Thursday, November 12, 2020

Apa Yang Di Takuti Muhyiddin Hampir Jadi Kenyataan, Politik Malaysia Akan Bergolak Lagi, PPBM Mula Buat Persediaan Untuk PRU 15


Undi tidak percaya, Bajet 2021 tidak diluluskan oleh Parlimen adalah 2 perkara yang sering menjadi mimpi ngeri Muhyiddin kerana ia akan mengakhiri karier beliau sebagai Perdana Menteri dan menamatkan riwayat Perikatan Nasional yang ditunjangi PPBM sebagai Kerajaan Persekutuan.

Sebagai Perdana Menteri, usul undi tidak percaya boleh Muhyiddin elakkan dengan mengarahkan Speaker Dewan Rakyat meletakkan usul tersebut sebagai isu terakhir yang akan dibahaskan oleh Ahli Parlimen.

Selain dari itu, menyingkatkan tempoh persidangan Dewan Rakyat dengan menggunakan alasan pandemik Covid-19 juga dilihat sebagai satu usaha dari Perikatan Nasional untuk mengelakkan usul tersebut dari dibahaskan.

Sama ada Dewan Rakyat akan meluluskan atau tidak meluluskan Bajet 2021 akan menjadi penentu kepada Kerajaan Perikatan Nasional.

Tetapi perbahasan Bajet 2021 adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dari berlaku setelah SPB YDP Agung dan Majlis Raja Raja Melayu menolak permohonan darurat yang diminta oleh Muhyiddin juga dengan alasan Covid-19.

Lebih menakutkan Muhyiddin, sebaik sahaja Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, selesai melakukan pembentangan Bajet 2021, populariti Muhyiddin jatuh merudum dan PPBM mengalami defisiit sokongan rakyat yang amat mengerikan.

Kebanyakan rakyat menyatakan kemarahan dan rasa tidak puas hati, bila Bajet 2021 yang didakwa sebagai bajet prihatin rakyat hanyalah indah khabar dari rupa.

Admin tidak mahu mengulas tentang Bajet 2021 kerana dalam tulisan yang lepas perkara ini sudah diulas.

Perkara yang lebih penting untuk dibincangkan ialah realitinya Muhyiddin bukah sahaja menghadapi defisit kepercayaan dari rakyat dan Ahli Parlimen, tetapi perkara yang sama juga berlaku di kalangan Ahli Parlimen PPBM, terutamanya yang selama ini dilihat rapat dengan Muhyiddin.

Dalam kemuncak kemarahan rakyat dan kehangatan perbahasan Bajet 2021 dalam Dewan Rakyat, secara diam-diam, Azmin dan Hamzah telah melakukan persediaan untuk menghadapi PRU 15.


Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perikatan Nasional telah menyusun dan melantik Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihanraya untuk mengahadapi PRU 15.

Manakala Ketua Pemuda PAS, Khiril Nizam Khiruddin telah dipilih untuk mengetuai Pemuda Perikatan Nasional bagi menghadapi PRU 15.

Mudah kita fahami, Hamzah dan Azmin hanya mahu memperkudakan jentera pilihanraya PAS untuk survivor politik mereka dalam PRU 15 nanti.

Kita tahu, kekuatan PPBM diperingkat akar umbi adalah sangat rapuh, malah PPBM belum lagi menyusun jawatankuasa pilihanraya di peringkat negeri sekali pun.

Pilihan yang PPBM ada ialah menggunakan kekuatan jentera pilihanraya PAS di peringkat akar umbi.

Dan jentera yang bergerak aktif di peringkat akar umbi adalah golongan muda, sebab itulah Ketua Pemuda PAS dilantik untuk mengetuai Pemuda Perikatan Nasional bagi menghadapi PRU 15.

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian admin dengan kenyataan media yang dibuat oleh Setiausaha Agung Perikatan Nasional itu.

Pertama, apakah relevannya Hamzah dan Azmin mula menyusun jentera pilihanraya bagi menghadapi PRU 15 sekarang?

Bukankah lebih relevan kalau Hamzah yang terkenal sebagai broker Ahli Parlimen dan Azmin yang terkenal sebagai pencetus Langkah Sheraton melobi Ahli Parlimen supaya memberikan sokongan terhadap Bajet 2021?

Ianya bukan sahaja akan menyelamatkan maruah Muhyiddin dari dinobatkan sebagai Perdana Menteri yang paling singkat riwayat pemerintahannya dan menjadi Perdana Menteri pertama yang ditolak bajetnya oleh Parlimen.

Tidakkah Hamzah dan Azmin merasakan ianya sangat penting untuk melonjakkan kembali kredibiliti Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas Muhyiddin menjadi Perdana Menteri pertama yang ditolak cadangannya oleh SPB YDP Agung dan Majlis Raja Raja Melayu!!!

Atau apakah wujud konspirasi di kalangan orang yang Muhyiddin percayai untuk menjatuhkan beliau.

Motif peruntukan RM81 juta untuk JASA yang membangkitkan kemarahan rakyat dan Ahli Parlimen masih lagi menjadi tandatanya yang besar!!!

Atau mungkinkah Hamzah dan Azmin sudah berputus asa kerana majoriti Ahli Parlimen sudah mula menyatakan pendirian untuk tidak menyokong Bajet 2021 apabila melihat kemarahan rakyat terhadap bajet tersebut.

Kalau itu alasannya, ianya amat mudah kita fahami kerana dalam perbahasan Bajet 2021, 2 tokoh politik yang mempunyai pengaruh yang besar telah memberikan gambaran awal Bajet 2021 akan ditolak.

Pengerusi BBBNC, DS Najib, semasa perbahasannya telah dengan tegas mengatakan, sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional terhadap Bajet 2021 adalah sokongan bersyarat.

Sekiranya Muhyiddin setuju memasukkan 2 permintaan Barisan Nasional, membenarkan pengeluaran secara 'one off' sebanyak RM10,000 oleh pencarum KWSP dan melanjutkan moratorium bank selama 6 bulan lagi, bajet itu akan disokong oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional, kalau tidak, bajet tersebut tidak akan disokong oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Tanpa sokongan minimum 3 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional, bajet tersebut tidak dapat diluluskan, apa lagi sekiranya Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak menyokong secara en-bloc.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, pula menyatakan secara jelas dalam perbahasan beliau bahawa walau pun SPB YDP Agung telah menyeru supaya bajet itu diluluskan, namun itu bukanlah menjadi kemestian kepada Ahli Parlimen untuk meluluskan bajet tersebut.

Untuk kali ini admin setuju dengan apa yang dikatakan oleh Anwar.

Walau pun SPB YDP Agung telah menitahkan supaya Parlimen meluluskan bajet tersebut, namun ianya bukanlah menjadi kemestian kepada semua Ahli Parlimen untuk menyokong bajet tersebut.

Boleh kita faham, hasrat SPB YDP Agung menitahkan sedemikian kerana sebagai Raja yang prihatin terhadap rakyat dan negara, SPB YDP Agung tidak mahu melihat Kerajaan Malaysia menghadapi krisis perbelanjaan di saat kritikal ketika ini.

Namun krisis perbelanjaan masih boleh dielakkan tanpa meluluskan bajet tersebut.

Parlimen boleh dibubarkan selepas bajet tersebut ditolak dan SPB YDP Agung boleh mengisytiharkan darurat dan kerajaan tidak akan menghadapi krisis perbelanjaan setelah Perdana Menteri Interim dilantik untuk mengetuai Majlis Keselamatan Negara.


Sekiranya bajet ditolak, kalau PPBM mengharapkan rakyat akan marah dengan Barisan Nasional, harapan mereka akan menjadi hampa kerana respon rakyat ketika DS Najib membahaskan Bajet 2021 memberikan gambaran sebaliknya.

Jadi, apa pilihan yang Muhyiddin ada sekarang ini?

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.