Friday, May 1, 2020

Wan Azizah Kena Jawab Mana Perginya RM200 Juta Derma Qatar Untuk Pelarian Rohingya!!!


Terbongkar, malah diakui sendiri oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, DS Wan Azizah Wan Ismail bahawa Pakatan Harapan sewaktu menjadi kerajaan sudah menerima derma USD 50 juta atau lebih RM200 juta dari Kerajaan Qatar untuk membantu Malaysia menguruskan pelarian Rohingya yang berada di Malaysia.

Persoalannya sekarang, ke mana Pakatan Harapan belanjakan duit sebanyak itu ketika menjadi kerajaan selama 22 bukan dahulu?

Siapa yang menguruskan dana RM200 juta itu?

Benar, derma dari Kerajaan Qatar itu bukanlah duit rakyat Malaysia, tetapi ia bersangkutan dengan maruah dan kredibiliti rakyat dan negara Malaysia di mata dunia.


Terjawab sudah, mengapa Pakatan Harapan sekarang ini beriya-iya mahu menonjolkan diri sebagai hero hak asasi manusia yang kononnya tidak boleh menerima tindakan kerajaan sekarang mengarahkan bot pelarian Rohingya supaya berpatah balik dari memasuki perairan Malaysia (BACA DI SINI).

Sifat kemanusiaan apa yang mahu dibicarakan oleh Pakatan Harapan bila duit derma RM200 juta dari Qatar untuk kelangsungan kehidupan pelarian Rohingya lesap begitu sahaja?

Pakatan Harapan umpama seekor ayam jantan yang kokok berdegar-degar tetapi ekor sendiri bergelumang dengan tahi!!!


Tidak hairanlah bila Pakatan Harapan cuba menutup isu ketirisan duit derma RM200 juta dengan mengada-adakan cerita kononnya, masaalh pelarian Rohingya yang dihadapi oleh rakyat dan negara adalah kerana dasar Barisan Nasional sewaktu menjadi kerajaan yang membuka pintu seluas-luasnya kepada pelarian Rohingya.

Apakah semua ini dilakukan oleh Pakatan Harapan kerana mahu menutup cerita derma RM200 juta dari Kerajaan Qatar?


Yang mengusahakan derma tersebut adalah Barisan Nasional sewaktu menjadi kerajaan dahulu.

Tetapi yang menikmati duit derma tersebut ialah Pakatan Harapan sewaktu menjadi kerajaan.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Presiden UMNO yang menjadi Timbalan Perdana Menteri di era pemerintahan Barisan Nasional.

Sekarang sudah jelas lagi bersuluh, demi maruah dan kredibiliti rakyat dan negara Malaysia, Pakatan Harapan terutamanya Wan Azizah, WAJIB menjelaskan secara terperinci ke mana duit itu digunakan dan siapa yang menguruskannya.

Kita tidak mahu dunia melihat rakyat dan negara Malaysia sebagai rakyat dan negara yang tidak amanah.

Kalau Wan Azizah serta Pakatan Harapan gagal memberi penjelasan, RCI mesti ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini demi maruah dan kredibiliti rakyat dan negara Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.