Monday, August 3, 2020

Non Muslim Pun Marah Bila Mat Sabu Samakan Rasulullah SAW Dengan Pelarian


Ahli Parlimen Kota Raja dan juga Presiden PAN, menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Malaysia bila dalam satu perbahasan di Parlimen dalam menyokong usul titah SPB YDP Agong bila beliau menyamakan Rasulullah SAW dan para Sahabat dengan pelarian.



Dalam ucapan beliau di parlimen Mat Sabu dengan tanpa rasa bersalah manyamakan penghijrahan Rasulullah SAW sama seperti pelarian yang lari dari negara asal masing-masing.


Ucapan yang berbentuk penghinaan kepada Rasulullah SAW dan para sahabat itu bukan sahaja telah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di negara ini, malah masyarakat Non Muslim juga telah menyatakan kemarahan mereka di media sosial.

Salah seorang warga Non Muslim yang membantah ucapan Mat Sabu ialah Joseph Prakash.

Dalam satu video klip yang beliau muat nail ke dalam YouTube, jelas pengetahuan Joseph dalam sejarah jihad Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyebarkan ugama Islam jauh lebih baik dari Mat Sabu.


Seperti dalam bantahan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, perkataan bahawa baginda Nabi Muhammad SAW adalah pelarian adalah satu perkara yang salah dan tidak wajar.

Penghijrahan Rasulullah SAW Adalah Atas Perintah Allah SWT


Menurut sejarah Islam dan melalui sirah Rasulullah SAW, penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah adalah di atas perintah Allah SWT dan juga jemputan para pembesar di Madinah yang ketika itu dikenali sebagai Yathrib.

Firman Allah SWT dalam Al Quran :

إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّـهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّـهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ اللَّـهُ 
سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ ك
الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّـهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّـهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya:

"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedangkan dia salah seorang daripada dua (sahabat) ketika mereka berlindung di dalam gua."
"Pada ketika itu, dia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.” 
"Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya." 
"Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terbawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) adalah yang tertinggi (selama-lamanya) kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Al-Taubah : 40

Daripada Abu Musa RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

رَأَيْتُ فِي المَنَامِ أَنِّي أُهَاجِرُ مِنْ مَكَّةَ إِلَى أَرْضٍ بِهَا نَخْلٌ، فَذَهَبَ وَهَلِي إِلَى أَنَّهَا اليَمَامَةُ
أَوْ هَجَرُ، فَإِذَا هِيَ المَدِينَةُ يَثْرِبُ
Maksudnya: 

"Aku telah bermimpi bahawa sesungguhnya aku berhijrah dari kota Makkah menuju ke suatu tempat yang ada pohon kurma padanya. Lalu aku mengira tempat itu ialah adalah al-Yamamah atau Hajr. Akan tetapi, ia sebenarnya adalah Yathrib (Nama lama bagi kota Madinah)."

Riwayat al-Bukhari 3622

Jelas dari nas AL Quran dan hadis di atas, penghijrahan baginda Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah bukanlah satu pelarian tetapi atas mentaati perintah Allah SWT.

Apakah bagi Mat Sabu penghijrahan Rasulullah SAW itu setaraf dengan pelarian yang melarikan diri dari negara mereka sendiri?

Rasulullah SAW Berhijrah Atas Jemputan Pembesar Yathrib


Sheikh Saiful Rahman al-Mubarakfuri dalam kitabnya al-Raheeq al-Makhtum menyatakan, 6 orang Yathrib datang bertemu Baginda SAW pada musim haji tahun 11 kenabian (BACA DI SINI).

Kemudian kembali ke Yathrib dalam keadaan masih tidak beriman.

Sepanjang bersama dengan Nabi mereka banyak memerhati. 

Namun perancangan Allah SWT itu indah. 

Mereka datang dan melihat peribadi Rasulullah SAW dan membawa pulang kisah Baginda SAW yang hebat akhlak serta kepemimpinannya menepati ciri tercatat dalam kitab sebelum datangnya al-Quran.

Rentetan daripada itu, pada Julai 621 Masihi, berlaku Bai'ah Aqabah pertama sejurus kedatangan 12 penduduk Yathrib ke Makkah yang kemudian memeluk Islam. 

Menerusi Bai'ah Aqabah itu secara tidak langsung menjayakan hasrat untuk menubuhkan daulah Islamiah.

Rasulullah SAW menghantar Mus'ab bin Umair sebagai pembuka jalan serta pemudah cara sebelum Rasulullah SAW ke sana sehingga berlakunya Bai'ah Aqabah kedua.

Pada musim haji tahun ke-12 kenabian seramai 75 ahli rombongan dari Yathrib datang menyatakan kesanggupan untuk menerima Baginda SAW sebagai pemimpin mereka.

Hasil daripada baiah kedua itu, bermulalah perancangan yang membawa kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah.

Sangat jelas dalam catatan sejarah, penghijrahan Baginda SAW adalah penuh terancang dan di atas jemputan pembesar-pembesar Yathrib sendiri dan bukannya seperti perlarian yang hanya bergantung pada nasib kerana belum pasti lagi kerajaan dan penduduk tempat yang mereka tuju itu dapat menerima mereka.

Mat Sabu WAJIB Di Ambil Tindakan Di Bawah Akta Hasutan 1948


Apa yang diucapkan oleh Mat Sabu jelas menunjukkan bahawa Mat Sabu adalah seorang yang telah menghina Rasulullah SAW.

Dari sudut hukum syara', barang siapa yang dengan sengaja menghina kemuliaan Rasulullah SAW adalah dihukumkan sebagai kufur (BACA DI SINI).
Tidak mencukupi sekadar perkataan Rasulullah SAW adalah pelarian ditarik balik dalam ucapan Mat Sabu dalam parlimen.

Mat Sabu WAJIB bertaubat kerana telah melakukan dosa besar dalam keadaan sedar dan waras.

Dari sudut perundangan negara, Mat Sabu boleh didakwa di bawah Akta HAsutan 1948 dan Mat Sabu juga boleh dianggap telah melanggar prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

Banyak lagi perkara lain yang boleh Mat Sabu jadikan contoh, untuk meredakan keadaan mungkin Mat Sabu akan keluarkan kenyataan permohonan maaf dan mengakui bahawa itu semua adalah kesilapan beliau sebagai manusia.

Sebagai manusia, kalau melakukan kesilapan biasa, mungkin kita boleh maaf dan lupakan tetapi kesilapan bodoh macam ini, hanya kepada Allah SWT sahaja yang mampu ampunkan Mat Sabu, kerana yang dihina itu adalah Kekasih Allah SWT dan tidak mungkin masyarakat Islam dapat melupakannya!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.