Ibarat hidung tak mancung tapi pipi tersorong-sorong.
Anwar (PM Tepi Paling Lama Dalam Sejarah Politik), dimalukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg @ Abang Joe, apabila Abang Joe enggan menemui Anwar di Sarawak.
Anwar ke Sarawak dengan penerbangan yang ditempah khas semata-mata untuk menemui Abang Joe.
Sumber mengatakan tujuan Anwar ke Sarawak adalah kerana ingin melobi sokongan dari GPS di bawah pimpinan Abang Joe supaya memberikan sokongan kepada beliau sekiranya berlaku undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat nanti.
Tapi pendirian GPS adalah jelas, akan menyokong kerajaan persekutuan sekiranya dibentuk tanpa DAP dan Anwar Ibrahim.
Dalam percaturan Anwar yang mendakwa sudah mempunyai 96 sokongan Ahli Parlimen, sokongan dari GPS yang mempunyai 17 Ahli Parlimen akan membolehkan beliau memperolehi 113 dari 222 sokongan Ahli Parlimen.
Tetapi dengan penolakan GPS, kemelut PKR bersama rakan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan dan krisis dalaman PKR (BACA DI SINI) dan (DI SINI), apakah Anwar akan menjadi PM tepi buat selama-lamanya?
Berikan pendapat anda di sini 👇
Adakah Anda Setuju Anwar Adalah PM Tepi Selama-lamanya?
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.