Belum sempat Persidangan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), melabuhkan tirai, Muhyiddin sudah ibarat cacing kepanasan.
Sebaik sahaja ketiga-tiga sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT UMNO), yang mahu hubungan antara UMNO dan PPBM ditamatkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, Muhyiddin pantas memberi respon.
Harapan Muhyiddin ialah supaya perwakilan yang akan bersidang di hari kemuncak PAU 2020 akan membantah keputusan yang telah dibuat oleh MKT UMNO.
Muhyiddin merayu kepada Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC dari UMNO supaya tidak meletakkan jawatan dan terus bersama beliau hingga tamat penggal.
Baca di sini :
Apa yang menarik, bos merayu tapi macai-macai meroyan…🤣🤣🤣
Baca di sini :
Baca di sini :
Namun ianya tidaklah terlalu menggusarkan kerana mereka yang mementingkan jawatan itu PASTI akan mendapat habuannya semasa pencalunan PRU 15 dan ketika PRU 15 nanti!!!
Kekuatan UMNO Berada Di Akar Umbi, Kebijaksanaan UMNO Berada Di Pucuk Kepimpinan
Apabila kedua-duanya bergabung, ianya menjadi kekuatan yang sukar ditewaskan oleh lawan.
Belum lagi bermula serangan sebenar, pusingan pertama serangan UMNO kepada PPBM telah membuatkan PPBM goyah.
Ibarat pasukan peninjau dalam peperangan, gesaan supaya semua Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC meletak jawatan hanya untuk melihat kekuatan dan keteguhan PPBM.
UMNO tahu, walau pun kesemua Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC meletak jawatan, ianya belu lagi menumbangkan Perikatan Nasional kerana meletak jawatan belum lagi bermaksud menarik sokongan dari Perikatan Nasional.
Namun Muhyiddin dan PPBM telah masuk perangkap.
Mereka telah mendedahkan kelemahan PPBM yang sememangnya sangat bergantung nyawa kepada UMNO.
Admin tidak pasti sama ada berlaku tawaran-tawaran serta janji-janji manis Muhyiddin kepada Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC UMNO yang bertemu beliau tempuh hari.
Apa pun yang berlaku semasa rundingan dan tawar menawar itu, pasti Muhyiddin mengharapkan supaya 17 orang dari kumpulan itu akan dapat mengambil alih kepimpinan tertinggi UMNO dalam Pemilihan UMNO yang dijangkakan akan diadakan pada tahun ini.
Sekiranya perancangan itu berjaya, pasti 17 orang khadam yang telah dicucuk hidungnya oleh Muhyiddin akan membawa UMNO supaya melutut di kaki PPBM.
Namun mereka lupa, mereka hanya 17 pengkhianat dari 3.4 juta akar umbi UMNO yang akan menentukan siapa yang akan berada di kepimpinan tertinggi UMNO dalam Pemilihan UMNO nanti?
Kalau mereka fikir 'scheme of thing' yang diperkenalkan oleh Muhyiddin untuk menjadikan mereka khadam juga akan dapat digunakan dalam Pemilihan UMNO nanti, apakah mereka mampu menawarkan perkara yang sama kepada 3.4 juta akar umbi UMNO?
Ada teori yang mengatakan Muhyiddin akan menunggu sehingga selepas Pemilihan UMNO untuk membubarkan Parlimen, dengan harapan pada waktu itu kepimpinan tertinggi UMNO akan diisi dengan 17 khadam yang telah dicucuk hidung.
Namun jangan lupa, tarikh terakhir untuk UMNO mengarahkan kesemua Ahli Parlimen UMNO menarik diri dari Perikatan Nasional ialah pada 1 Ogos 2021.
Kalau pun Muhyiddin dapat menemui alasan untuk memanjangkan tempuh darurat, selepas 1 Ogos 2021, Muhyiddin sudah tidak lagi bergelar Perdana Menteri Malaysia.
Kalau pun kluster pengkhianat yang terdiri dari 17 orang yang telah dicucuk hidung ini enggan menarik balik sokongan kepada Perikatan Nasional, UMNO masih lagi mempunyai 21 Ahli Parlimen yang akan menarik balik sokongan kepada Perikatan Nasional.
Apalah Muhyiddin mampu membeli Ahli Parlimen pembankang untuk mengganti kekosongan sokongan yang ditinggalkan oleh 21 Ahli Parlimen UMNO itu?
Patutlah 'scheme of thing' sedang berjalan hebat di Johor, terutamanya di Pagoh...🤑🤑🤑
Ibarat ditelan mati bapak dan diluahkan mati emak, Muhyiddin dan PPBM kini benar-benar tersepit dan mereka sangat-sangat menyedari realiti ini, walau pun mereka tidak mahu mengakuinya, cuma kita merasa pelik, pertimbangan apa yang digunakan oleh kluster pengkhianat 17 orang khadam Muhyiddin yang telah dicucuk hidung, sehingga mereka tidak nampak realiti yang berlaku di sekeliling mereka.
Apa pun, apa pilihan yang Muhyiddin ada sekarang?
PRU 15 sebelum Pemilihan UMNO atau selepas Pemilihan UMNO.
Apa pun pilihan Muhyiddin, jawapannya tetap sama.
Karier politik Muhyiddin akan dikuburkan oleh rakyat selepas PRU 15!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.