Rakyat Malaysia sedang menghadapi gelombang kedua wabak Covid-19.
Yang sangat membimbangkan, pola jangkitan Covid-19 di Malaysia dilihat lebih tinggi dari pola jangkitan di Itali pada peringkat awal.
Kini Itali mengalami gelombang ke 6, wabak Covid-19 dan perintah berkurung seluruh Itali sedang dikuatkuasakan.
Tanggungjawab kerajaan ialah membendung dan mengawal penularan wabak Covid-19 supaya negara tidak di landa gelombang ketiga Covid-19.
Strategi kerajaan ialah memutuskan rantaian penularan dengan mengambil langkah-langkah drastik yang tertentu.
Tanggungjawab rakyat ialah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan supaya wabak ini dapat dikawal sepenuhnya.
Seperti yang kita semua sedia maklum, kluster terbesar jangkitan wabak Covid-19 datangnya dari jemaah ijtimak tabligh yang mengadakan perhimpunan di Masjid Seri Petaling (BACA DI SINI).
Dianggarkan lebih 14,000 orang jemaah tabligh menghadiri Majlis Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling tapi yang disahkan sudah membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan cuma sekitar 10,000 orang termasuk lebih 800 orang yang dikuarantin di Masjid Seri Petaling.
Ini bermakna, lebih 4,000 orang jemaah tabligh yang menghadiri majlis tersebut masih lagi sama ada belum atau enggan melakukan pemeriksaan secara sukarela di Klinik Kesihatan atau hospital.
Kita tidak tahu, antara lebih 4,000 orang jemaah tabligh tersebut, berapa ramai yang sudah dijangkiti dan berapa ramai pula yang sudah dijangkiti itu menjangkiti orang sekeliling mereka.
Jadi tidak menghairankan, selepas jemaah tabligh yang menghadiri Majlis Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling bersurai, peningkatan jangkitan Covid-19 berlaku secara drastik dan melepasi paras 100 orang.
Kerajaan sedang mengesan dan merayu supaya mereka tampil secara sukarela untuk membuat pemeriksaan kesihatan supaya wabak Covid-19 dapat dikawal sepenuhnya.
Benar, setiap penyakit datangnya dari Allah SWT dan hanya kepadaNya kita mohon perlindugan.
Tapi Allah SWT tidak izinkan kita merisikokan diri kita dengan alasan sekiranya Allah SWT tidak izinkan, pasti kita tidak akan dijangkiti penyakit.
Perintah Kawalan Pergerakan
Berkuatkuasa 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, kerajaan telah mengeluarkan Perintah Pengawalan Pergerakan atau 'Movement Control Order (MOC) selaras dengan Akta Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 (BACA DI SINI).
Terdapat 6 arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu :
》Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
》Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
》Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
》Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.
》Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara.
》Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).
Rakyat tidak perlu bertindak melulu hingga menimbulkan suasana panik.
Perintah Kawalan Pergerakan BUKAN perintah berkurung seperti yang ramai sangkakan.
Negara belum lagi diisytiharkan mengalami darurat di mana tidak siapa pun dibenarkan keluar dari rumah.
Rakyat masih lagi boleh keluar membeli barangan keperluan harian kerana pasaraya, kedai runcit dan pasar basah masih lagi dibuka seperti biasa, malah restoran pun dibenarkan berurusniaga seperti biasa tetapi tidak dibenarkan makan di restoran kerana ini akan menyebabkan orang ramai berkumpul.
Jadi tiada keperluan untuk memborong semua keperluan asas harian di pasaraya atau kedai runcit kerana ini akan menyebabkan harga barangan akan melambung naik!!!
Rakyat juga masih boleh berurusan dengan syarikat kewangan dan bank (BACA DI SINI).
Tiada keperluan untuk mengeluarkan semua simpanan kerana ini akan memburukkan lagi aliran tunai domestik negara.
Kita mesti faham, ekoran dari Perintah Kawalan Pergerakan, 4 sektor yang dikategorikan sebagai perkhidmatan kritikal atau 'essential services' ialah :
》Keselamatan
》Pemakanan
》Kesihatan
》Perbankan atau Kewangan
Kita bernasib baik kerana kerajaan yang memerintah sekarang prihatin terhadap kesusahan rakyat akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan.
Beberapa bantuan kepada rakyat sudah pun diumumkan oleh Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri beliau (TONTON DI SINI), (BACA DI SINI) dan (DI SINI).
Salah Faham Mengenai Penggunaan 'Face Mask'
'Face mask' hanya perlu digunakan oleh pembawa virus Covid-19.
Tujuan menggunakan 'face mask' ialah untuk mengelakan pembawa virus Covid-19 dari menjangkiti orang lain.
'Face mask' yang ada di pasaran sebenarnya tidak mampu melindungi diri kita dari dijangkiti virus Covid-19.
Cara yang terbaik ialah menjarakan diri kita sejauh sekurang-kurangnya 1 meter bila berkomunikasi dengan orang lain kerana jarak maksima penyebaran virus ialah 1 meter.
Tetapi sekiranya mahu juga menggunakan 'face mask' tetapi ianya sudah kehabisan di pasaran, tisu tangan juga boleh dijadikan 'face mask'.
Penggunaan 'sanitiser' adalah penting dalam langkah pencegahan.
Jangan panik kalau kehabisan stok di pasaran kerana kaedah membasuh tangan dengan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat adalah lebih berkesan untuk nyah kuman.
Rakyat Malaysia tidak perlu panik, patuhi arahan kerajaan, sekiranya di kawasan berhampiran kita ada jemaah tabligh yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling tetapi tidak mahu melakukan pemeriksaan kesihatan, adalah menjadi tanggungjawab kita menasihati mereka atau melapurkan kepada pihak berkuasa.
Kita sudah lalui berbagai krisis bersama, dari krisis kewangan, krisis bencana alam dan juga krisis kesihatan dan Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa kita bersama, Allah SWT membantu kita melaluinya dengan jaya.
In Sya Allah, kali ini juga kalau kita bersatu hati, bersabar dan berdoa, yakinlah, pertolongan Allah SWT sudah hampir kepada kita.
Jangan politikkan isu Covid-19, bantu sebarkan makkumat yang tepat dan sahih, jangan timbulkan suasana panik, patuhi arahan yang kerajaan keluarkan dan bersama-sama kita berdoa agar Allah SWT menurunkan Rahmat dan Kasih SayangNya selepas kita diuji.
Amin, Ya Robbb...
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.