Akhirnya kekebalan Ahli Parlimen Bagan merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bakal di robek.
Kalau dahulu ketika era Pakatan Harapan memerintah, mantan Peguam Negara, Tommy Thomas dan Guan Eng mengejutkan Malaysia dengan fenomena terkejut bila secara tiba-tiba dan tanpa alasan kes Banglo Jalan Pinhorn yang sedang dibicarakan di mahkamah digugurkan (BACA DI SINI).
Tapi sekarang nampaknya Guan Eng pula dilanda 'demam terkejut' bila dipanggil SPRM pada 22 Julai lalu untuk disoal siasat dan dirakam keterangan beliau berkaitan kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang (BACA DI SINI).
Siasatan SPRM ke atas Terowong Dasar Laut Pulau Pinang telah bermula seawal 2017, tapi selepas Pakatan Harapan ambil alih Putrajaya dari Barisan Nasional pada pertengahan 2018, siasatan SPRM ke atas Terowong Dasar Laut Pulau Pinang seakan telah 'terhalang' buat seketika.
Selepas kejatuhan Pakatan Harapan, SPRM dilihat telah meneruskan siasatan kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang telah diteruskan semula dan menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Datuk Seri Azam Baki, kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang tidak pernah ditutup (BACA DI SINI).
Bermula dengan penahanan bekas Setpol Lim Guan Eng, Jeffry Chew Gim Eam dan 'lawatan SPRM' ke pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, awal Julai lalu, kini siasatan SPRM ke atas kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dilihat sudah sampai ke penghujung bila memanggil Lim Guan Eng untuk disoal siasat (BACA DI SINI).
Sebaik sahaja keluar dari pejabat SPRM, peguam Lim Guan Eng yang juga merupakan Ahli Parlimen (DAP) Jelutong, RSN Rayer, memaklumkan bahawa siasatan SPRM ke atas Lim Guan Eng akan disambung pada hari Sabtu (hari ini) kerana Lim Guan Eng tiba-tiba kurang sihat dan sudah mendapat cuti sakit selama 2 hari (BACA DI SINI).
Biar Gambar Berbicara |
Walau pun pada hari beliau disoal siasat oleh SPRM, Lim Guan Eng kelihatan melangkah gagah dengan penuh keyakinan masuk ke pejabat SPRM!!!
Dengan menularkan gambar terbaring di katil hospital, apakah Lim Guan Eng merancang untuk melengah-lengahkan siasatan SPRM yang dijangka akan disiapkan pada akhir bulan ini?
Atau Lim Guan Eng adalah penyebab wujudnya kluster baru di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Kluster SPRM...🤣🤣🤣
Kalau benar, kerajaan mesti arahkan 'total lockdown' atau PKPD di kawasan sekitar Terowong Ghaib Dasar Laut Pulau Pinang...😷😷😷
Apa pun yang Lim Guan Eng rancang, diharapkan SPRM tidak mengikut kerenah Lim Guan Eng yang kuat menipu kerana siasatan kes Terowong Dasar Laut sudah tertangguh bukan 2 hari atau 2 bulan tapi lebih dari 2 tahun!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.