Sudah terang lagi bersuluh, Perintah Darurat yang sangat-sangat 'Muhyiddin And The Gang' mahukan ini bukanlah untuk menyelamatkan rakyat Malaysia dari penularan wabak Covid-19.
Tetapi 'Muhyiddin And The Gang' sangat memerlukan darurat untuk menyelamatkan kuasa yang mereka miliki.
Dalam tulisan yang bertajuk 'Muhyiddin Berselindung Belakang Samping Agung Untuk Ugut Mengugut' laman blog ini pernah mendedahkan bagaimana akbat dari ketamakan kuasa 'Muhyiddin And The Gang', mereka telah mengheret Istana Negara dan mendedahkan institusi YDP Agung kepada kritikan dan menjadikan institusi yang selama ini sangat-sangat dimuliakan oleh Raja Raja Melayu dan rakyat Malaysia kepada bahan lawak di seluruh dunia.
Sungguh, 'Muhyiddin And The Gang' telah mencontengkan arang dan memalitkan aib kepada Institusi YDP Agung!!!
Ini adalah satu penderhakaan yang tidak dapat diterima apa lagi untuk dimaafkan.
Dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan dengan begitu terang dan sangat nyata :
1) Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Proklamasi Darurat MESTI dibentangkan kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
2) Tidak ada dalam Perkara 150 yang membenarkan Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri digantung sepanjang tempuh darurat.
Malah dalam perenggan akhir Proklamasi Darurat yang Muhyiddin sendiri bacakan dengan jelas ada menyatakan ianya akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara!!!
Tetapi keadaan yang sebaliknya telah berlaku.
Darurat versi 'Muhyiddin And The Gang' telah membuka hampir semua sektor ekonomi, Eksekutif dan Kehakiman dibenarkan berfungsi sepenuhnya, tetapi Legislatif telah digantung sepanjang tempuh darurat.
Sedangkan mengikut Perlembagaan Persekutuan, sebelum apa-apa undang-undang di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan boleh dikuatkuasakan, ianya mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari pihak Legislatif, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Satu perkara yang 'Muhyiddin And The Gang' terlupa, bukan beliau sahaja yang mempunyai penasihat undang-undang, tetapi Institusi YDP Agung dan Raja Raja Melayu juga mempunyai penasihat undang-undang yang terdiri dari pakar perlembagaan.
Walau pun Persidangan Majlis Raja Raja Melayu telah ditangguhkan, namun antara Raja Raja Melayu masih lagi boleh berbincang dan memberikan pandangan sebagai kuasa semak dan imbang tertinggi negara.
Dalam permohonan pertama 'Muhyiddin And The Gang' terhadap Perintah Darurat yang telah ditolak oleh SPB YDP Agung, selepas SPB YDP Agung memanggil Majlis Raja Raja Melayu bersidang, baginda SPB YDP Agung telah dinasihatkan oleh Raja Raja Melayu supaya tidak membenarkan mana-mana pihak memperalatkan perlembagaan untuk kepentingan peribadi.
Titah SPB YDP Agung ini menjadi bom jangka kepada 'Muhyiddin And The Gang'.
Pada bila-bila masa dari sekarang, baginda SPB YDP Agung boleh menitahkan Muhyiddin untuk mengadap dan mengarahkan Muhyiddin supaya memanggil Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara untuk bersidang.
Apabila ini berlaku, maka karier politik 'Muhyiddin And The Gang' akan sampai ke penghujung jalan.
Walau pun Muhyiddin boleh menyekat Dewan Rakyat dari melakukan undi tidak percaya terhadap beliau, namun undi untuk meluluskan Perintah Darurat WAJIB diadakan.
Dengan ketiadaan majoriti Ahli Parlimen, pastinya Muhyiddin akan terpaksa mengadap SPB YDP Agung untuk mempersembahkan kepada baginda bahawa usul Perintah Darurat telah ditolak oleh Ahli Parlimen dan sebabnya adalah kerana beliau telah kehilangan majoriti sokongan Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat.
Menyedari perkara ini, Azmin kini berkerja keras untuk menarik beberapa orang Ahli Parlimen PKR supaya melompat ke PPBM.
Kalau pun ini berjaya dilakukan, kedudukan Muhyiddin masih lagi tidak selamat.
43 Ahli Parlimen Barisan Nasional, terutamanya 40 Ahli Parlimen UMNO, pasti akan berfikir berkali-kali sebelum mengundi menyokong apa saja usul yang dibawa oleh Muhyiddin.
Menyokong Muhyiddin secara terbuka berarti karier politik mereka akan berakhir pada PRU 15 nanti, sama ada watikah pencalonan tidak akan dikeluarkan kepada mereka atau kalau pun mereka berjaya menjadi calun dalam PRU 15 di bawah tiket Barisan Nasional, rakyat terutamanya pengundi UMNO akan menghukum mereka!!!
Dengan bekalan vaksin Covid-19 yang sudah sampai ke Malaysia, 'Muhyiddin And The Gang' kini benar-benar kesuntukan masa kerana tiada lagi alasan untuk menggantung Parlimen.
Setelah Istana Negara tunjukkan jalan keluar kepada 'Muhyiddin And The Gang', mereka kini benar-benar ibarat cacing kepanasan.
Istana Negara dan rakyat juga mahu melihat sejauh mana 'Muhyiddin And The Gang' boleh meneruskan permainan kotor mereka dan apakah lagi alasan yang hendak mereka beri untuk mendapatkan talian hayat politik yang baru.
To Muhyiddin And The Gang, don't forget, we are watching!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.