Tuesday, February 25, 2020

Dr. Mahathir Letak Jawatan, DAP Melatah, Perdamaian Dr. Mahathir & Anwar Cuma Drama


23 Februari 2020, politik tanah air sekali lagi menjadi tumpuan bukan saja pada rakyat Malaysia tapi juga kepada dunia.

Bermula dengan mesyuarat tergempar 5 parti politik UMNO, PAS, GPS, PPBM dan PKR di awal pagi.

Kemudian dikejutkan dengan kehadiran beberapa Ahli Parlimen ke Istana Negara, dipercayai mengadap SPB YDP Agong (BACA DI SINI).

Memanaskan lagi keadaan bila didapati beberapa orang menteri dari DAP, PAN dan PKR dikatakan telah mengemas dan mengosongkan pejabat di kementerian masing-masing (BACA DI SINI).


Antara yang dikesan mengosongkan pejabat ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang didapati keluar dari pejabat melalui pintu belakang.


Hotel Sheraton Petaling Jaya yang menjadi lokasi mesyuarat beberapa pemimpin PKR yang diketuai oleh Azmin Ali pula menjadi tumpuan wartawan bila dikejutkan dengan kehadiran beberapa pemimpin dari parti kerajaan dan pembangkang seperti UMNO, PAS, MCA, MIC dan PPBM.

Hakikatnya, pembentukan kerajaan baru ini bukanlah satu proses yang mudah.

Semalam, 24 Februari 2020, Anwar Ibrahim mohon untuk mengadap SPB YDP Agong untuk membuktikan sokongan Ahli Parlimen kepada beliau.

Keputusan akhir adalah atas budi bicara SPB YDP Agong (BACA DI SINI).

Penyokong Anwar Sudah Bersedia Kembali Ke Jalanraya Untuk Perhimpunan Reformasi 2.0


Sebagai tindakbalas pada perkembangan yang berlaku, penyokong-penyokong Anwar telah mula beekumpul di kediaman beliau pada hari Ahad, 23 Februari 2020.


Antara Ahli Parlimen yang dilihat berada di kediaman Anwar ialah Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani yang kelihatan begitu marah dengan Azmin Ali.


Dalam satu ucapan Anwar di hadapan penyokong beliau, Anwar mengakui adanya usaha untuk membentuk kerajaan baru dan mengakui ianya berkemungkinan besar akan berjaya.


Dalam ucapan yang sama juga, Anwar telah memberikan mesej yang cukup jelas kepada penyokong beliau gendang perang dipalu.

Apakah kumpulan reformasi akan kembali ke jalanraya?

Perdamaian Dr. Mahathir Dan Anwar Cuma Satu Lakunan


Di awal pembebasan Anwar dari penjara, ramai pemerhati politik yang masih ragu-ragu dengan 'perdamaian' antara Dr. Mahathir dan Anwar.

Keraguan mereka berasas kerana Dr. Mahathir dilihat tidak bersungguh-sungguh dengan perdamaian itu dan Anwar pula masih dengan sikap gelojoh untuk menjadi Perdana Menteri.

Dr. Mahathir dilihat beberapa kali mengeluarkan kenyataan berdolak dalih dengan perjanjian peralihan kuasa.

Ada pemerhati politik mengatakan, itu adalah strategi Dr. Mahathir untuk membangkitkan kemarahan Anwar dan mahu menunjukkan kepada rakyat sifat gelojoh Anwar.

Manakala Anwar pula dilihat sering keluarkan kenyataan mengenai rancangan peralihan kuasa seolah-olah itulah saja matlamat perjuangan politik beliau.


Dr. Mahathir yang menyumbatkan Anwar ke dalam penjara.

Dr. Mahathir jugalah yang keluarkan Anwar dari penjara.

Dan hari ini, Dr. Mahathir sekali lagi mengenakan Anwar.

Dan hari ini sekali lagi terbukti perdamaian antara Dr. Mahathir dan Anwar cuma satu lakunan dan matlamat utama mereka ialah kerusi Perdana Menteri.

Yang dipermainkan dan diperbodohkan sebenarnya ialah rakyat Malaysia.

Yang menangguk di air yang keruh ialah DAP.

Tapi yang DAP salahkan adalah UMNO!!!

Sekira tertubuhnya kerajaan baru tanpa DAP nanti, satu saja harapan dari rakyat, pulihkan kembali kemusnahan berskala besar yang telah dilakukan oleh DAP terhadap ekonomi Malaysia dan kehidupan rakyat.

Kalau tidak, kedua-duanya akan rakyat jadikan sejarah dalam dunia politik tanah air.

Rakyat sudah bosan dengan drama ahli politik!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.