SPR menetapkan tariklh 20 Jun 2020 sebagai hari penamaan calon dan 4 Julai 2020 sebagai hari mengundi bagi PRK Chini, Pahang (BACA DI SINI).
PRK Chini yang berada di dalam Parlimen Pekan akan diadakan kerana kematian ADUN Chini, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun, selama 4 penggal berturut-turut pada 7 Mei 2020 lepas akibat serangan jantung.
UMNO/Muafakat Nasional dijangka akan mendapat kemenangan mudah dalam PEK Chini yang akan diadakan pada 7 Mei nanti.
Ini memandangkan Paatan Harapan dijangka tidak akan meletakkan calon (BACA DI SINI), kerana sedar tidak mungkin dapat merampas DUN Chini dari UMNO/Barisan Nasional, malah akan kehilangan wang pertaruhan memandangkan Parlimen Pekan adalah kubu kuat DS Najib.
Pengaruh DS Najib dijangka akan memberikan impak yang sangat besar dalam keputusan PRK Chini nanti.
Faktor kedua yang membuatkan Pakatan Harapan membuat keputusan untuk tidak bertanding adalah kerana senario sokongan rakyat terutamanya masyarakat Melayu kepada Pakatan Harapan ketika ini adalah sangat rendah.
Wajarkah Meletak Anak DS Najib Sebagai Calon PRK Chini?
Muafakat Nasional dan PPBM telah bersetuju untuk memberi laluan kepada UMNO/Barisan Nasional bertanding dalam PRK Chini memandangkan ianya memang kubu kuat UMNO sejak 4 PRU yang lalu.
Siapa sahaja yang akan diletakkan sebagai calon yang mwenggunakan tiket Muafakat Nasional/PPBM dijangka akan menang bergaya di PRK Chini.
Namun agak mengejutkan bila UMNO dijangka akan meletakkan anak DS Najib, Datuk Mohd. Nizar sebagai calon di PRK Chini.
Bukan mempertikaikan kredibiliti Nizar untuk meneruskan legasi ayah (DS Najib) dan datuk (Allahyarham Tun Razak) dalam dunia politik tanahair, tetapi adalah lebih elok sekiranya Nizar berdiri di atas usaha dan kredibiliti beliau sendiri tanpa perlu bernaung di bawah pengaruh ayah dan datuk beliau dalam dunia politik.
Akar umbi UMNO tidak mahu Nizar menjadi seperti Mukhriz Mahathir yang terlalu bergantung kepada pengaruh ayah beliau, Dr Mahathir sehingga akhirnya Mukhriz dianggap sebagai ahli politik yang tidak mampu berdikari tanpa pengaruh Dr Mahathir.
Nizar mesti mempunyai kekuatan yang beliau bina sendiri untuk ditonjolkan sebagai pemimpin masyarakat.
Dari sudut kepimpinan dan keperihatinan terhadap rakyat, Nizar mempunyai 'track record' yang sangat baik.
Namun harus diingat, "politics is the art of tyhe possible".
Setiap keputusan yang hendak diambil dalam politik mesti;lah dipertimbangkan dari pelbagai sudut dan kemungkinan.
Tersilap percaturan di dalam membuat keputusan, kesannya bukan hanya akan ditanggung secara persendirian tetapi juga oleh parti dan masyarakat.
Kemenangan tanpa bertanding Nizar sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan sudah banyak menimbulkan pelbagai kata-kata sindiran dan spekulasi.
Kemenangan mudah yang dijangkakan akan diperolehi oleh calon UMNO pada PRK Chini adalah ibarat kemenangan tanpa bertanding.
Maka ini adalah ibarat mengulangi kemenangan tanpa bertanding Nizar bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan.
Seorang pemimpin mestilah mempunyai jiwa pahlawan yang tidak gentar bertanding di gelanggang terbuka di atas kudrat sendiri supaya disegani kawan dan lawan.
Lebih bijak sekiranmya Nizar memberi laluan kepada pemimpin tempatan di Chini untuk bertanding di PRK Chini.
Ini akan membuatkan Nizar akan semakin dihormati dan disayangi oleh rakyat dan pemimpin tempatan.
Adat pahlawan, berundur setapak sebagai persediaan yang lebih mantap untuk melanghkah jauh ke hadapan.
Di dalam melangkah ke belakang sebelum maju ke hadapan, bolehlah Nizar memperkemaskan persiapan untuk menghadapi PRU 15 nanti.
Lagi pun kita tidak mahu UMNO dianggap sama seperti Pakatan Harapan, di mana ianya dimiliki oleh hanya sebahagian golongan elit sahaja.
UMNO adalah wadah perjuangan masyarakat Melayu dan ianya adalah milik semua dan bukan milik segelintir golongan elit sahaja.
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.