Sejak pemerintahan Pakatan Harapan dan kini berubah kepada Kerajaan Muhyiddin, khidupan rakyat dan negara Malaysia berubah dengan cukup drastik.
Dari sebuah negara yang terkenal dengan kepesatan ekonomi dan kemakmuran kehidupan negara yang bergerak menuju ke sebuah negara berpendapatan tinggi, kini Malaysia menghadapi kemeruduman ekonomi yang paling parah dalam sejarah Malaysia.
Kemakmuran kehidupan rakyat pula kini bertukar menjadi penderitaan yang entah bila akan berakhir.
Jika dalam era Kerajaan Barisan Nasional, ramai dari golongan B 40 telah bertukar corak kehidupan mereka menjadi M 40, manakala ramai golongan M 40 bertukar menjadi golongan T 20, hasil dari kepesatan ekonomi Malaysia.
Kini, kemiskinan tegar merupakan satu realiti yang cukup pahit untuk dijalani oleh rakyat Malaysia.
Apa yang terpapar di media, hanyalah penderitaan rakyat yang dapat dikesan.
Percayalah, masih ada ribuan lagi rakyat Malaysia yang mengalami penderitaan yang sama tapi masih belum dapat didedahkan lagi.
Bilangan rakyat yang membunuh diri akibat dari tekanan hidup semasa pemerintahan Kerajaan Muhyiddin juga sudah menjangkau angka 400 orang dan 25% dari mereka membunuh diri kerana tekanan akibat dari bebanan hutang!!!
Persoalannya, di manakah pemimpin Malaysia, terutamanya Muhyiddin?
Apakah beliau sedar atau tahu pemderitaan yang sedang dialami oleh rakyat Malaysia sekarang ini?
Ketika rakyat Malaysia dihimpit dengan pelbagai masaalah kehidupan akibat dari kelemahan dasar yang diperkenalkan dan kegagalan sistem pentadbiran di bawah Kerajaan Muhyiddin, rupa-rupanya bagi Muhyiddin ianya adalah satu kesempatan terbaik yang tidak boleh beliau lepaskan untuk mengkayakan keluarga dan kroni beliau.
Terkini, terbongkar lagi bagaimana sebuah syarikat tiang keluli lampu jalan, Mestron Holding Berhad, telah diberikan kebenaran untuk mengedar vaksin Covid-19!!!
Ianya mengingatkan kita atas isu yang hampir sama berlaku dalam kes projek terowong dasar laut, mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, yang memberikan tender membuat terowong dasar laut kepada sebuah syarikat fesyen pakaian.
Persoalannya, apakah kepakaran perubatan yang dimiliki oleh Mestron Holding Berhad untuk diberikan kebenaran mengedar vaksin Covid-19?
Apakah kelewatan Malaysia menerima vaksin trersebut berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain adalah kerana kerenah birokrasi atau urusniaga yang mahukan laba yang tinggi oleh Mestron Holding Berhad?
Dalam keadaan penularan Covid-19 semakin tidak mampu dikawal oleh pentadbiran Muhyiddin, rakyat Malaysia amat-amat memerlukan vaksin tersebut dengan cepat.
Apakah Muhyiddin sanggup menggadaikan nyawa dan keselamatan rakyat Malaysia semata-mata kerana mahu memberikan keuntungan pihak-pihak tertentu.
Apakah Muhyiddin adalah seorang yang bijak mengambil kesempatan dari kesempitan kehidupan rakyat?
Tepuk dada, tanyalah akal kita yang waras!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.