Wednesday, October 7, 2020

Muhyiddin Mula Claim Credit Usaha Keras DS Najib, Lembu Punya Susu, Sapi Pulak Yang Menyondol Nak Dapat Nama...😅😅😅


Kerajaan Perijatan Nasional di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin telah membelanjakan lebih RM260 bilion dari rezab negara dalam Pakej Rangsangan Ekonomi ketika pendemik Covid-19 mengganas di Malaysia.

Dari RM260 bilion itu, lebih RM11.5 bilion bilion kerajaan telah gunakan untuk memberikan bantuan terus kepada rakyat dalam Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa 1.

Kerajaan Perikatan Nasional akan membelanjakan lagi RM7 bilion bila BPN fasa 2 mula diberikan kepada rakyat mulai penghujung Oktober ini.

Ini bermakna dalam usaha untuk menyelamatkan ekonomi negara dan membantu rakyat dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19, kerajaan telah dan akan membelanjakan kira-kira RM300 bilion dari dana negara.

Terima kasih kita ucapkan kepada kerajaan, yang baik itu mesti kita akui, walau pun ada yang berkata, walau siapa pun yang menjadi Perdana Menteri atau parti mana pun yang memerintah, mereka pasti akan melakukan perkara yang sama.

Admin kurang bersetuju kerana kalau kita masih ingat lagi, sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Interim, beliau juga telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi.

Berapa jumlahnya?

Cuma RM25 bilion dan dapat kita anggarkan, kalau hanya itu jumlahnya, berapa pula rakyat yang kehilangan punca pendapatan akibat wabak Covid-19 akan dibantu, mungkin cuma 30 ringgek bagi setiap isi rumah!!!

RM300 bilion bukanlah satu jumlah yang kecil, persoalannya, bagaimana kerajaan hari ini mempunyai kewangan yang kukuh hingga mampu membelanjakan beratus bilion ringgit dalam Pakej Rangsangan Ekonomi?

Adakah kedudukan kewangan yang kukuh itu diusahakan sendiri oleh Kerajaan Perikatan Nasional atau Kerajaan Perikatan Nasional hanya membelanjakan dana warisan dari kerajaan terdahulu?


Secara asasnya, selain dari hasil jualan komoditi, punca pendapatan utama sesebuah negara adalah melalui hasil kutipan cukai, sama ada dari kutipan aktiviti ekonomi domestik seperti cukai pendapatan rakyat, cukai tanah dan sebagainya dan yang kedua iaitu komponen yang terpenting datangnya dari hasil cukai yang dikutip melalui pelaburan asing.

Keupayaan negara untuk menarik pelaburan asing adalah sangat penting kerana selain dari menyumbang melalui cukai pelaburan asing, ianya juga akan menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, di mana kerajaan akan dapat mengutip cukai pendapatan dan juga cukai dari aktiviti ekonomi penduduk tempatan seperti GST atau SST.

Untuk rekod, hanya pada tahun 2017, era pemerintahan Barisan Nasional di bawah kepimpinan DS Najib, Malaysia berjaya menarik pelaburan asing bernilai lebih dari RM430 bilion!!!

Apabila Kerajaan Barisan Nasional tumbang pada 2018 dan digantikan Pakatan Harapan, hampir tiada pelaburan asing dapat ditarik oleh Pakatan Harapan selama 22 bulan memerintah, malah Malaysia kehilangan sebahagian besar besar pelaburan asing yang telah dipersetujui ketika pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional akibat dari dasar-dasar luar Pakatan Harapan.


Punca pendapatan negara ketika pemerintahan Pakatan Harapan ketika itu bertukar dari kutipan cukai kepada penjualan besar-besaran aset-aset strategik negara bagi menampung kos pentadbiran negara.

Dan Kerajaan Perikatan Nasional baru berusia 6 bulan dan sewaktu mengambil alih pentadbiran, Malaysia, malah seluruh dunia sedang dilanda pandemik Covid-19.

Belum ada walau satu pun MoU antara Malaysia dan mana-mana negara luar ditandatangani.

4 bulan pertama pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional, ekonomi domestik Malaysia hampir lumpuh.

Banyak syarikat-syarikat gulung tikar, rakyat kehilangan punca pendapatan.

Ini bermakna kutipan cukai melalui aktiviti ekonomi domestik juga tidak dapat dilakukan.

Malaysia juga tidak dapat mengekspot hasil komoditi kerana negara luar pasti akan mendahulukan kebajikan rakyat mereka dari mengimpot hasil komoditi Malaysia.

Jadi, celah mana benarnya dakwaan Muhyiddin yang mendakwa dana negara yang terkumpul sekarang ini adalah atas usaha beliau.

Berapa banyak pelaburan asing yang telah berjaya beliau bawa masuk?

Berapa banyak MoU yang telah ditandatangani?

Berapa banyak peluang pekerjaan domestik yang telah berjaya beliau wujudkan selama memerintah?

Hanya untuk melonjakkan populariti diri, tidak perlu menjadi seperti lembu punya susu tapi sapi mergolek-golek hendak dapatkan nama.

Rakyat tidak bodoh seperti yang beliau sangkakan, malah rakyat sedang menilai dan memerhati!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.