Hampir satu dunia berperang dengan wabak Covid-19.
Rakyat, ahli politik kerajaan dan ahli politik pembangkang berganding bahu untuk pastikan rakyat dan negara menang dalam peperangan melawan musuh yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar ini.
Kenapa?
Kerana mereka sedar, semakin lama berperang dengan Covid-19, semakin bertambah bilangan kematian di kalangan rakyat.
Covid-19 tidak memilih bulu, sama ada mangsanya ialah ketua dalam kerajaan seperti Perdana Menteri Britsin, Boris Johnson (BACA DI SINI).
Atau pun doktor pakar yang melawan virus Covid-19 seperti Dr. Li Wenliang di China (BACA DI SINI).
Kehilangan mereka ini merupakan satu kerugian yang amat besar kepada negara kerana sekiranya mereka pergi, mereka akan membawa bersama-sama mereka ilmu dan kepakaran mereka.
Di samping itu, kerajaan-kerajaan yang sedang berperang dengan wabak Covid-19 ini juga sedar, semakin lama peperangan itu berlaku, semakin tinggi dana yang diperlukan dalam apa cara sekali pun.
Perut rakyat perlu diisi setiap hari sedangkan rakyat kehilangan sumber pendapatan kerana mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan negara masing-masing.
Pusat rawatan serta pusat kuarantin segera perlu dibina untuk menampung mangsa Covid-19 yang bertambah setiap hari dan ini perlukan dana yang bukan sedikit (BACA DI SINI).
Aktiviti ekonomi luar negara dan domestik yang menjana pendapatan kerajaan hampir lumpuh kerana walau pun ada permintaan, namun tiada siapa yang mahu atau rela keluar berkerja akibat bimbang dijangkiti virus pembunuh ini.
Atas kesedaran ini, rakyat, ahli politik kerajaan dan ahli politik pembangkang berganding bahu melawan wabak Covid-19 dan bagi ahli politik, kepentingan politik diketepikan dahulu kerana tiada maknanya mengambil alih kuasa pemerintahan ke atas sebuah negara yang berada di ambang kehancuran dari pelbagai sudut.
Tetapi keadaan yang berbeza dengan ahli dan parti politik pembangkang.
Dalam rakyat dan kerajaan sibuk melawan wabak Covid-19, pembangkang di Malaysia pula sibuk mempolitikkan apa juga isu, walau pun ianya berkaitan keputusan dan tindakan kerajaan menyelamatkan rakyat dan negara dari musnah dilanda wabak Covid-19.
Tersebar bagaimana parti PKR melalui Suara Keadilan menawarkan ganjaran kepada rakyat Malaysia untuk menghasilkan video klip pendek bagi tujuan menghasut rakyat Malaysia supaya menentang setiap usaha kerajaan memerangi wabak Covid-19 (BACA DI SINI).
Apakah PH dan PKR mahu menggagalkan usaha kerajaan menangani wabak Covid-19?
Tidakkah PKR fikir, apa akan terjadi kepada rakyat negara ini sekiranya kita gagal mengekang penularan wabak Covid-19?
Apakah PKR mahu, apa yang telah terjadi di Itali yang terpaksa menyerah kalah kepada virus Covid-19 (BACA DI SINI) dan melihat beribu-ribu kematian warga mereka berlaku di Malaysia?
Dari sikap PKR/Pakatan Harapan, sangat jelas bagi kita, apa yang menjadi keutamaan mereka ialah mendapatkan kuasa dengan apa cara sekali pun dan dengan apa pun bayarannya.
Bagi PKR/PH, rakyat hanyalah batu loncatan untuk mereka sekali lagi berada di Putrajaya dan selepas mereka berada di Putrajaya, rakyat akan di bakul sampahkan sebagaimana yang mereka lakukan selama 22 bulan berkuasa dahulu.
Begitulah jijiknya permainan politik PKR/PH!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.