Mahkamah Persekutuan Malaysia telah menetapkan TYT Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Hj Juhar Hj Mahiruddin telah membuat keputusan yang salah dan bertentangan dengan Perlembagaan apabila beliau sebagai Tuan Yang Terutama Sabah memecat TS Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah dan selepas itu melantik Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Di dalam PRU 14 yang lalu, Musa Aman mempunyai majoriti mudah yang sah dengan mendapat sokongan 31 ADUN dari 60 ADUN di Sabah.
Tetapi 2 hari selepas itu, Juhar telah menggugurkan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah dan pada hari yang sama telah menerima Shafie Apdal untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Dalam penghakiman 34 halaman, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, berkata :
"Merit rayuan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman perlu didengar demi kepentingan awam dan bukannya ditolak sebagai bersifat akademik."
"Sudah diketahui umum bahawa ini bukan kali pertama rakyat Sabah menghadapi kemelut politik dan krisis perlembagaan seperti ini, dan ini bukan yang terakhir jika tidak diselesaikan oleh mahkamah ini."
"Amat penting bagi Mahkamah Persekutuan menentukan sama ada kedudukan undang-undang sebagaimana yang ditafsirkan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes ini, merupakan kedudukan undang-undang yang betul."
"Ini untuk mengelak berlakunya krisis perlembagaan, yang berpotensi untuk berulang setelah keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya."
"Rakyat Sabah mempunyai hak untuk mengetahui sama ada penyingkiran Tan Sri Musa sebagai Ketua Menteri yang dilantik secara sah dilakukan secara sah, mengikut undang-undang dan menurut Perlembagaan Sabah."
"Yang Dipertua Negeri Sabah telah menyingkirkan Musa dalam masa kira-kira 48 jam, dan Musa tidak diberi kesempatan untuk memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)."
"Kes Musa berbeza dengan kes di Perak yang Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah memohon untuk membubarkan DUN mengikut Perlembagaan Perak tetapi kemudiannya ditolak oleh Sultan Perak"
"Tidak seperti Sultan Perak, yang merupakan Raja Melayu, Yang Dipertua Negeri Sabah diwujudkan mengikut Perlembagaan Sabah."
"Mahkamah Rayuan, yang berpendapat rayuan Musa bersifat akademik, menggunakan jalan penyelesaian mudah tanpa menjawab persoalan asas perlembagaan di hadapannya."
Ada beberapa persoalan yang timbul hasil dari ketetapan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu :
> Apakah TYT Sabah, Juhar, turut campurtangan di dalam politik tempatan di Sabah?
Ada asas dan bukti yang menunjukkan Juhar memihak kepada Shafie termasuk kebenaran membubarkan DUN yang telah dipohon oleh Shafie baru-baru ini.
Sebagai seorang yang berjawatan TYT, Juhar sepatutnya bersikap berkecuali di dalam kemelut politik tempatan dan beliau mestilah menyelesaikannya menurut lunas-lunas Perlembagaan Malaysia, bukan sebaliknya.
Juhar mesti sedar, kuasa yang ada pada beliau sebagai TYT adalah tidak sama atau tidak setaraf dengan kuasa yang dimiliki oleh Sultan atau Raja Raja Melayu.
> Apakah keputusan menggugurkan Musa Aman sebagai Ketua Menteri yang telah dibuat oleh Juhar adalah kerana mendapat nasihat yang salah dari Penasihat Undang Undang Kerajaan Negeri Sabah atau beliau telah diberikan nasihat yang betul tetapi mengabaikannya kerana alasan-alasan tertentu.
Keputusan akhir akan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan pada 7 September 2020 (hari ini), dan sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan pengguguran Musa sebagai Ketua Menteri Sabah adalah TIDAK SAH dan menyalahi Perlembagaan Malaysia, maka Musa Aman secara perlembagaan, Musa Aman masih lagi Ketua Menteri Sabah yang sah dan pembubaran DUN Sabah yang diisytiharkan oleh Juhar adalah tidak sah kerana, TYT HANYA boleh membubarkan DUN di atas nasihat Ketua Menteri dan secara perlembagaan, Shafie bukan Ketua Menteri Sabah yang sah!!!
Maka tiada keperluan untuk mengadakan PRN Sabah.
Lebih dari itu, Muhyiddin yang mengaku sebagai manusia yang berpegang teguh pada perlembagaan MESTI menasihatkan SPB YDP Agong untuk memecat Juhar dari jawatan TYT Sabah dan Juhar mesti disiasat!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.