Thursday, June 18, 2020

Dulu Dr Mahathir Merayu Pada Anwar Di Mahkamah, Sekarang Merayu Di Pejabat PKR Pula, Kenapa Terdesak Nak Jadi PM?


Siapa sebenarnya yang terdesak atau bergolek-golek sambil menghentak-hentak kaki atas simen untuk menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir atau Anwar?

Semalam laman blog ini menyiarkan bagaimana strategi Anwar untuk pancung Dr Mahathir buat selama-lamanya (BACA DI SINI).

Hari ini admin terkejut bila ada lapuran yang mengatakan Dr Mahathir sanggup ke pejabat PKR untuk temui Anwar bagi merayu jawatan Perdana Menteri!!!


Tiba-tiba teringat masa sebelum PRU 14 dahulu, sebab gila-gila hendak jadi Perdana Menteri, Dr Mahathir sanggup merayu pada Anwar di mahkamah.

Nampaknya Dr Mahathir gunakan strategi yang sama untuk cairkan Anwar dengan 'mencemar duli' untuk merayu kepada Anwar buat kali kedua tapi kali ini di pejabat PKR pula (BACA DI SINI).


Agak-agaknya, ada drama airmata tak...😅😅😅

Nampaknya, yang terdesak untuk menjadi Perdana Menteri ialah Dr Mahathir dan bukannya Anwar Ibrahim.

Walau pun Anwar terlalu mengidamkan jawatan Perdana Menteri, maca perempuan mengandung mengidam nak makan kedondong, tapi Dr Mahathir terdesak untuk menjadi Perdana Menteri semula, persoalannya kenapa?
 Mahathir
Dr Mahathir sudah menjadi Perdana Menteri sebanyak 2+1 kali, jadi kalau nak kata Dr Mahathir teringin nak rasa jadi Perdana Menteri, adalah tidak logik.

Sebenarnya, Dr Mahathir TERDESAK untuk menjadi Perdana Menteri atas beberapa sebab yang tertentu.

Kes penyelewengan dana negara sebanyak lebih RM30 bilion di tahun 90'an adalah antara sebab utama kenapa Dr Mahathir terdesak untuk menjadi Perdana Menteri.

Baru-baru ini, Anwar menyambut baik gesaan DS Najib supaya semua kes yang digugurkan oleh Tommy Thomas di era Pakatan Harapan dikaji semula.

Kita jangan lupa, bukan sahaja RCI sudah membuat lapuran polis mengenai kes FOREX kerana dapatan siasatan RCI telah mendapati berlakunya penyelewengan duit Bank Negara Malaysia dan ianya melibatkan campurtangan Dr Mahathir, malah Mahkamah Tinggi sudah menolak saman petisyen Dr Mahathir untuk membatalkan lapuran RCI (BACA DI SINI).

Jadi kalau kes FOREX dibuka semula, sudah pasti karier politik Dr Mahathir akan berakhir di Penjara Sg. Buloh.


Terkini, mantan Peguam Negara telah mendedahkan bagaimana mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram, telah menemui beliau dan mendakwa telah dihantar oleh Dr Mahathir untuk menjayakan konspirasi untuk menangkap dan menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu, DS Najib (BACA DI SINI).

Ini adalah satu konspirasi dan cubaan salah guna kuasa yang serius.










Apandi Ali bukan setakat membuat kenyataan kosong, malah beliau mengeluarkan afidavit yang menyokong permohonan DS Najib supaya Gopal Sri Ram digugurkan dari senarai pendakwa dalam semua kes dakwaan terhadap DS Najib.

Bagaimana Dr Mahathir yang ketika itu tidak menjawat apa-apa jawatan dalam kerajaan boleh mengawal PDRM dan mahkamah!!!

Dan menurut Apandi Ali, konspirasi menjatuhkan DS Najib buakanlah satu-satunya pendedahan yang akan beliau buat tetapi banyak lagi salah guna kuasa Dr Mahathir akan beliau dedahkan (BACA DI SINI).

Dr Mahathir sedar, pendedahan mantan Peguam Negara itu akan menelanjangkan beliau bukan sahaja di mata rakyat Malaysia, malah ke seluruh dunia.

Segala pekong dan kurap yang selama ini disembunyikan oleh Dr Mahathir akan didedahkan dan ini adalah sangat merbahaya buat beliau.

Apatah lagi sudah ada gesaan supaya Gopal Sri Ram disiasat (BACA DI SINI).

Admin yakin, akan ada pihak yang akan membuat lapuran polis dan SPRM supaya kertas siasatan dibuka dalam kes ini.

Satu-saunya cara untuk Dr Mahathir menyelamatkan dirinya ialah dengan memegang semula jawatan Perdana Menteri supaya segala-galanya dapat disapu ke bawah karpet sebagaimana beliau lakukan selama ini.

Jadi Dr Mahathir bukan mengidamkan sangat hendak jadi Perdana Menteri tetapi terdesak untuk menjadi Perdana Menteri supaya dapat menyelamatkan dirinya!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.