM!!!


Lemah dan perlukan pertolongan, tetapi sentiasa bersikap angkuh dan tidak pernah mengakui kelemahan adalah watak utama pemimpin PPBM.

Ibarat kucing yang sepatutnya mengiau tetapi cuba membesarkan suara dsn merasakan dirinya sedang mangaum seperti harimau.

Tapi sekuat mana pun kucing meneran suaranya, namun orang sekeliling hanya tersenyum kerana kucing yang sedang 'mengaum' itu tetap kedengaran manja.

Itulah keangkuhan pemimpin-pemimpin PPBM.

Dari sudut realiti, PPBM hanya mempunyai kekuatan 5 Ahli Parlimen (Ahmad Faizal Azumu - Ahli Parlimen Tambun, Rina Harun - Ahli Parlimen Titiwangsa, Eddin Syazlin Shith - Ahli Paflimen Kuala Pilah, Mohd Redzuan Md Yusof - Ahli Parlimen Alor Gajah dan Mahiadin Md Yassin - Ahli Parlimen Pagoh)  yang menang dalam PRU 14 dan bertanding atas tiket PKR (kerana Pakatan Harapan belum didaftarkan) dalam Kerajaan Perikatan Nasional, namun menjadi angkuh dan besar kepala bila pemimpin utama mereka dilantik sebagai Perdana Menteri di era Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional memerintah, walau pun PPBM adalah parti minoriti dalam kedua-dua pakatan tersebut.

Baca di sini :



Dengan menggunakan 'scheme of thing' yang diilhamkan oleh Presiden PPBM, Mahiaddin, PPBM berjaya memancing beberapa katak-katak politik supaya mengkhianati parti dan pengundi asal mereka dengan meyertai PPBM.

Dengan 'scheme of thing', PPBM berjaya menambah bilangan Ahli Parlimen mereka dari 5 orang kepada 31 orang Ahli Parlimen.

Walau pun atas ehsan BN/UMNO, Presiden PPBM, Mahiaddin, dilantik sebagai Perdana Menteri, namun PPBM amat menyedari bahawa Kerajaan Perikatan Nasional yang ditubuhkan sangat-sangat memerlukan sokongan UMNO.

Tanpa sokongan Ahli Parlimen BN/UMNO yang ketika itu mempunyai 43 Ahli Parlimen (kini tinggal 42 Ahli Parlimen kerana seorang meninggal dunia), pada bila-bila masa Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui PPBM akan tumbang dan PPBM akan kehilangan jawatan Perdana Menteri.

Kalau ini berlaku, apa nasib yang bakal menimpa PPBM.

Tidak seperti UMNO dan juga parti-parti politik lain yang mempunyai kekuatan di akar umbi, PPBM hanya bergantung kepada kuasa yang dipegang oleh pemimpin utama mereka.


Kehilangan kuasa akan menyebabkan bukan sahaja karier politik pemimpin utama mereka tersungkur tetapi parti PPBM juga akan berkubur kerana PPBM tidak langsung mempunyai kekuatan di akar umbi, malah ketika PPBM berada di puncak kuasa, akar umbi mereka bergolak.

Baca di sini :


Kerana keangkuhan, ini adalah kenyataan yang sengaja dinafikan oleh pemimpin PPBM.

Selain angkuh pemimpin PPBM juga dilihat sering mengeluarkan kenyataan atau buah fikiran yang membuatkan rakyat ketawa.


Tentu kita masih ingat lagi bagaimana Ketua Armada PPBM, Nik Fahysal mengemukakan teori wang helikopter atau mencetak duit dalam kuantiti yang banyak sebagai jalan keluar untuk mengatasi ekonomi Malaysia.

Baca di sini :


Idea separa matang yang datangnya dari pemimpin muda PPBM yang bertaraf Timbalan Menteri menunjukkan betapa rendahnya kualiti pemimpin-pemimpin yang ada dalam PPBM.

Jadi tidak hairanlah, apabila pemimpin PPBM yang ada sekarang diberi amanah dan tanggungjawab mentadbir dan menguruskan ekonomi Malaysia, negara kita mengalami krisis ekonomi yang serius.


Begitu juga dengan idea kereta terbang yang pernah diusulkan oleh seorang lagi pemimpin PPBM yang menjadi Menteri Pembangunan dan Usahawan, Mohd Redzuan, ketika pemerintahan Pakatan Harapan.

Setelah membelanjakan dana sebanyak RM20 juta, akhirnya yang prototaip yang dihasilkan hanyalah 'copy & paste' sebuah dron yang dikeluarkan oleh China.

Baca di sini :



Mungkin kerana bosan, Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu telah membatalkan projek kereta terbang itu.

Baca di sini :


Satu lagi sikap yang tersohor di kalangan pemimpin PPBM ialah bermulut celupar dan biadab.

Seperti yang admin nyatakan di permulaan tulisan, pemimpin PPBM memang menyedari untuk terus kekal berkuasa, PPBM sangat-sangat memerlukan sokongan dari Ahli Parlimen UMNO/BN, namun keangkuhan mereka menafikannya sehingga mereka kelihatan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan biadap terhadap UMNO.

Pemimpin katak politik PPBM, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid yang memenangi PRU 14 atas tiket UMNO tetapi kemudiannya melompat ke PPBM, telah membuat kenyataan menghina menteri-menteri dan timbalan menteri UMNO yang ada dalam kabinet Mahiadin supaya meninggalkan segera kabinet Mahiadin dan bukannya hanya gertak kosong.

Dalam satu kenyataan lain, Rosol juga memberi amaran kepada UMNO supaya tidak meletakkan calon di kawasan yang akan ditandingi oleh PPBM dalam PRU 15 nanti.

Kenyataan beliau telah dibidas oleh salah seorang Ahli MKT UMNO, Dr Puad Zarkashi.

Baca di sini :



Contoh terbaru ialah kenyataan yang cukup biadab dikeluarkan oleh seorang Ahli MPT PPBM yang selama ini menyamar memiliki gelaran doktor, Muhammad Faiz Na'aman.

Beliau telah memberikan gelaran pemimpin UMNO yang mempunyai kes di mahkamah sebagai binatang politik.

Baca di sini :


Kenyataan biadab Faiz telah menimbulkan kemarahan di kalangan pemimpin UMNO.

Baca di sini :


Sebenarnya banyak lagi perangai buruk pemimpin-pemimpin PPBM kalau hendak didedahkan seperti mempunyai skandal dengan isteri orang yang bukan beragama Islam, penglibatan dengan salah guna dan pengedaran dadah, seks luar tabie, salah guna kuasa, rasuah dan lain-lain lagi.

Tapi cukuplah setakat ini kerana kalau hendak dituliskan semua, penulisan ini akan menjadi terlalu panjang.

Bagi admin, realitinya, pemimpin PPBM ini hanyalah ibarat tong kosong yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mempunyai kualiti.

Apakah kita masih lagi mahu memilih mereka sebagai pemimpin dalam PRU 15 nanti.

Jawapannya sudah tentu tidak, enough is enough, jangan dipertaruhkan masa depan anak cucu kita.


No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.