Friday, March 6, 2020

Keikhlasan PPBM Dalam Perikatan Nasional Menjadi Tandatanya


Mengejutkan!!!

Tembelang ADUN Paya Rumput, Mohd. Rafiq Naizamohideen, dari PPBM pecah bila cuba lobi TYT Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob, untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke 12 (BACA DI SINI).


Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi, bertemu TYT Melaka pada 4 Mac 2020 untuk menyerahkan cadangan nama untuk dipilih oleh TYT Melaka sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu (DI SINI).

Sebagai parti yang memiliki ADUN paling ramai dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), Presiden UMNO memang selayaknya diberi mandat untuk berjumpa TYT Melaka untuk membincangkan siapa yang akan dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka.

Di saat Zahid bertemu dengan TYT Melaka, Perikatan Nasional mempunyai 17 sokongan ADUN berbanding Pakatan Harapan yang cuma ada 11 sokongan dari ADUN Melaka.

Pecahan awal sokongan ADUN Melaka kepada Perikatan Nasional ialah 13 ADUN Barisan Nasional, 2 ADUN dari PPBM, 1 ADUN dari DAP dan 1 ADUN dari PKR.


Mengejutkan bila secara tiba-tiba surat jemputan ke Majlis Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Majlis Angkat Sumpah Jawatan Mohd. Rafiq sebagai Ketua Menteri Melaka ke 12 dikatakan telah disebarkan melalui Page Facebook Melaka Daily.

Namun melalui carian admin di Page Facebook, tidak terdapat hantaran tersebut di Page Facebook Melaka Daily.

Admin cuba menghubungi pihak Melaka Daily melalui WhatsApp namun gagal.

Tidak pasti sama ada hantaran tersebut telah dipadam oleh admin Page Facebook Melaka Daily atau info grafik tersebut telah diedit oleh pihak tertentu.


Melalui grup WhatsApp, seorang rakan telah mengirimkan versi asal surat jemputan Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Melaka.


Namun gerakan melobi TYT Melaka yang dilakukan oleh ADUN Paya Rumput untuk melantik beliau sebagai Ketua Menteri Melaka ke 12 adalah benar dan ekoran itu, Pengerusi Barisan Nasional Negeri Melaka, Datuk Raof telah mengumumkan, gabungan ADUN UMNO, PKR dan DAP telah menarik balik kerjasama dengan 2 ADUN PPBM tersebut.

Persoalan yang timbul, tidak mungkin Mohd. Rafiq boleh dan berani bertindak bersendirian tanpa mendapat nasihat atau arahan dari PPBM pusat kerana PPBM cuma mempunyai 2 ADUN di negeri Melaka.

Siapakah yang menguasai PPBM pusat?

Apakah TS Muhyiddin atau Dr. Mahathir?

Sekiranya Muhyiddin yang menguasai PPBM pusat seperti yang beliau dakwa, mengapakah beliau merestui tindakan Mohd. Rafiq, sedangkan di peringkat pusat, PPBM menagih sokongan Muafakat Nasional untuk beliau menjadi Perdana Menteri?

Sekiranya Dr. Mahathir masih lagi menguasai PPBM pusat, apakah Muhyiddin masih lagi dibawah kawalan Dr. Mahathir walau pun sudah menjadi Perdana Menteri?

Cabaran besar menanti kerajaan Muhyiddin tetapi PPBM masih lagi terus berpolitik dengan bermatlamatkan kuasa.

Dengan perkembangan terkini, Muafakat Nasional mesti berhati-hati, jangan sampai dipatuk ular yang sama buat kali kedua.

Kajian semula hendaklah dilakukan ke atas kerjasama yang rapuh ini.

Bagaimana mungkin pentadbiran negeri boleh berjalan lancar sekiranya hubungan Muafakat Nasional di peringkat pusat diteruskan tetapi hubungan kerajaan negeri dengan PPBM diputuskan seperti yang berlaku di Melaka dan Kedah?

Fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.