Ini bukan lagi cerita mudarat kecil atau mudarat besar tapi dah jadi cerita mudarat besar yang tak boleh ditutup lagi.
Bukti PPBM dipenuhi dengan ahli politik yang rosak akhlaknya sudah berkali-kali didedahkan tapi masih ada lagi kelompok manusia yang mempunyai kepentingan peribadi mempertahankannya.
Dalam serbuan yang dilakukan di Fraser Business Park, Kuala Lumpur pada 20 Januari 2021 lepas, turut sama dirampas oleh pihak polis ialah 1.5 kilogram leraian daun kering yang disyaki daun ganja, 9 pokok ganja dan sejumlah besar cecair yang telah diproses dan dipercayai mengandungi ganja.
Admin tidak mahu ulas lebih lanjut mengenai kes tersebut, namun dari maklumat yang diterima, sekiranya Adam disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Apa yang menarik ialah kenyataan 'flip flop' pihak Armada ketika berita penangkapan mula tersebar.
Pada peringkat awal, Armada mengeluarkan kenyataan menafikan berita tersebut...🤐🤐🤐
Tapi pada hari yang sama, Armada keluarkan satu lagi kenyataan mengakui kebenaran berita tersebut...😵😵😵
Peringkat awalnya, Armada menafikan berita tersebut, tetapi akhirnya terpaksa mengakui kesahihan berita tersebut.
Hasil siasatan dan serbuan SPRM di beberapa rumah pemimpin Armada yang lain telah menemukan duit tunai sebanyak RM600,000 pula.
Namun hingga sekarang, kita masih tidak tahu apakah kesudahan kes tersebut.
Perkara ini dibongkarkan sendiri oleh Armada Kota Melaka dalam satu posting Facebook mereka.
Dan bukanlah rahsia, Setiausaha Agung PPBM, Azmin Ali, juga terlibat dalam kegiatan seks luar tabii.
Satu persoalan yang pernah ditanyakan kepada admin, mengapakah ramai pemimpin PPBM ramai yang terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral?
Jawapan admin mudah sahaja, kalau dah namanya pengkhianat, apakah ada dalam dunia ini manusia pengkhianat yang jujur, beriman dan beramal soleh?
Renungkanlah, apakah kita masih lagi mahu memilih pengkhianat-pengkhianat ini, yang jelas tidak bermoral menjadi pemimpin kita?
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.