Laman blog ini menyiarkan artikel mengenai penahanan bekas Setpol Lim Guan Eng, Jeffry Chew Gim Eam, oleh SPRM pada 2 JUlai 2020 yang lepas (BACA DI SINI).
Ramai yang tanya, kenapa mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak dipanggil atau ditahan oleh SPRM?
Sedangkan sewaktu skandal Terowong Dasar Pulau Pinang didedah dan dibongkarkan, Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang dan beliau yang beriya-iya mempertahankan projek Terowong Dasar Laut tersebut.
Mungkin juga bagi Lim Guan Eng sendiri merasakan beliau terselamat dan lega, bila sehingga SPRM memohon perintah reman terhadap Jeffry, beliau masih lagi tidak disoal siasat atau ditahan oleh SPRM.
Kalau beliau merasa sudah selamat, beliau silap sebab kenyataan terbaru dari Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki akan membuatkan Lim Guan Eng tidak lena tidur.
Azam mengesahkan siasatan kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang kini telah memasuki peringkat akhir dan beliau juga membayangkan ada asas yang kukuh kes Terowong tersebut mempunyai unsur salah guna kuasa, rasuah dan penggubahan wang haram.
Azam juga memaklumkan dalam masa 5 hari, seramai 32 orang dari pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dirakamkan keterangan mereka termasuk EXCO Kerjaraya, Utiliti dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Zairil Khir Johari.
Tambah Azam lagi pada minggu hadapan, SPRM akan memanggil seramai 10 hingga 15 orang untuk dirakamkan keterangan mereka.
Kenyataan terbaru dari Azam pasti akan membuat Lim Guan Eng tidak tidur malam kerana pihak SPRM dijangka akan melengkapkan siasatan mereka selewat-lewatnya pada akhir Julai ini.
Janji yang diberikan oleh Azam ialah pihak SPRM akan melakukan siasatan secara adil, menyeluruh dan terperinci.
Skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang telah menyebabkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerugian RM220 juta ringgit dalam nilai hartanah kerana pemilikan hak milik tanah sudah pun bertukar tangan, namun kerja-kerja awal pembinaan masih lagi belum dilakukan sehingga ke saat ini.
Sebenarnya terlalu banyak transaksi yang meragukan yang boleh melibatkan kerugian berbilion ringgit melalui pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang ini sedangkan tiada keperluan mendesak dan perlu untuk membinanya.
Tentu kita masih ingat bagaimana Lim Guan Eng 'bersilat' ketika itu untuk mempertahankan diri ketika pembongkaran demi pembongkaran mengenai penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dilakukan.
Heret siapa sahaja yang terlibat dalam skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.
Kalau Pakatan Harapan dakwa tidak sempat membongkarkannya, kini Kerajaan Perikatan Nasional sudah membuktikan, tidak sampai satu tahun memerintah, siasatan kes Terowong Dasar Laut sudah dapat dilengkapkan dan diserahkan ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Jangan pula ada tangan ghaib yang menyapu kes berprofil tinggi ini ke bawah karpet seperti kes banglo Jalan Pinhon Lim Guan Eng.
Rakyat memerhati!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.