Wednesday, April 8, 2020

Apa Nasib Rakyat Malaysia Kalau PH Masih Berkuasa Ketika Covid-19?


Ada yang bertanya, agak-agaknyalah, kalau Pakatan Harapan masih jadi kerajaan, apa akan jadi pada nasib rakyat Malaysia sekarang ini?

Admin jawab, syukur Alhamdulillah, Allah SWT Maha Bijaksana dan Maha Penyayang, dicabut kuasa pemerintahan Pakatan Harapan betul-betul sebelum wabak Covid-19 menular.

Kawan admin tanya kenapa cakap macam itu?

Baca apa yang admin tuliskan.

RM20 Bilion VS RM250 Bilion Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi


27 Februari 2020, ketika menjadi Perdana Menteri Interim, Dr. Mahathir umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang memperuntukkan dana RM20 bilion bagi menghadapi Covid-19.

Fokus utama Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19 didakwa memberikan fokus kepada 3 perkara utama :

》Memperkukuhkan Keyakinan
》Merangsang Pertumbuhan
》Melindungi Perkerjaan

Sangat jelas, dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19 yang Dr. Mahathir umumkan itu, fokus beliau bukan terhadap kesusahan yang akan dihadapi rakyat di waktu wabak Covid-19 menular.

Fokus Dr. Mahathir hanyalah untuk menyelamatkan perniagaan dan syarikat toknokrat (BACA DI SINI).

Apa yang rakyat, terutamanya golongan B40 akan dapat?

Hanya RM100 dan RM50 yang akan dikreditkan dalam E-Tunai, itu saja.

Bayaran BSH yang diawalkan pembayarannya tidak termasuk dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19 kerana dana BSH memang sudah diluluskan, cuma pembayarannya akan dipercepatkan.

Manakala lebihan tunai dari penurunan kadar caruman KWSP dari 11% kepada 7%, adalah duit hasil titik peluh rakyat sendiri dan bukannya bantuan dari kerajaan.


Dr. Mahathir tidak kesah kalau ada penjaja yang menjual nasi lemak di tepi jalan akan kehilangan pendapatan mereka.

Dr. Mahathir juga tidak kesah kalau ada peniaga-peniaga kraftangan, pakaian, pengusaha bengkel kereta, bengkel motor, pekerja kilang yang akan kehilangan pendapatan mereka bila kerajaan terpaksa melaksanakan arahan PKP seperti sekarang ini.

Bagi Dr. Mahathir, RM100 dan dicampurkan dengan E-Tunai RM50, sudah lebih dari cukup untuk menampung keperluan rakyat B40 sepanjang tempuh wabak Covid-19 menular!!!

Mungkin ada yang kata, masa itu arahan PKP belum dikeluarkan, betul, tapi kita jangan lupa, ketika itu Covid-19 sudah menular ke sebahagian besar Asia Tenggara.

Ketika itu China sudah mengarahkan 'total lockdown' di hampir keseluruhan negara China dan kebanyakan negara Asia Tenggara sudah menutup pintu masuk mereka.

Malah ketika itu, WHO sendiri sudah memberikan amaran kepada Malaysia supaya bersedia.

Sebagai seorang yang berkelulusan perubatan serta pemimpin yang berpengalaman, Dr. Mahathir tidak mungkin tidak boleh nampak kesan yang bakal menimpa rakyat Malaysia?

Tetapi fokus Dr. Mahathir tetap kepada teknokrat dan bukannya untuk membantu rakyat!!!


Terbukti, selepas kehilangan jawatan Perdana Menteri, Dr. Mahathir masih lagi mahu rakyat mengikat perut supaya kerajaan dapat membantu dan menyelamatkan perniagaan teknokrat (BACA DI SINI).


Berbeza dengan kerajaan baharu sekarang, walau pun dana yang diperuntukkan melebihi 10 kali ganda lebih besar, iaitu RM250 bilion  namun fokus utama ialah kepada golongan rakyat B40 dan M40.

Dengan membantu setiap isirumah secara puratanya antara RM2,500 hingga RM3,000, ianya pasti akan dapat mengurangkan bebanan rakyat ketika Covid-19.

Dengan kekukahan aset negara, tidak ada sebab mengapa kerajaan tidak boleh membantu rakyat (BACA DI SINI).

Ini tidak pula bermakna kerajaan mengabaikan golongan-golongan usahawan PKS.

Baru-baru ini Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bantuan RM10 bilion untuk usahawan PKS (BACA DI SINI).

Kesimpulannya, sekiranya Dr. Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri sekarang ini, maka akan ramai anak-anak di rumah yang kelaparan, akan ramai orang-orang tua yang berkerja sendiri di kampung terpaksa mengikat perut mereka dengan batu untuk menahan kelaparan...😢😢😢

Mengapa Dr. Mahathir terlalu zalim dengan golongan B40 ini?

Kerana dalam kehidupan, beliau tidak pernah merasa susah.

Jadi tidak usahlah terpedaya dengan cerita-cerita sendu Dr. Mahathir kononnya ketika kecil kehidupan beliau sangat daif, sampaikan nak makan mee goreng mamak pun tidak dapat kerana tidak cukup duit.

Gunakanlah rasional akal kita yang waras.

Bapa beliau merupakan seorang gurubesar di Penang Free School dan ketika itu, jawatan guru sudah boleh dikategorikan sebagai golongan yang agak senang, apa lagi kalau berjawatan gurubesar.

Kalau benar keluarga Dr. Mahathir dahulu susah, apakah mereka mampu untuk menampung pembiayaan bidang perubatan Dr. Mahathir di Universiti Malaya di Singapura.

Jadi bersyukurlah kita kerana Allah SWT telah mencabut kekuasaan Dr. Mahathir sebelum beliau terus menyiksa kehidupan rakyat ketika wabak Covid-19.

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.