Admin teringat, dalam satu program mendapatkan pandangan anak muda dalam merangka pengisian Transformasi 2050 atau TN 50 antara DS Najib (ketika menjadi Perdana Manteri) bersama anak-anak muda, DS Najib telah ditanya oleh salah seorang anak muda, apakah perbezaan antara negarawan dan ahli politik.
Dengan tenang DS Najib telah menjawab, seorang ahli politik, akan memikirkan kemenangan tetapi seorang negarawan akan memikirkan rakyat dan negara.
Kini, kita boleh fahami dengan ertikata sebenarnya, apa yang dimaksudkan oleh DS Najib.
Selepas kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Liew Vui Keong, DS Najib awal-awal lagi telah menyarankan kerajaan agar mencari jalan undang-undang untuk menangguhkan PRK Batu Sapi sehingga jangkitan kes baharu Covid-19 benar-benar dapat dikawal atau sekurang-kurangnya telah turun ke tahap paling minimum.
Pengerusi Barisan Nasional juga dilihat bersetuju dengan DS Najib apabila membuat ketetapan untuk tidak sertai PRK Batu Sapi dan meminta kerajaan supaya fokus kepada pengawalan jangkitan Covid-19 yang semakin membimbangkan.
Ketua Pemuda UMNO pula, Dr Asyraf Wajdi, mencadangkan agar BN, PN serta parti lain agar tidak meletakkan calun untuk bertanding dan mengekalkan status quo parti Warisan (menang tanpa pertandingan).
Saranan DS Najib ini adalah kerana beliau bimbang sekiranya PRK Batu Sapi diadakan juga sekarang ini, penularan Covid-19 akan berada di luar kawalan.
Ini sudah pasti bukan sahaja akan menyebabkan negara berada di dalam keadaan yang lebih sukar untuk memulihkan ekonomi negara tetapi yang lebih penting lagi, kesihatan dan keselamatan rakyat juga akan berada dalam bahaya.
Virus Covid-19 akan menjangkiti siapa sahaja, tidak kira ianya bergelar raja, ahli politik, orang kaya atau pun orang miskin.
Lebih merisaukan ialah serangan virus Covid-19 tidak sama dengan serangan haiwan berbisa yang lain, kerana virus Covid-19 tidak boleh dilihat dan boleh bertahan di dalam cuaca negara kita selama lebih kurang 6 jam, manakala haiwan berbisa yang lain boleh kita lihat dan amat mudah untuk kita menyelamatkan diri bila berhadapan dengan serangan mereka.
Parlimen Batu Sapi terletak dalam kawasan zon merah, dalam daerah Sandakan.
Kita baru sahaja selesai Pilihanraya Negeri Sabah yang menyaksikan negara dilanda gelombang ketiga jangkitan Covid-19.
Hampir setiap hari dapat kita lihat, angka kes baharu jangkitan Covid-19, jauh lebih tinggi dari angka yang pernah dicatitkan ketika awal PKP.
Pada ketika itu, sekiranya angka jangkitan mencatitkan 3 digit, ramai rakyat merasa risau dengan keselamatan diri dan keluarga mereka.
Tetapi, selepas PRN Sabah, setiap hari kes jangkitan bukan sahaja mencatitkan 3 angka, malah ianya mencecah dua hingga tiga kali ganda kes jangkitan yang dicatitkan ketika awal PKP dahulu!!!
Tetapi, bekas Ketua Menteri Sabah yang baru kehilangan kuasa akibat dari kalah dalam PRN Sabah, Shafie Apdal, telah mengeluarkan arahan supaya Warisan bersiap siaga dan perkuatkan parti bagi menghadapi PRK Batu Sapi!!!
Jelas kepada kita, Shafie serta Warisan sanggup mengorbankan nyawa rakyat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka.
Bagaimana pula dengan PPBM, oh admin terlupa, 'Abah Cow' dengan Mak Enon sedang sibuk menghitung hari-hari terakhir karier politik mereka.
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.