UMNO bersama-sama parti komponen dalam Barisan Nasional kini berada di dalam landasan terbaik umtuk menghadapi PRU 15.
Kajian terkini mendapati, sekiranya PRU 15 diadakan sekarang atau dalam tempoh yang terdekat ini, UMNO/Barisan Nasional dijangka akan memperolehi lebih dari 80 kerusi Parlimen.
Malah menurut penganalisis dari Universiti Teknologi Malaysia, dan juga merupakan salah seorang dari penganalisis di Ilhanm Centre, Dr Mazlan Ali berkata, sekiranya UMNO/Barisan Nasional dapat menjalinkan kerjasama yang baik bersama-sama PAS, gabungan itu boleh memenangi lebih banyak lagi kerusi Parlimen.
Admin agak terkejut dengan jkenyataan yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali kerana setahu admin, Dr Mazlan Ali dan Ilham Centre adalah pro kepada PAN dan Anwar Ibrahim.
Namun, setelah mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak, admin akui apa yang didakwa oleh Dr Mazlan itu mempunyai asas yang kukuh.
Berdasarkan peralihan semasa sokongan pengundi yang lebih memihak kepada UMNO/Barisan Nasional dan sokongan semasa anak muda kepada UMNO/Barisan Nasional di dalam media sosial, jelas menunjukkan gelombang sokongan pengundi beralih kepada UMNO/Barisan Nasional.
Mengenai keputusan PAS untuk sama-sama menyertai PPBM di dalam Perikatan Nasional bagi mewujudkan satu gabungan besar atau 'grand coalition' di dalam Perikatan Nasional, ada antara penyokong Muafakat Nasional, sama ada dari UMNO mahu pun PAS memandang sinis keputusan PAS itu dan menganggap PAS seolah-olah mahu meninggalkan Muafakat Nasional.
Namun kepimpinan tertinggi UMNO tetap menghormati keputusan PAS dan menganggap keputusan PAS itu sebagai hak mereka.
Walau apa pun keputusan PAS, UMNO/Barisan Nasional akan tetap menjalinkan kerjasama dengan PAS/Perikatan Nasional demi untuk memastikan Pakatan Harapan yang ditunjangi DAP tidak lagi berkuasa di Putrajaya.
Cuma yang agak dikesalkan ialah sikap PPBM yang menuntut 54 kerusi parlimen dalam PRU 15 nanti, di mana sebahagian besarnya merupakan kubu kuat UMNO/Barisan Nasional.
Tidak mungkin UMNO/Barisan Nasional akan akur dengan kehendak PPBM kerana ini akan menjadikan UMNO/Barisan Nasional sebagai parti picisan di dalam kerjasama UMNO/Barisan Nasional dengan PAS/Perikatan Nasional.
Sekiranya mahu menjalinkan kerjasama, PPBM mesti membuang sikap tamak dan gelojoh.
Apa pun nanti, admin berharap agar satu kesepakatan yang baik dapat diwujudkan oleh ketiga-tiga parti demi untuk agama, bangsa dan tanah air.
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.