Mahkamah Tinggi baru-baru ini mengarahkan DS Najib Razak a.k.a. Bossku membayar cukai pendapatan sebanyak RM 1.7 billion .
Arahan Mahkamah adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 106(1) dan seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan 1967, yakni LHDN boleh menyaman sesiapa sahaja yang gagal membayar cukai sepertimana yang dinyatakan dalam notis taksiran yang dikeluarkan.
Mahkamah tidak boleh melayan sebarang alasan bahawa cukai yang ditaksirkan oleh LHDN itu adalah tidak sah atau tidak munasabah.
Maksudnya, Mahkamah Tinggi mengarahkan Bossku membayar cukai sebanyak itu kerana itulah yang diminta oleh LHDN.
Sama ada permintaan LHDN itu sah dan munasabah, itu adalah di luar bidang kuasa mahkamah.
Menurut Seksyen 99, 101 dan 102 serta Jadual Kelima kepada Akta Cukai Pendapatan 196, sesiapa yang tidak berpuas hati dengan taksiran LHDN boleh memfailkan notis rayuan kepada Ketua Pengarah LHDN.
LHDN akan membuat semakan semula dalam masa 12 bulan, dengan tambahan 6 bulan lagi dengan kebenaran Menteri Kewangan.
Melainkan perjanjian penyelesaian dicapai di antara Ketua Pengarah LHDN dan orang yang dikenakan cukai, rayuan tersebut akan diputuskan oleh Pesuruhjaya Khas.
Sekiranya, orang yang dikenakan cukai itu tidak berpuas hati dengan keputusan Pesuruhjaya Khas, barulah Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa untuk membuat penilaian.
Sebelum kita bincangkan dengan lebih jauh, atas alasan apa LHDN menuntut cukai sebanyak RM1.7 bilion itu?
LHDN telah mengeluarkan notis taksiran meminta Bossku membayar cukai tersebut kerana menerima wang sebanyak RM2.6 billion.
Dari mana sumber duit RM2.6 bilion itu dan untuk tujuan apa?
DS Najib sudah berkali-kali jelaskan berserta dengan bukti 'money trail', bahawa duit RM2.6 bilion itu adalah derma politik yang beliau terima dari Keluarga Di Raja Arab Saudi (BACA DI SINI).
Adakah derma itu boleh dikenakan cukai?
Kalau ya, mengapa Lim Guan Eng tidak dikenakan cukai kerana memperolehi derma RM 1 juta sebagai wang jamin dalam kes banglo (BACA DI SINI).
Bagaimana pula dengan Rafizi? (BACA DI SINI).
Mengapa tidak ditunggu keputusan Pesuruhjaya Khas membuat keputusan sebelum membawanya ke mahkamah, bukankah itu adalah SOP LHDN sendiri dan amat mustahil penasihat undang-undang LHDN tidak tahu bahawa mahkamah TIDAK mempunyai kuasa untuk membuat sebarang penilaian dan keputusan.
Jawapannya adalah kerana pihak yang merancang konspirasi ini bimbang sekiranya keputusan Pesuruhjaya Khas tidak akan memihak kepada mereka dan bila ianya di bawa ke mahkamah, sudah pasti akan mendapat liputan meluas.
Maka sekali lagi DS Najib akan diadili sebelum proses keadilan berjalan.
Tuntutan LHDN ini dilakukan semasa Pakatan Harapan berkuasa.
LHDN adalah di bawah Kementerian Kewangan.
Kini Kementerian Kewangan adalah sepenuhnya di bawah Kerajaan Perikatan Nasional dan bukannya Pakatan Harapan.
Dan Kerajaan Perikatan Nasional adalah di bawah Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Persolannya sekarang, sekiranya DS Najib boleh dikenakan cukai atas derma politik, mengapakah Muhyiddin tidak mengarahkan Kementerian Kewangan supaya menuntut cukai atas derma politik yang diterima oleh Rafizi dan Lim Guan Eng?
Atas arahan Kementerian Kewangan dibawah Lim Guan Eng dahulu, LHDN mendakwa duit RM2.6 bilion itu adalah keuntungan yang boleh dikenakan cukai.
Mengapakah Muhyiddin tidak mengarahkan Kementerian Kewangan supaya keluarkan arahan kepada LHDN untuk menuntut cukai dari Dr Mahathir dan ahli keluarga beliau yang diketahui mempunyai beratus-ratus syarikat perniagaan yang membuat keuntungan beratus juta ringgit malah ada yang menjangkau berbilion ringgit setahun?
Apakah Muhyiddin juga turut sama bersekongkol dengan Pakatan Harapan dan Dr Mahathir untuk memenjarakan DS Najib atas alasan sekali pun?
Atau apakah Muhyiddin masih lagi berdendam kepada DS Najib kerana telah memecat beliau dari UMNO dan menggugurkan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu?
Admin serahkan kepada pembaca untuk membuat penilaian.
Walau apa pun, Muhyiddin mesti sedar, sebahagian besar kekuatan Perikatan Nasional ada pada UMNO dan sebahagian dari kekuatan UMNO ada pada DS Najib kerana beliau mendapat sokongan dan dokongan padu dari akar umbi UMNO dan rakyat marhaen.
Bila masa berlalu, kebenaran pasti akan dapat dibongkarkan kerana doa orang yang teraniaya itu tiada hijabnya di sisi Allah SWT.
Sedangkan Dr Mahathir yang dikatakan telah banyak berjasa selama puluhan tahun kepada rakyat, kini ditolak secara total oleh rakyat kerana zalim dan busuk hati, inikan pula yang baru setahun jagung.
Jangan sampai sejarah yang sama berulang kali kedua, tapi kalau caranya sama, ianya pasti akan berulang!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.