Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara di dalam akaun rasmi Istana Negara di Facebook, mantan Perdana Menteri yang kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, Muhyiddin Yassin telah diperkenan mengadap SPB YDP Agung pada 3 Februari 2021 yang lepas.
Admin tidak menggunakan panggilan Perdana Menteri terhadap Muhyiddin Yassin kerana secara sah di sisi Perlembagaan Malaysia, Muhyiddin BUKAN lagi seorang Perdana Menteri Malaysia, tetapi sekarang ini Muhyiddin hanyalah seorang Pengerusi MKN di bawah perkenan SPB YDP Agung.
Muhyiddin cipta sejarah bila menjadi Pengerusi MKN yang pertama melakukan lawatan rasmi ke luar negara atas kapasiti seorang Perdana Menteri.
Belum pernah terjadi, ketika negara diisytiharkan darurat, Pengerusi MKN 'mencuri title' Perdana Menteri serta syok sendiri serta melancung ke luar negeri.
Walau pun dalam Malaysia Muhyiddin dikecam oleh rakyatnya sendiri, tapi Muhyiddin dengan muka selamba toya menggunakan duit rakyat untuk 'jalan-jalan' ketika rakyat dikurung, hinggakan rakyat Indonesia tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku di Malaysia apabila Muhyiddin dikecam hebat oleh rakyat Malaysia sendiri.
Admin tidak mahu mengulas panjang mengenai status legitimasi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, kalau rajin ikuti penjelasan dari peguam yang bertauliah.
Sehari selepas mengadap SPB YDP Agung, Muhyiddin membuat perutusan untuk memberikan ugutan kepada rakyat dan musuh politik beliau.
Sebab itu tidak hairan, ramai rakyat keliru dengan apa yang cuba disampaikan oleh Muhyiddin pada 4 Februari 2021 yang lepas.
Memetik dari teks perutusan Muhyiddin di bawah tajuk 'Hormati Proklamasi Darurat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung', dalam perenggan 51, Muhyiddin mengingatkan aka memberi amaran keras supaya berhenti melemparkan tohmahan tidak berasas kepada SPB YDP Agung di atas Perintah Darurat yang telah baginda perkenankan.
Kalau ini adalah penjelasan yang Muhyiddin berikan kepada SPB YDP Agung, jelas di sini, Muhyiddin telah menipu SPB YDP Agung.
Tidak ada rakyat Malaysia yang mempertikaikan kuasa yang dimiliki oleh SPB YDP Agung untuk mengisytiharkan Perintah Darurat.
Kerana dalam Perkara 150 (1) Perlembagaan Malaysia telah menyatakannya dengan jelas.
Tetapi yang dipertikaikan oleh kebanyakan rakyat ialah keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri semasa memberikan nasihat kepada SPB YDP Agung untuk mengisytiharkan darurat.
Jadi tidak perlu cuba memberikan ugutan dengan menanamkan naratif siapa yang mempertikaikan prolomasi Perintah Darurat yang telah diperkenankan oleh SPB YDP Agung bererti telah derhaka kepada SPB YDP Agung.
Dalam perenggan 52 teks perutusan Muhyiddin, beliau sekali lagi memberitahu tujuan Perintah Darurat adalah untuk beliau mendapat kuasa tertentu supaya langkah membendung Covid-19 boleh diambil dengan pantas dan berkesan dan Muhyiddin juga cuba menggambarkan bahawa beliau tidak mempunyai agenda yang selain dari itu.
Persoalannya, benarkah begitu?
Bukankah Muhyiddin sendiri ada menyatakan bahawa hanya dengan Perintah Darurat, apa juga pilihanraya, sama ada Pilahanraya Kecil, Pilihanraya Negeri atau Pilihanraya Umum boleh ditangguhkan!!!
Dan pegawai Muhyiddin sendiri telah mendedahkan bahawa Perintah Darurat yang diminta adalah untuk kepentingan politik Muhyiddin dan PPBM.
Dan kalau Muhyiddin katakan beliau perlukan kuasa tertentu atau mutlak supaya penularan Covid-19 dapat dibendung, selepas hampir sebulan sejak Perintah Darurat diisytiharkan pada 12 Januari 2021 dan PKP 2.0 dikuatkuasakan pada 22 Januari 2021, bukan sahaja angka jangkitan kes baharu menampakkan tanda-tanda menurun, malah beberapa kali telah melebihi angka lima ribu!!!
Dan kuasa tertentu yang diberikan oleh SPB YDP Agung kepada Muhyiddin hanya digunakan untuk kepentingan politik beliau dengan menggantung Parlimen dan menangguhkan pilihanraya, walau pun pakar perundangan menjelaskan tiada keperluan menggantung parlimen ketika darurat dan beberapa negara luar yang mengisytihar darurat tidak menggantung Parlimen dari bersidang.
Dalam perenggan 53 pula, Muhyiddin secara menyindir menuduh pihak yang cuba mencabar Proklamasi Darurat sebagai tidak faham undang-undang dan pihak itu juga dikatakan beranggapan SPB YDP Agung sebagai seorang raja yang tidak memahami dan menghormati undang-undang negara.
Sekali lagi ditegaskan, tidak timbul isu untuk mencabar Proklamasi Darurat yang telah diperkenankan oleh SPB YDP Agung tetapi yang dicabar ialah proses dan status orang yang memberikan nasihat kepada SPB YDP Agung ketika itu.
Jadi tidak perlulah Muhyiddin mengugut dan menakutkan rakyat dan menggunakan Istana Negara untuk menyembunyikan niat busuk beliau.
Kepada Majlis Raja Raja Melayu yang akan bersidang tidak lama lagi, rakyat marhaen kini dalam penderitaan akibat salah guna kuasa dan ketamakan Muhyiddin pada kuasa.
Rakyat amat mengharapkan, satu tindakan dan keputusan yang positif akan dilakukan oleh Majlis Raja Raja Melayu supaya dapat melepaskan rakyat dari cengkaman kuku besi seorang manusia yang bernama Muhyiddin Yassin.
Malah Majlis Raja Raja Melayu juga pernah membuat kenyataan dan peringatan supaya SPB YDP Agong menghalang salah guna kuasa oleh pihak-pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi.
Muhyiddin juga jangan lupa, kalau SPB YDP Agung boleh tertipu dengan tipu helah Muhyiddin memperkenankan 'Perintah Darurat Kesihatan', setelah tersedar, baginda SPB YDP Agung juga boleh mengeluarkan Perintah Darurat Politik dan memecat Muhyiddin apabila terdapat rasa tidak puas hati yang dizahirkan oleh rakyat seperti yang terdapat dalam Perkara 149 (1)(b) Perlembagaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.